December 18, 2011

Hati Seorang Ibu....

Bismillahi walhamdulillah...

Kini saya ada satu kebiasaan baru.Bangun dari tidur,saya pasti akan terus memeriksa telefon bimbit.Bimbang sekiranya ada panggilan kecemasan dari rumah. 5.40pagi tadi,saya dapati 'missed call' pada h.set. Saya mengerut kening.Nombor tidak dikenali,tapi saya yakin itu nombor Mesir.Pasti Aus meminjam telefon kawan-kawannya.Laju jari saya mendail semula.Benar Aus yang menelefon,ingin minta saya call mak dan tanya samada sudah makan ubat batuk atau tidak.Ketika dia menelefon,mak mengatakan tak mengapa,dia akan makan pagi nanti sahaja,kerana hari dah lewat malam,dia agak tidak berani untuk turun ke ruang bawah yang sudah agak sunyi kerana tiada orang.

Saya terus hubungi mak.Alhamdulillah batuk mak tidak kedengaran.Tapi memang mak tidak makan ubat batuk,hanya menggunakan ubat asma(inhaler).Tidak berani untuk turun ke ruang bawah.Saya berpesan pada emak agar mengejutkan alang atau angah sekiranya memerlukan apa-apa.Mak menolak. Katanya dia tidak mahu menyusahkan.Selagi boleh bertahan,dia akan tahan sahaja.Mak mengatakan,kadang-kadang jika terasa ingin buang air,mak akan tahan sahaja sehingga pagi kerana tidak berani turun ke bawah seorang diri. Saya jadi terkejut.Saya bertanya kenapa mak tidak menggunakan tandas di ruangan atas.Mak kata,kadang-kadang dia makan petai,jadi dia takut tandas akan meninggalkan bau sekiranya dia menggunakan tandas atas.Dia tidak mahu anak-anak nya tidak selesa..

Hati saya cukup sayu mendengar jawapan mak..Sampai ke tahap itu mak berusaha untuk tidak menyusahkan kami,anak-anaknya.. Saya juga tidak akan tahu tentang ini sekiranya tidak bertanya,mak tidak akan bercerita.. Mak boleh bersembang seperti biasa tentang perkara-perkara lain,taska,tadika,sudah masak,tengok tv,tunaikan solat dhuha,etc. Tapi mak jarang bercakap tentang apa yang dia perlukan,melainkan di tanya.

Satu perubahan yang saya perasan pada mak..dia cuba berdiri atas kakinya sendiri setelah ketiadaan ayah.Dia tidak ingin menjadi beban kepada anak-anaknya.. Dia merasakan anak-anaknya juga punya kehidupan mereka yang perlu di uruskan..dan saya rasa sangat bersalah..Dalam masa yang sama,sensitivitinya juga semakin meningkat tinggi,perasaannya mudah terguris,cuma dia simpan dan diamkan dalam hati..

Ya Allah,jadikan kami anak-anak yang berbakti kepada mak dan ayah di dunia dan akhirat..

December 17, 2011

Hukum Sedeqah Pahala Amalan Kepada Si Mati

Hukum Sedeqah Pahala Amalan Kepada Si Mati

Oleh

Ust Zaharuddin Abd Rahman,http://zaharuddin.net

Apakah hukum seseorang menghadiahkan pahala amalan ibadahnya kepada orang mati iaitu seperti membaca al-Fatihah buat si mati dan seumpamanya, tidak kira samada dari kalangan ahli keluarganya atau selainnya..adakah pahala tersebut sampai kepada si mati ?

Jawapan :

Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-

1) Amal Ibadah ‘Badaniah' semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.

2) Amal ibadah ‘Maliah' : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.

3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah' (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah' ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.

Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-

a- Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-

1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.

2- Doa & istighfar.

3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah :-

a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )

b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )

c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya" ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain)

Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :

* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" ( Qawa'id al-Ahkam , 1/135 ).

* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani ( w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha ( w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).

Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-

1) Ijma' , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir.

2) Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.



b- Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah' semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -

* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

1) ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))

Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." ( An-Najm : 39 )

2) ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))

Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" ( Al-An'am : 164 )

3) Hadith Nabi SAW

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

Ertinya : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)

Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.

Imam ahmad mengatakan :

" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "

Ertinya : Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)

Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : " sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh samapi kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)

Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.

Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.

Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.... Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)

Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar. Wallahu'alam.

December 12, 2011

Selamat Jalan Ayah...

Bismillahi walhamdulillah...

Hati menangis, mata menitiskan air mata, tapi kami tidak kuasa mengatakan melainkan apa yang diredhai Allah...Innalillahi wa inna ilaihi rajiu'n...Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali..

Genap lapan hari pemergian arwah ayah kembali ke rahmatullah..segalanya masih jelas dalam ingatan saya..

Perjalanan kami ke Kota Bharu untuk melangsungkan pertunangan abang.Saya bersyukur kerana pulang ke rumah terlebih dahulu,kerana mengikut perancangan asal,saya akan terus menaiki bas ke KB.Ditakdirkan Allah,tiket habis,lalu saya menaiki bas pulang ke Shah Alam.Sampai di rumah,ayah menunggu saya untuk sama-sama menyusun duit hantaran Angah.Malam itu ayah berjaga bersama saya untuk menyusun duit hantaran.Dalam keadaan antara larat dan tidak,ayah gagahkan diri untuk melihat saya menyusun duit hantaran. Bila tidak larat,ayah baring sebentar,kemudian akan bangun semula.Begitulah sehingga kami selesai menyusun duit hantaran dalam pukul hampir 3 pagi.

Pagi Sabtu,kami bertolak dari rumah dalam pukul 11.30pagi,janji untuk bertemu makcik di Tol Gombak.Kami akan konvoi dua kereta untuk ke KB.Sepanjang perjalanan,ayah batuk-batuk. Batuk ayah memang agak teruk akhir-akhir ini,memang kami bawa ubat batuk dan semua ubat yang dirasakan perlu memandangkan ini perjalanan yang jauh.Sampai di Gombak,ayah kelihatan lemah dan tidak larat. Kami berhenti rehat dan makan sambil menunggu makcik.Saya ,mak dan Angah makan nasi di luar kereta,kakak tidak makan,manakala ayah makan bubur di dalam kereta.Memang kami makan di luar agar ayah lebih selesa di ruang duduk belakang. Selesai makan,batuk ayah masih tidak berkurang,ayah nampak tidak larat. Saya mengajak ayah berehat di surau sementara menunggu makcik.Selesai memimpin ayah ke surau bersama Angah,saya dan mak ke ruang solat wanita untuk menunaikan solat.

Kami menyambung semula perjalanan setelah jam menunjukkan hampir pukul 3 petang.Makcik telah sampai. Ayah masih kelihatan tidak larat,tapi ayah menyuruh untuk meneruskan perjalanan.

"tak apa,bawaklah pelan-pelan,boleh.."Begitulah kata ayah meminta kami meneruskan perjalanan.Sepanjang perjalanan dari Gombak ini,batuk ayah semakin teruk,sampai ayah muntah-muntah.Muntah ayah cuma keluar kahak dan air,mungkin sebab ayah pun cuma makan bubur.Saya,ayah dan mak duduk di kerusi belakang dengan saya berada di tengah-tengah dan mak dan ayah di kiri dan kanan saya.Sepanjang perjalanan ini,saya dan mak tidak putus memicit badan dan kepala ayah agar ayah akan rasa lebih lega.Tapi batuk ayah nampaknya tidak berkurang,malah semakin teruk. Akhirnya,ayah meminta kami berhenti di stesen minyak,dia ingin ke tandas.Kami berhampiran Dong,Pahang ketika itu,tiada stesen minyak yang terdekat,jadi kami berhenti di masjid. Sampai di masjid,ayah tidak mahu ke tandas,ayah meminta untuk menukar seat hadapan kerana tidak larat berada di seat belakang. Akhirnya Alang tumpang kereta makcik,saya duduk betul-betul di belakang ayah,kerusi ayah dibaringkan sehingga tahap maksimum,betul-betul mencecah riba saya.Mak menyuapkan ayah bubur,makcik dan Angah mencari air gula untuk ayah,kerana bimbang ayah mungkin tidak larat disebabkan kekurangan gula kerana ayah mengidap kencing manis.Saya terus memicit-micit badan dan kepala ayah.Setelah lebih kurang setengah jam,ayah mula kelihatan lega.Kami meneruskan perjalanan dan semua bersetuju untuk mencari mana-mana klinik yang ada untuk memeriksa keadaan ayah terlebih dahulu.

Ayah mula kelihatan lega,tiada kedengaran batuk-batuk ayah lagi,nampak ayah seperti mula boleh tidur dan berehat.Saya dan emak terus memicit badan dan kepala ayah. Melepasi Kuala Lipis,kami berhenti lagi di stesyen minyak Shell Padang Tungku,ada yang mahu ke tandas. Di sini,ayah terjaga kembali.Saya sempat menyuapkan bubur pada ayah,ayah makan agak banyak.Ayah kembali batuk,nampak tidak selesa.Sekejap ayah mengaduh kakinya kebas,tidak boleh gerak,Alang memicit kaki ayah.Sekejap ayah berpusing ke kiri,sekejap ke kanan,badan ayah berpeluh,peluh yang agak banyak,baju kemeja ayah basah dengan peluh,ayah minta ditanggalkan bajunya.Saya terus menyapu krim but-but pada dada dan badan ayah,tapi tangan saya jadi basah dengan peluh ayah.. saya mengelap peluh di muka dan badan ayah dengan sapu tangan lembap,peluh ayah keluar kembali.Saya lap pula dengan tisu,peluh ayah keluar kembali,peluh dingin.. Hati saya rasa tidak enak.. Saya minta Alang ambilkan tuala mandi ayah di bonet untuk mengelap peluh ayah,peluh ayah di muka dan badannya terus ada.Ayah beritahu kami,dia ingin ke tandas,alang terus memandu kereta berhenti betul-betul di hadapan tandas agar mudah untuk kami memapah ayah ke tandas.Tapi kemudian ayah mengatakan dia tidak mahu ke tandas,ayah terus mengaduh kakinya kebas,Alang dan Angah memicit kaki ayah.Saya yang memang tidak dapat bergerak,terus memicit ayah..Alang bertanya kalau ayah merasa sejuk atau panas,kerana banyaknya peluh yang keluar.Tapi saat ini,kami tidak dapat memahami apa yang ayah cakapkan...dan adakalanya ayah seperti meracau.Mak buatkan susu kambing Hi Goat,agar ayah sedikit bertenaga.Saya suapkan susu pada ayah,ayah minum menggunakan straw,agak banyak ayah minum.

Melihat keadaan ayah,kami bergegas bergerak kembali untuk mencari klinik. Jujurnya,hati saya resah apabila melihat peluh dingin ayah yang tidak berhenti keluar dari tadi.Sepanjang bergerak dari Shell,mata saya tidak lepas dari ayah,tangan saya tidak berhenti memicit ayah,saya dapat dengar mak melafaz zikir di sebelah saya.Tidak sampai 10 minit kami meninggalkan Shell,tiba-tiba saya melihat ayah menarik nafas kuat,dadanya berombak,saya segera memanggil ayah,3 kali,4 kali,ayah tidak merespon... Spontan saya membacakan alfatihah,albaqarah 1-5,3 qul dan langsung saya lafazkan syahadah di telinga kanan ayah..Saya tak tahu..Saya tak tahu apa dalam fikiran saya ketika itu..saya tak pernah berhadapan dengan orang yang sedang sakarat..saya tidak tahu.. naluri seorang anak menidakkan sebarang kemungkinan buruk yang terlintas..tapi lidah langsung membacakan ayat-ayat suci.. dan kemudian,sekali lagi ayah menarik nafas kuat,matanya memandang ke atas,saya sempat melihat bibir ayah bergerak seakan menyebut Allah,tapi tidak jelas kedengaran di telinga saya..kemudian mata ayah tertutup,saya terus memanggil ayah ,tiada respon.Saya langsung memeriksa nadi ayah di leher,saya tak dapat rasa apa-apa..Bimbang saya terlalu panik menyebabkan tak dapat mengesan nadi ayah,saya langsung merebahkan kepala di dada ayah,ingin melihat samada dada ayah masih berombak walaupun sedikit,kaku.Jam ketika itu menunjukkan 6.45petang. saya terus meminta Angah memberhentikan kereta,dan meminta makcik dan pakcik untuk memeriksa ayah.Mereka memeriksa ayah,dan menegaskan untuk terus membawa ayah ke hospital.

Sepanjang perjalanan,saya dan mak bergilir membacakan yasin yang kebetulan mak bawa bersama.Tangan saya terus memeluk ayah,sambil terus merasa kalau ada apa-apa tindakbalas dari ayah..Angah terus memandu sambil sebelah tangannya memegang ayah.. Mak mula membuat panggilan,telefon Aus yang berdada di Mesir dan Andak di Sabah,minta agar turut sama mendoakan agar semuanya selamat.. Saya tidak berani memikirkan apa-apa kemungkinan..Hati kuat mengatakan ayah telah tiada,tapi akal menyangkal dengan alasan mungkin ayah pengsan kerana tidak cukup gula. Air mata ingin menitis,tapi saya tahan kerana saya tahu saya tak boleh menangis sekarang..

Kami sampai di Hospital Gua Musang lebih kurang jam 8.20malam,sejam lebih di perjalanan.. Sampai di kecemasan,doktor mengesahkan ayah telah tiada,kembali ke rahmatullah..Akhirnya air mata saya tumpah juga..

Seminggu berlalu,saya kembali ke Penang,Aus kembali ke Mesir,Andak kembali ke Sabah,Angah terpaksa 'out station' ke Kuala Lipis.Mak di rumah bersama Alang.Hingga saat ini,air mata saya masih begitu mudah tumpah.Sungguh saya tidak sekuat mana..Benarlah apa yang Allah firmankan :

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang di alami orang-orang terdahulu sebelum kamu..(2:214)

Dengan ujian baru kita dapat mengukur sejauh mana keimanan dan keyakinan kita pada taqdir Allah..

Saya risaukan mak di rumah..Tapi saya tahu,walaupun saya berada di sebelahnya,tetap Allah adalah pemelihara dan penjaga terbaik untuknya..Kini cuma tinggal satu laluan utama saya ke syurga,yang perlu saya jaga dan hargai sebaik-baiknya.. Dengan pemergian ayah,perancangan hidup saya juga akan berubah..moga Allah permudahkan segala urusan.

Buat abang,kakak dan adik-adik uda,mari buktikan kecintaan kita pada arwah ayah bukan sekadar dengan deraian air mata,bukan juga sekadar bacaan yassin dan tahlil yang ada waktu dan ketikanya,tapi juga dengan menjadi anak soleh,hamba Allah yang patuh pada Tuhannya dalam segenap kehidupan kita,mudah-mudahan Allah akan mengumpulkan kita semula di negeri yang kekal abadi di sana...

November 28, 2011

Happy Anniversary mak & ayah (^_^)

Bismillahi walhamdulillah..



28 November 1982 ~ Penyatuan dua hati antara Mazani bin Mat Wali & Fauziah bt Ismail

20 Ogos 1983 ~ Kehadiran anak sulung,Along (Mohd Fadhil b. Mazani). Namun Allah lebih menyayanginya,meninggal dalam kandungan.

26 Ogos 1984 ~ Kelahiran anak kedua,Angah (MOhd Faizal b. Mazani)

10 Januari 1986 ~ Kelahiran anak ketiga,Alang(Nurul Hafizan bt Mazani)

3 Julai 1987 ~ Kelahiran anak keempat,Uda (Nur Izzah bt Mazani)

18 Ogos 1989 ~ Kelahiran anak kelima,Andak (Nur Hidayah bt Mazani)

24 Ogos 1991 ~ Kelahiran anak bongsu, Aus (Mohd Firdaus b. Mazani)

11 November 2011 ~ Menerima menantu pertama,Amir Hasbullah

********************************

28 November 2011

Mak

Sabar.Perkara utama yang saya pelajari dari mak.Sabar menjadi seorang isteri kepada suami yang agak panas baran. sabar menjadi seorang ibu kepada anak-anak yang pelbagai ragam dan karenah.Bukan sedikit air mata yang tumpah sepanjang 29 tahun ini,secara nyata atau sembunyi... Tapi mak terus kuat melangkah.Saya berani katakan perubahan sikap ayah dan penurunan darjah panas barannya(walaupun masih ada saki baki(^_^) ),adalah kerana kesabaran dan doa mak,dengan izin Allah.Mak juga tak pernah jemu meningkatkan ilmu dalam diri.Tatakala kami adik beradik mula menjejak ke universiti,mak juga aktif menghadiri kelas-kelas agama di masjid.Mengejar semula apa yang dia tak sempat perolehi.Dan saya tahu di situ antara lahan-lahan mak mendapatkan kekuatan,dengan mendekat kepada TuhanNya. Dan adakala tatkala saya melemah,mak yang akan mengingatkan betapa kekuatan itu milik Allah,Dia akan memberikannya kepada sesiapa yang meminta.

Ayah

Tekad.Ini yang saya pelajari dari ayah.Tekadnya sangat tinggi.Walaupun hanya sempat belajar sehingga darjah tiga(berhenti kerana sikap panas barannya),membesar hanya dengan ibunya,tanpa ayah(atuk meninggal tanpa sempat ayah melihatnya),dia membesar dalam keadaan berpindah randah,namun ayah banyak belajar melalui universiti 'kehidupan'~pengalamannya. Saya masih ingat ketika kami semua masih di bangku sekolah rendah,ayah sering mengulang~"ayah nak lima-lima anak ayah semua masuk universiti". Dia tak mahu kami melalui apa keperitan hidup yang telah dilaluinya..Ayah sentiasa tahu apa yang dia mahukan,sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak nya dan sentiasa berusaha mencapai apa yang di azamkannya.Dulu saya pernah sangat marah dengan ayah,terasa hati dengan sikap panas barannya.. Tapi kemudian,saya kembali merenung sejarah hidupnya,perjalanan hidupnya,saya jadi faham kenapa sikap ayah begitu(^_^).

Anak-anak

Saat ini kami semua sudah menjejak usia dewasa.Ada yang sudah berumah tangga,ada yang sudah bekerja,ada yang masih belajar. Kami telah menunaikan impian ayah,yang ingin kelima-lima kami menjejakkan kaki ke universiti dengan izin Allah.Mudah-mudahan kami mampu berbakti kepada mak dan ayah dan menyenangkan hati mereka,dan mampu menjadi anak yang membahagiakan mereka di dunia dan akhirat.

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-29 buat mak dan ayah tersayang. Moga Allah sentiasa melimpahkan mawaddah wa rahmah atas rumah tangga mak & ayah dan mengumpulkan kita semua di syurga(^_^)

November 9, 2011

1st Wedding in da House VS 1st Graduation Day of TCB(^_^)

Bismillahi walhamdulillah...

Em,11,12 dan 13 November 2011,tarikh penting untuk bulan ini.Penting untuk keluarga saya di Shah Alam,dan penting juga untuk 'keluarga' saya di Penang(^_^).

1st Wedding in da House

Majlis perkahwinan yang pertama dalam keluarga saya,insyaAllah kakak saya akan menikah 11hb ini dengan pilihan hatinya. Alhamdulillah,happy for her(^_^),moga segalanya berjalan lancar. Satu sahaja harapan saya untuk majlis ini~ Semoga Allah memberkahi majlis ini,memberkahi juga pasangan yang diijabqabul dan memberkahi juga para tetamu yang hadir,ameen.

Melihat persiapan perkahwinan kakak saya,membuat saya merenung erti sebuah pernikahan.Mencari beza perkahwinan antara seorang muslim dengan bukan muslim. Ya,semua orang berkahwin, Seorang Buddha juga berkahwin,seorang Hindu juga berkahwin,seorang Nasrani juga berkahwin,namun apa yang membezakan mereka dengan perkahwinan seorang muslim?

Ibadah

Ya,sebagai seorang muslim,pernikahan adalah sebagai ibadah, Bukan sekadar melengkapkan kitaran norma kehidupan.Bahkan merupakan ladang amal sebagai bekal kita di akhirat kelak.

Persoalannya,bagaimana untuk memaknakan ibadah dalam pernikahan tersebut?

Persiapan perkahwinan.

Melalui persiapan perkahwinan kakak saya ini,banyak yang saya pelajari,bagaimana mengira budget belanja kenduri kahwin.Bagaimana memilih pakaian pengantin,hiasan pelamin,siapa akan menjadi pengapit,siapa akan menjadi jurumekap,apakah cenderamata yang akan diberi kepada tetamu,berapa khemah akan dipasang,berapakah wang hantaran,apakah tema majlis perkahwinan yang akan di adakan?Dan macam-macam lagi.Tapi saya juga tahu persiapan perkahwinan tidak hanya sekadar itu..

Jauh lebih awal daripada itu yang perlu kita fikirkan,bagaimana menjadikan majlis pernikahan itu sebagai majlis yang diberkahi Allah,yang turut di doakan oleh para malaikat.Kerana ketahanan dan kebahagiaan sesebuah perkahwinan adalah dengan keberkahan dari Allah.Pada saat-saat akhir menjelang pernikahan juga kita perlu memerhatikan keredhaan daripada kedua orang tua kita kerana keredhaan mereka adalah keredhaan Allah atas kita.

Saya berdoa agar segalanya berjalan lancar dan jodoh kakak bersama pilihan hatinya kekal hingga ke syurga(^_^).

1st Graduation Day of TCB

Masuk ke mode 'TCB',saya perlu pulang ke Penang pada pagi Ahad,kerana ada Majlis Ihtifal atau Hari Graduasi TCB pada jam 8 malam.Juga majlis yang pertama kali diadakan.Jadi kerisauannya,faham-faham sahajalah,haha.Kepenatannya juga jangan dikata. Moga kepenatan dan kerisauan ini Allah nilai sebagai ibadah,jika tidak,alangkah malangnya saya..

Semoga semuanya berjalan lancar juga untuk Majlis Ihtifal 2011 ini,ameen..Tidak sabar menyaksikan aksi anak-anak ini di atas pentas(^_^)

October 1, 2011

Perempuan??(^_^)

Bismillahi walhamdulillah..

*************************************************

kenapa perempuan suka dipuji?

kenapa perempuan tak suka dikritik?

kenapa perempuan cepat terasa dan kecil hati?

kenapa perempuan bajet disukai?

kenapa perempuan fikir sering diperhati?

Benda tak sedap kami terpaksa cakap sedap

Benda tak cantik kami terpaksa cakap cantik

Benda tak hebat kami terpaksa cakap hebat

Kami tak nak kami terpaksa cakap nak

kami tak setuju kami terpaksa cakap setuju

sebab nak jaga hati

setiap keluar dari mulut kena berhati

teguran tak pernah ada salah

tapi susah kalau rasa diri maasumah

apabila bergelar seorang ustazah

Bila fikirkan semula

Sabar dan sabar

moga ini yang terakhir

tak nak kujumpa makhluk begini lagi

kadangkala baik lagi bukan ustazah

kadangkala matang lagi bukan ustazah

fikiran terbuka

sedia menegur dan ditegur

tak mudah kecil hati

tak mudah sakit hati

kerana itulah diri anda

kerana itulah lemahnya anda

maka akuilah ia

dan perbaikilah ia

" ustz,ada akhawat menangis bila ustaz cakap......."

"ustz,biar ikhwah masak semua..akhawat tak pandai masak..."

"ustz,akhawat kecil hati time ustz...."

"ustz,kami buat penat2,smpai hati ustz..."

dan bermacam-macam lagi..

Tolong optimis dan berlapang dada

Tiada masa untuk berduka-cita

Pandang positif dan ke hadapan

Jangan terlampau berperasaan

Fikir-fikirkan


*****************************

Sebuah cetusan dari adik lelaki saya.Membacanya,saya tersenyum sendiri(^_^).Mengenali peribadinya,saya tahu dia rimas dengan orang yang berperibadi begitu baik perempuan mahupun lelaki sebenarnya.Cuma mungkin yang dijumpai bersikap begitu setakat ini kebetulan adalah perempuan,dan bakal ustazah??(^_^).Saya pernah menemui kedua-keduanya,lelaki dan perempuan yang berperibadi begitu.

Jadi saya suka memandang dari sudut begini:

1)Setiap orang yang Allah ciptakan ada karakter peribadinya yang tersendiri.Mungkin ada yang terlalu sensitif,mungkin ada yang kurang berperasaan dan lain-lain.Dan karakter ini dipengaruhi banyak faktor.Paling utama~pasti latar belakang didikan keluarga(^_^).Boleh diubah,tapi sedikit sebanyak kesannya memang ada.

2)Ada sesuatu yang Allah nak ajar saya dengan menemukan saya dengan orang-orang yang berkarakter begini.Mungkin supaya saya lebih mengenali sifat-sifat manusia yang pelbagai,dan dengan pengalaman-pengalaman begini,lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan mengajak mereka kepada kebaikan. Seorang murabbi itu kan perlu mempunyai ilmu psikologi manusia(^_^)

3)Moga ada ganjaran pahala bila saya bersabar lebih.

Bila fikir begini,akhirnya saya akan senyum dan berkata pada diri sendiri~ok,i accept that(^_^).

Saya harap adik saya bersetuju bahawa perempuan-perempuan dalam hidupnya kini(mak & kakak-kakaknya),tidak begitu,hee(^_^)

September 20, 2011

Mak & Ayah...

Bismillahi walhamdulillah..

Saat ni,begitu cepat tersentuh bila teringatkan mak dan ayah,entah kenapa.Balik raya lepas,saya renung wajah mak dan ayah satu persatu,lama-lama... Mula kelihatan wajah tua mereka,mula nampak kudrat mereka yang mula terbatas...Saya cuba sedaya mungkin meringankan beban mereka,melakukan segala kerja yang perlu di rumah.Ya,saya mungkin tak dapat membantu banyak dari sudut kewangan,jadi biarlah saya kerahkan segala tenaga yang ada untuk kerja-kerja yang mampu saya lakukan.Saya gembira bila ada senyuman di wajah mereka..

Pulang ke rumah,saya cuba peruntukkan sepenuhnya untuk mak dan ayah.Kalau sedang duduk-duduk rehat,saya akan ambil kesempatan memicit pinggang,kaki mereka,bercerita tentang perkembangan taska dan tadika,cuba menggembirakan mereka.Mendengar cerita-cerita mereka..Ya,banyak sebenarnya yang mereka ingin ceritakan,walaupun kadang-kadang cerita yang berulang,saya akan tetap dengar dengan gembira.Sebab saya tak tahu berapa banyak lagi masa yang saya ada untuk mendengar suara mereka.Saya tak tahu berapa banyak lagi masa yang saya ada untuk berbakti pada mereka..

Ayah pernah bercadang untuk membeli teksi yang sedang di sewanya.Saya kurang setuju kerana teksi itu sudah lama dan sering mengalami masalah.Kerap duit perlu dikeluarkan untuk membaikinya.Saya berbincang dengan abang.Jawapannya ringkas,tapi cukup untuk membuatkan saya berfikir saya masih belum berbakti sepenuhnya kepada ayah. Abang cakap :

"Tak kisahlah teksi tu selalu rosak atau tak,asalkan ayah gembira dengan apa yang dia buat,tak apalah.Ayah bukan larat betul nak bawa teksi pun,biarlah ada kenderaan untuk dia berjalan-jalan,"

Ya,asalkan ayah gembira.Berapa lama lagi masa yang saya ada untuk menggembirakannya..

Hari lahir saya yang lepas,saya telefon rumah selepas subuh.Saya tak menginginkan ucapan hari lahir.Saya cuma ingin mengucapkan terima kasih.Terima kasih kepada mak dan ayah yang telah melahirkan saya. Terima kasih kerana sudi membesarkan saya. Terima kasih kerana sudi menyekolahkan saya sehingga saya berjaya sampai ke universiti. Terima kasih kerana mengizinkan saya berada di Penang. Terima kasih kerana tidak jemu mendoakan saya.Dan ayah menangis mendengar kata-kata saya...

Saat ini,apabila melihat wanita lingkungan 50an yang bekerja keras mengutip pinggan di gerai makan,menyapu sampah,menjual barang rumah ke rumah,saya akan langsung teringatkan mak.Bila melihat pakcik seusia ayah bersusah payah meniaga dan membuat kerja-kerja berat,ingatan saya pantas teringatkan ayah..Dalam hati saya bertekad tidak akan membiarkan mereka susah pada usia begini.Namun saya tahu,saya masih belum mampu melaksanakan tekad saya sepenuhnya..

Mak dan ayah adalah antara laluan utama saya ke syurga.Berada di Penang,kadang-kadang membuatkan saya rasa tak dapat berbakti sepenuhnya kepada mereka..Jadi saya cuba peruntukkan masa khusus untuk hubungi mereka,saya akan sentiasa gembira menerima panggilan telefon mereka.Biar kewangan saya sesempit mana,tapi saya tak akan usik bahagian yang telah saya peruntukkan untuk mereka.

Dan saya sangat tahu,segala yang telah dan sedang saya lakukan ini pun,masih belum cukup untuk dinamakan berbakti kepada mereka.Saya sangat tahu bahawa saya hari ini adalah berkat doa mereka yang tidak jemu-jemu mendoakan saya.Doa mak dan ayah...Saya berharap Allah menerima amal saya di sini,dan imbuhannya juga sampai pada mak dan ayah yang mengizinkan saya berada di sini.

Moga Allah bagi kekuatan untuk saya berbakti kepada mak dan ayah sebaik-baiknya.Begitu juga kepada abang,kakak dan adik-adik saya.Berbakti itu bukan sekadar sayang di dalam hati,tapi perlu diterjemahkan dengan amal nyata. Amal itu bukan sekadar cukup memberikan wang bulanan dan membelikan barang keperluan,tapi jagalah hatinya,jagalah perasaannya,berlemah lembutlah dalam tutur kata kepadanya,bantulah kudratnya yang semakin melemah..

Saya ingin menjadi anak soleh agar dapat berkumpul dengan mak,ayah dan ahli keluarga di syurga kelak,amin..


Ayah yang tegas,tapi sangat memikirkan anak-anaknya(^_^)


Mak yang tak jemu mendoakan (^_^)


Bersama keluarga dalam trip keluarga ke Genting.Percutian yang sangat bermakna.Terima kasih kepada angah dan alang yang banyak menyumbang(^_^)~Alang tiada dalam gambar,sebab kena mengambil gambar,huhu

September 8, 2011

Taare Zameen Par ~ Setiap Anak adalah Istimewa (^_^)

Bismillahi walhamdulillah...

Disleksia.

Pernah dengar?

Terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak,istilah ini tidak begitu janggal pada pendengaran saya, cuma saya tak pernah ambil tahu secara serius.

Cuti raya Aidilfitri baru-baru ini, abang saya mengenalkan sebuah filem Hindustan kepada saya. Katanya, saya pasti suka kerana ia mengisahkan tentang kanak-kanak.Saya menonton filem tersebut dengan agak teruja setelah sekian lama meninggalkan dunia hindustan.

Taare Zameen Par



Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak,Ishaan yang mengalami Disleksia.Terpaksa mengulang kelas selama setahun kerana masih tidak dapat membaca dan menulis walaupun telah berusia 9 tahun dan mengikuti kelas pembelajaran secara normal.Guru menganggapnya nakal, malas dan selalu membandingkan dengan abangnya yang bijak.Akhirnya sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan Ishaan meneruskan persekolahannya.

Ayahnya yang tidak mengetahui anaknya mengalami Disleksia bertindak menghukumnya yang ber'main-main' dan tidak belajar bersungguh-sungguh ke sekolah berasrama.Ibunya tidak dapat menghalang walaupun hatinya berat.

Ishan mengalami tekanan psikologi yang hebat.

Rasa ditinggalkan.

Rasa tidak di sayangi.

Ditambah dengan layanan yang diterima di sekolah baru. Dia masih tidak dapat membaca dan menulis.Setiap kali melakukan kesilapan,hanya jerkahan dan tengkingan yang di terima.Dia dilabel bodoh dan malas.Walaupun hakikatnya dia berusaha keras untuk memperbaiki dirinya.Dia berusaha keras untuk membaca dan menulis,agar ibubapanya akan kembali menyayanginya dan mengambilnya dari sekolah berasrama itu..



Dia sangat ingin membaca dan menulis, tetapi tidak mampu.Ibarat si lumpuh yang dipaksa berlari.. Jerkahan dan tengkingan yang diterima menjadikan Ishaan jatuh semakin dalam.Peribadinya berubah 180'.

Pemurung

Hilang keyakinan diri

Rasa tidak berguna

Menyendiri

Senyuman hilang sepenuhnya dari wajahnya.



Sehingga akhirnya seorang guru seni sementara datang mengajar di sekolah tersebut. pengalamannya mengajar di sebuah sekolah kurang upaya membolehkannya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Ishaan.Dengan susah payah, akhirnya dia berjaya mengembalikan keyakinan dan senyuman pada wajah si kecil itu.





Kenapa saya tertarik dengan cerita ini?

Menonton cerita ini membuatkan saya langsung mengimbas anak-anak didik saya di tadika. Memang ada yang agak mengambil masa untuk boleh membaca dan menulis berbanding beberapa kawan-kawan mereka yang lain.Dan jujur,adakala saya jadi kurang sabar. Melihat wajah Ishaan yang berusaha keras tetapi tidak mampu persis wajah mereka apabila tidak dapat menjawab soalan saya..

Mata mereka ingin mengatakan :

"Tea, saya tak tahu,"

Tapi suara mereka tersekat dengan wajah tidak sabar saya.Mungkin takut andai dimarahi..

Melalui cerita ini,saya benar-benar merasakan saya masih gagal menjadi seorang guru tadika yang baik.Saya turut tersentuh dengan watak guru yang dibawakan oleh Aamir Khan.Seorang guru yang benar-benar menjiwai dan memahami profesi perguruannya.Sentiasa tersenyum,sabar dan berusaha pelbagai cara untuk mengembalikan keyakinan dan senyuman si kecil.

Kisah ini benar-benar memotivasi saya.Hari pertama persekolahan selepas cuti raya tempoh hari,saya renung satu persatu wajah anak-anak didik saya,dan saya tersenyum sendiri.Saya ingin jadi seorang guru yang benar-benar mendidik,bukan sekadar mengajar.

Terima kasih Allah yang menyampaikan hikmah ini melalui sebuah filem Hindustan(^_^)

August 7, 2011

Week 1 of Ramadhan at TCB (^_^)

Bismillahi walhamdulillah....

Ramadhan datang lagi.Seminggu dah berlalu,cepatnya.. Masih berusaha 'mencari' Ramadhan,moga ketemu (^_^)..



Now,back to my beluv TCB.Em,tahun kedua untuk secara formalnya menjalankan aktiviti Ramadhan untuk anak-anak.Alhamdulillah,i think much better than last year.Kami sediakan Kad Amal Soleh Ramadhan untuk menggalakkan anak-anak melakukan amal soleh dalam bulan Ramadhan ini. Setiap amal soleh yang dilakukan akan diberikan bintang oleh tea di tadika atau ibu dan ayah di rumah.5 amal soleh yang ditekankan iaitu puasa, tadarus (baca iqra @ furqan), sedekah, memberi dan meminta maaf,serta membantu orang lain.

Alhamdulillah,setiap pagi anak-anak akan sibuk menunjukkan bintang yang mereka peroleh di rumah kerana melakukan amal soleh.Tahun ini juga TCB mula mendidik anak-anak berpuasa.Pesanan kepada ibubapa agar memastikan anak-anak 'bersahur' di rumah sebelum datang ke tadika,kerana makan pagi tidak akan di sediakan sepanjang Ramadhan ini. Sebagai gantinya,tea akan mengadakan aktiviti pada waktu rehat untuk melekakan anak-anak.Makan tengah hari di sediakan untuk yang ingin berbuka pada waktu tengah hari.Dan mereka akan mendapat satu bintang kerana berjaya puasa selama setengah hari. Bagi yang ingin berpuasa penuh pula,tea akan asingkan ke ruangan atas dan mereka diberi permainan blok dan lego. Anak -anak yang tidak berpuasa juga di ingatkan agar menghormati yang berpuasa dengan tidak makan di hadapan mereka.


kad amal soleh ramadhan



TCB juga mengadakan aktiviti hafazan hadith pendek sempena Ramadhan ini.Untuk minggu pertama Ramadhan,hadith yang dipilih ialah :

"khayrukum man ta'allamal quran wa a'llamahu"

~sebaik -baik kalian adalah yang belajar Quran dan mengajarkannya (Riwayat Bukhari)~

Gembira rasanya melihat anak-anak ini berlumba-lumba mengulang hadith tersebut untuk diperdengarkan pada tea(^_^).

Jumaat lepas,selesai praktikal solat,anak-anak dikumpulkan,aktiviti tasmi' hadith dijalankan.Anak-anak yang telah menghafaz hadith tersebut di panggil ke hadapan untuk membacakannya di hadapan kawan-kawan.Berebut-rebut mereka mengangkat tangan,takut terlepas peluang mendapat hadiah bagi yang berjaya menghafaz hadith,huhu. Bagi yang berjaya berpuasa penuh selama lima hari pertama Ramadhan juga diberikan hadiah istimewa berupa buku. Hiba pula rasanya melihat ada anak-anak yang menangis kerana menginginkan buku yang sama.Tea hanya memujuk dan menjelaskan.Tea bertegas dalam hal ini agar anak-anak samada yang berpuasa atau tidak dapat merasakan keistimewaan mereka yang berpuasa dan terdorong untuk terus berpuasa.


dua antara tiga penerima hadiah puasa penuh 5 hari pertama Ramadhan

Tak dapat dinafikan peranan ibubapa dalam mendorong anak-anak berpuasa sangat mempengaruhi kekuatan anak -anak ini berpuasa.Terharu rasanya apabila ada antara para ibu yang menghubungi saya secara langsung bertanyakan keadaan anaknya yang berpuasa dan meminta saya bantu memujuk anaknya agar terus berpuasa!


Anak-anak yang berpuasa penuh hingga petang

Mudah-mudahan Ramadhan yang seterusnya akan terus di hayati..

July 24, 2011

copy & paste...

Bismillahi walhamdulillah...

Copy & Paste, check it out..

****************************

"Penat..."

"Hm?" Nuar mengangkat muka dari buku Hakikat Penghambaan kepada Allah karangan Ibnu Taimiyah yang sedang dibacanya mendengar keluhan Is.

"Is this life?Is this how it goes...?"keluhan terdengar lagi.Is sedang duduk di meja makan merangkap meja kerjanya bersama laptop dan beberapa buah fail serta buku rujukan yang tersusun kemas.

"oit,what's up?pening ngan projek tu ke?" Nuar lantas menutup buku dan menegakkan badannya yang sedang berbaring di atas sofa ruang tamu apartment 3 bilik itu.Rumah yang mereka sewa berlima untuk tahun akhir di UTM Skudai,Johor.Tiga lagi teman serumah mereka,Luqman,Hadi dan Zaman keluar dengan urusan masing-masing.

"Aku penat la hidup yang macam ni.."Is menarik nafas berat.Perlahan dia bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata.Wajahnya kusut,seakan sedang menanggung sesuatu yang berat.

Nuar mengerut kening.Apahal dengan budak ni?Tak pernah pulak dia macam ni.Hatinya berbisik sendiri.Tapi dia hanya diam,menunggu butir seterusnya yang akan keluar dari bibir Is.

"Aku penat jatuh dan naik balik macam ni.Bila akan berakhir? Azam untuk perbaiki diri,then jatuh balik pada lubang yang sama. Then azam lagi,jatuh lagi..Azam lagi,jatuh lagi..Azam lagi,jatuh lagi..sampai bila..??"

"Aku dah fed up..."kalimah akhir itu dilafaz dingin,sambil matanya merenung kosong siling putih.

Nuar diam terus.Mula dapat menangkap permasalahan yang begitu membebankan hati sahabatnya itu.

"wonder if Allah still can bear with this ungrateful slave...Ntah-ntah Dia pun dah penat dengan karenah aku...,"Is menyambung lemah.

"Aku berada pada sangkaan hambaKu....Hadith qudsi,remember?Never ever let your mind jump into that conclusion," Nuar bersuara lembut tapi tegas.Budak ni la,parah kalau dah menyangkut zhon yang bukan-bukan pada Allah ni.Dia menarik nafas panjang sama.Is menarik senyum segaris,bibirnya bergerak perlahan melafaz istighfar.

"Kau kenal aku kan Nuar,aku bukan background sok-sok alim macam kau,ilmu agama mantap. Boleh cakap aku kenal islam dan cuba amalkan betul-betul lepas kenal tarbiyah. Kanvas silam aku dominan dengan warna hitam...99% of them are still in here.. baru tarbiyah nak sental bagi putih,aku 'jatuh',jadi hitam balik..." Is merenung kosong ke luar beranda aparment mereka di tingkat lima ini.

"Honestly aku dah penat...Memang sesusah ni ke nak jadi baik?typical question na,ha.ha.ha,"Is melafaz lagi dengan tawa yang dibuat-buat.Nuar masih diam,memberi peluang Is meluahkan segala-segalanya.

"Aku penat hidup terbelenggu dengan jahiliyah silam ni.Aku nak bebas.Aku taknak tahan dan pendam jahiliyah ni dalam diri.Aku taknak sekat diri aku daripada lakukan hal lagha hanya dengan hujah dalil,etc.Sebab aku tahu hujahnya,aku tau dalilnya,but still can't afford to control myself.. Aku nak tinggalkan benda-benda tu,dengan hati aku sendiri yang dah tak rasa nak buat semua tu.."Ish, nape macam terbelit-belit ayat aku ni,faham ke tak budak Nuar ni agaknya,desis Is dalam hati.Namun hatinya lega setelah mengeluarkan sebahagian daripada resah jiwanya.

"Any other choice?" Nuar bertanya tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri.

"Choice?"Is bertanya kembali,tidak faham.

"Meaning..kau ada pilihan lain tak selain tetap perlu berusaha untuk bangun walaupun jatuh berkali-kali?Ada pilihan lain tak selain menggunakan hujah untuk terus bertahan,selagi hati tu belum mampu membuang terus kecintaan pada jahiliyah yang dulu?"Nuar melontarkan soalan bertubi-tubi.

Is terdiam.Ada pilihan lain ke?

"Ada.Ada 2 pilihan lain,"ujar Nuar sambil menarik senyum segaris.

"1- make sure kau takkan pernah jatuh.Then you won't bother to get up. Atau...
2- Bila jatuh lagi lepas ni,takyah bangun langsung dah.Jadi nanti tak ada fed up asyik jatuh lagi bila dah bangun,"

Is membesarkan matanya.Apa punya pilihan ni??!Meletus tawa Nuar melihat reaksi Is.

"Tapi pilihan pertama tu mustahil,kecuali kau ni sok-sok geng yang Allah cipta daripada cahaya tu la. Pilihan kedua pulak,boleh juga,kalau kau berani nak buat appointment dengan Inche Malik,"

"Haru la kau ni,apa punya idea tu..,"ujar Is sambil kembali menalakan pandangannya ke luar beranda.Namun diam-diam dia mengakui kebenaran kata-kata Nuar.

Perlahan Nuar bangun menuju ke meja makan.Dia menarik sebuah kerusi di sebelah Is dan melabuhkan punggungnya di situ.

"Is,this is life.Banyak topik yang kita perlu cover,banyak pula subtopik di dalamnya.Setiap subtopik pula ada ujiannya,jatuh dan bangun itulah ujian.. Ingat lagi tak, firman Allah dalam surah albaqarah ayat 214 : apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu cubaan seperti yang menimpa orang-orang terdahulu sebelum kamu.." Nuar mengulang ayat yang mereka pernah hafaz bersama dulu.

Is hanya diam,terus merenung kosong ke luar.

"Memang aim kita kalau boleh biar hati kita sendiri rasa tawar dan tak mahu kembali pada jahiliyah yang dulu.Bukan semata-mata berpegang pada title 'ikhwah tarbiyah,tak patut buat perkara-perkara macam ni',but those feeling is a gift from Allah,Dia akan bagi pada siapa yang Dia nak bagi.Usaha kita untuk bertahan ni cuma tahapan awal untuk didik hati sampai pada rasa yang begitu.Jadi kalau kita give up dalam fasa bertahan ni,selamanya kita takkan sampai pada tahap hati yang bebas tu.we're not that special to got the gift yet,maybe"

"Tapi kan antara syarat taubat adalah tidak kembali melakukan kesalahan yang sama?,"Is bertanya.

"intention,"Nuar menjawab pendek,namun cukup jelas untuk difahami oleh Is.

"ntahlah Nuar... Kadang-kadang aku rasa sensor kat hati ni pun dah ada leakage kat mana-mana. Dah tak sensitif macam dulu.. Tahu,tapi tak mahu,"Is mengutip kata-kata Abu Saif.

"Daijoubu,main sensor masih aktif lagi,sensor utama yang mengesan tahap aktif sensor-sensor lain dalam hati tu.Sebab tu kau boleh kesan ada leakage.Jadi cuma perlu buat normal service,tak perlu buat major service,"Nuar menjawab sambil tersengih menampakkan barisan giginya.

"Hu...Dahsyat betul la gaya bahasa kau,taula automative engine,"

"Hahaha,janji message delivered," sejenak mereka ketawa bersama.

"Is,"

"Hm?"

"Jangan pernah penat.Allah takkan pernah jemu melainkan kita sendiri yang jemu.Ingat lagi sabda nabi ; "Sesungguhnya Allah sangat menyukai kepada taubat seorang hamba-Nya daripada sukanya seseorang yang menemukan kembali untanya setelah hilang di tengah padang sahara"(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)"

"jazakallah khayran jazak Nuar,"syukur Allah menghadiahkan sahabat seperti Nuar kepadanya.Sentiasa mengingatkan di saat dia mula terlupa. Nyata Allah inginkan kebaikan atas dirinya.

"1 more thing.."ujar Nuar tiba-tiba.Is mengangkat keningnya bertanya kenapa.

"Akan ada satu masa,hati mungkin boleh black out due to short circuit.."

Haa??Dia pakai istilah apa pulak ni.Is menggaru kepala yang tidak gatal,namun fokusnya menanti kata-kata Nuar seterusnya.

"Bila sampai waktu tu,buat apa pun rasa berat dan beban,orang cakap apapun,malas nak ambil tahu..Bila sampai waktu tu.." tangan Nuar mencapai quran terjemahan syamil yang berada atas meja tersebut,lantas melekapkannya ke dada Is.

"stick with this.teruskan baca walau tak rasa apa.Terus,terus dan terus.Terus sampai Allah kembali melapangkan dada.Coz it's the best for major service.Rasulullah kata mampu mencuci karat di hati,"

"Thanks again Nuar,you're really help."Is rasa ingin memeluk sahabatnya yang seorang itu.

"Na,back to Allah.Yuk,kita ke masjid,nak asar da," Mereka bangun dan bersiap untuk ke masjid.

June 15, 2011

ICECSE 2011 & Rejab 1432H

Bismillahi walhamdulillah...

Alhamdulillah,10 hingga 12 Jun 2011 yang lepas,saya berpeluang menyertai International Conference on Early Childhood and Special Education(ICECSI) 2011 yang diadakan di USM Induk,Pulau Pinang. Persidangan ini mengumpulkan ilmuwan dari pelbagai institusi serata dunia untuk membentangkan kertas kerja dan juga hasil kajian mereka. Sekitar 146(kalau tidak salah saya)tajuk yang dibentangkan.Tujuan utama hanya untuk cari ilmu,dapatkan idea untuk tajuk kajian master. Nyata saya dapat lebih dari itu,alhamdulillah.

Memasuki Rejab 1432H,bersamaan Jun 2011.Cepat betul masa berjalan.Dua bulan lagi akan bertemu semula dengan Ramadhan,moga Allah masih beri lagi kesempatan.Hampir 12 bulan meninggalkan Ramadhan 1431H yang lepas,terasa daki-daki dosa sudah sangat menebal.. Andai kelihatan dosa itu dengan mata nyata,pasti diri sendiri pun akan terasa jijik.

Dalam menelusuri kehidupan ini...

Jatuh dan Bangun..(walaupun kadang-kadang rasa tak mampu nak bangun lagi)

Ingat dan Lupa..(walaupun kadang-kadang ingat,tapi buat-buat lupa)

Ketawa dan menangis semula..(tawa dalam tangisan pun selalu juga)

mujahadah itu pahit...(teramat sangat..)

Kerana Jannah itu manis..(tahu tak layak,tapi tetap ingin mengharap..)

Mari persiapkan diri bertemu Ramadhan.Allah mahukan kebaikan atas kita,bukti kasih sayangNya(^_^)

Teringat satu nama,orangnya jauh berada di Selatan.Orang yang jarang saya pedulikan semasa dia dekat.Tapi sentiasa hadir dalam ingatan bila dah jauh,dengan segala kenangan...Hm,tipikal manusia ya,mula menghargai bila dah tiada di sisi.Credit to Sinergi by Hilal Asyraf,saya jadi lebih fahami erti ukhwah.

May 25, 2011

Pasar Malam...

Bismillahi walhamdulillah..

Tadi pergi ke pasar malam.Setiap kali melalui pasar,baik pasar pagi atau pasar malam,pasti akan lahir satu perasaan. Perasaan sayu,sedih,entahlah, tak tahu nak definisikan. Yang pasti,saya tidak suka dengan perasaan itu.Kenapa?Entah..

Mungkin kerana akan teringat pengalaman ketika kecil dulu.Menolong ayah di pasar pagi. Dulu ayah menjual nasi lemak. Setiap hujung minggu,pasti akan bangun awal pagi,untuk ikut tolong ayah di pasar.Ayah dan emak pula biasanya akan bangun seawal 3 hingga 4 pagi untuk mula memasak.Bila bangun waktu subuh,pasti akan terasa rumah berbahang,kerana masakan di dapur.

Tugas saya adalah mengutip pinggan orang yang selesai makan di pasar.Kalau kakak saya ikut bersama,biasanya dia akan menolong memasukkan bungkusan nasi ke dalam plastik. Dua orang adik saya?Masih terlalu kecil untuk membantu. Segan sebenarnya,lebih-lebih lagi kalau pekerja-pekerja kilang yang lelaki berkumpul ramai-ramai untuk makan.Umur saya ketika itu 8 tahun.

Adat orang berniaga.Bukan pendapatan tetap seperti makan gaji.Tergantung.Ada hari jualan nasi lemak habis sampai lima tong.Adakala baki terlalu banyak.Balik dari berniaga,perlu mengemas dan membasuh dahulu segala bekas dan peralatan.Penat.Memang penat.

Saya selalu memerhatikan pelanggan yang datang.Mereka mengenali saya sebagai anak 'tauke'. Adakala mata mereka menatap dengan pandangan simpati.Mungkin kerana melihatkan saya yang masih terlalu kecil untuk menolong di pasar. Saya tidak suka. Saya tidak suka pandangan simpati itu. Saya selalu cuba menunjukkan saya gembira dengan apa yang saya lakukan.Saya tidak akan bersedih apabila jualan tidak habis.Saya tidak suka dipandang simpati..

Sama.

Sekarang,apabila pergi ke pasar,saya suka memerhatikan penjual,berbandng barang jualannya.Saya ingin melihat air mukanya.Ada yang berwajah riang,apabila barang jualan habis atau tinggal sedikit. Ada yang agak keruh air mukanya kerana barang jualan masih banyak berbaki.

Saya suka mencari satu wajah. Wajah kepuasan. Wajah yang menggambarkan kebesaran jiwa pemiliknya. Wajah yang sentiasa ceria dan penuh semangat samada jualan habis atau tidak.Wajah yang sentiasa cerah dan penuh harapan.Wajah yang menggambarkan kelapangan jiwa,yang menyerahkan segala keputusan akhir rezekinya di tangan Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh melalui jualan. Wajah yang mengharapkan Allah redha atas setiap titik peluh,penat lelah dan usahanya.Wajah yang sentiasa redha samada Allah menetapkan jualannya habis atau sebaliknya pada hari itu.Bukan wajah yang meletakkan redhanya pada takdir Allah hanya selepas jualan habis. Jika jualan tidak habis,maka rungutan yang akan kedengaran.Bukan..

Dan tadi,saya jumpa wajah yang cerah itu (^_^)

May 17, 2011

Saya Bukan Mujahidah Akhir Zaman

Bismillahi walhamdulillah...

Sebuah tugasan,yang perlu di laksanakan,lalu saya kongsikan..

MUJAHIDAH AKHIR ZAMAN

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Lirik lagu ‘Puteriku sayang’ oleh kumpulan nasyid Hijjaz. Em,rasanya lagu ini pun dah cukup menggambarkan bagaimana seharusnya seorang mujahidah solehah akhir zaman.

Sebenarnya kita mempunyai sekian banyak peribadi-perbadi contoh mujahidah solehah , sejak zaman sebelum baginda rasulullah SAW diutuskan lagi. Masyitah tukang sikat anak Firaun, Asiah isteri firaun, kisah dua puteri Nabi Syuaib, dan kisah Hajar dan Sarah, isteri Nabi Ibrahim AS. Sampai pada zaman Nabi SAW pula,lebih banyak lagi contoh yang akan kita temui. Para ummul mukminin khususnya,ditambah lagi dengan para sahabiah seperti Khaulah Al-Azwar, Ummu Sulaim, Sumayyah binti Khayyat, Asma Abu Bakar, Nusaibah dan banyak lagi. Dan kini,kita tetap masih mempunyai contoh para mujahidah abad ke 20 seperti Ummu Muhammad,Lathifah As Suri, Zainab Al Ghazali dan banyak lagi.

Menelusuri kisah mereka membuatkan kita akan terfikir satu perkara. Apakah persamaan faktor yang menyebabkan nama mereka harum mewangi dalam sejarah sebagai tokoh mujahidah solehah? Zaman yang berbeza,waktu yang berbeza,latar belakang yang berbeza, namun menghasilkan keperibadian yang seakan sama, seakan lahir dari acuan yang sama.

Masyitah yang syahid demi mempertahankan aqidahnya, Asiah yang tidak gentar walaupun terpaksa menghadapi suaminya Firaun, dua puteri Syuaib yang teguh mempertahankan sifat malu di hadapan Nabi Musa, Ummu Sulaim yang punya tekad dan keyakinan yang mantap tatkala menerima pinangan Abu Thalhah, Asma Abu Bakar yang tidak menjadikan berbadan dua sebagai alasan untuk mengurangkan amal, Ummu Muhammad yang langsung sujud syukur mendengar berita kesyahidan suami tercinta, Lathifah As -Suri yang menjadi sayap kiri perjuangan perjuangan As-Syahid Hasan Al Banna. Ah,terlalu banyak. Sekadar tulisan nampaknya takkan mampu menulis dengan sebenar-benarnya catatan emas kehidupan mereka.



Satu persamaan antara kesemua mereka adalah ~ keimanan yang teguh kepada Allah. Faktor inilah yang membuatkan mereka seakan – akan lahir daripada acuan yang sama. Ya,acuan qurani. Apabila disebut nama Allah,gementar hati mereka. Apabila dibacakan ayat- ayat Allah,bertambah kuat iman mereka.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayatNya,bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.” (Al-Anfal : 2)

Hingga akhirnya melahirkan keyakinan dan tekad yang bulat terhadap Tuhan mereka. Mereka tidak memiliki diri mereka sendiri, Allah lah Pemilik Mutlak jiwa-jiwa mereka. Tidak ada sesuatu yang akan menimpa mereka melainkan apa yang telah Allah tetapkan atas mereka. Justeru,tiada kebimbangan melainkan husnu zhon atas setiap percaturanNya.

“ Katakanlah:Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah bertawakkallah orang-orang yang beriman” (At –Taubah : 51)

Lalu kita kemudiannya akan berfikir pula. Aku juga seorang wanita. Aku juga seorang Muslimah. Aku juga beriman kepada Allah. Aku juga yakin pada takdirNya. Namun mengapa aku tidak mampu jadi seperti mereka? Mengapa aku sering sahaja terdorong oleh nafsu ammarahku,sedangkan Hajar ibu Ismail AS begitu penyabar? Mengapa aku sering saja memberi alasan dalam menambah amal ibadahku,sedangkan Asma Abu Bakar turun naik ke Gua Thur dalam keadaan sarat berbadan dua? Mengapa aku begitu cepat menjadi lemah dengan tekanan sekeliling walhal aku bukan berhadapan dengan Firaun seperti Masyitah atau Asiah?

Kalau boleh di analogikan iman itu mencapai tahap sempurna pada tahap 100%,mungkin iman para mujahidah tersebut berada di tahap 90% dan ke atas. Lihat saja pengorbanan dan amal mereka.

Kita? Bagaimana dengan wanita Muslimah umum seperti kita? Yang masih lagi tenggelam timbul berusaha mencapai khusyuk dalam solat. Yang masih lagi berkira-kira untuk menghulurkan sedeqah. Yang masih lagi timbul keraguan dan rungutan atas ujianNya. Yang masih lagi terlintas dalam hati, minat pada hiburan – hiburan jahiliyah.

Iman perlu dibuktikan dengan amal,perlu di baja dengan ibadah, disirami dengan ilmu yang benar. Iman itu juga mempunyai cabang-cabangnya :

“Iman itu terdiri daripada enam puluh sekian atau tujuh puluh sekian cabang. Yang paling utama adalah ucapan ‘La Ilaha Illallah’, yang terendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan malu adalah salah satu cabang dari iman” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya,kita mengaku dengan hati dan lisan akan Allah sebagai Ilah, tapi masih terdapat lompong kosong yang perlu kita isi. Masih terdapat cabang-cabang iman yang belum kita dalami,dan belum kita amalkan. Justeru menyebabkan kita belum mampu mencapai target seperti mana yang Allah kehendaki.

Jangan berputus asa. Inilah proses, proses tarbiyah. Andai Allah ciptakan kita dengan sesempurna akhlak dan amal, tentu Rasulullah tak perlu lagi di utuskan sebagai uswah buat kita semua. Jadi,teruskan memperbaiki amal!

April 29, 2011

Dengari Mereka....

Bismillahi walhamdulillah...

****

"Tea,Balqis koyak buku cerita!" Adu Ainul.

Saya memanggil Balqis.Dia datang perlahan-lahan,mukanya sedikit takut.

"Kenapa Balqis koyak buku ni,Balqis suka koyak buku ke?"Saya bertanya perlahan. Perlahan Balqis menggelengkan kepalanya.

"jadi,kenapa Balqis koyak buku ni?"

" Balqis nak main..."

Dan saya terdiam mendengar jawapannya..

******

"Tea,Abbas main sabun dalam bilik air!" jerit Danial,mengadu.

Saya memanggil Abbas.Dia keluar perlahan -lahan dari tandas.

"Abbas main sabun ye?" Saya bertanya walaupun jelas saya dapat bau sabun yang digunakan dalam bilik air..Perlahan Abbas menggelengkan kepalanya.Matanya tunduk memandang lantai.

"Abbas...cakap benar dengan tea...Abbas main sabun ya?Tea bukan nak marah,tea tanya je.Betul Abbas main sabun?"Saya bertanya lagi.

Abbas diam lama.Kemudian perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.Matanya masih tidak memandang saya.

"Kenapa Abbas main sabun?"Diam tiada jawapan.

Otak saya ligat berfikir apa lagi soalan yang sesuai saya ajukan untuk merangsang Abbas menjawab.

"Em,umi pesan Abbas kena guna sabun bila masuk tandas ke?"

Spontan Abbas mengangkat wajahnya memandang saya.Dia mengangguk sambil menjawab lancar :

"umi kata kalau masuk tandas kena basuh dengan sabun,nanti cacing masuk,"

"Oh..."Dan saya terdiam lagi.

****************

"Tea,Suhayl tak malu,taknak pakai seluar!!" Aqil jerit mengadu.

Kelihatan Suhayl sedang mengusik kawan-kawannya sambil memegang seluarnya.

"Suhayl!,"

"Suhayl kelihatan terkejut dengan panggilan saya.Perlahan-lahan dia datang kepada saya.

"Kenapa Suhayl tak pakai seluar?Malu dekat kawan-kawan.."

"Suhayl tak tau pakai.."lambat-lambat dia menjawab.

Ya,saya terlupa.Walaupun secara fizikal,Suhayl kelihatan agak besar,sesuai dengan umurnya,tapi dia sebenarnya sedang dalam proses mandiri untuk tidak memakai pampers.

Perlahan saya mengambil seluar itu daripada tangannya dan menunjukkan cara memakai seluar. Saya terdiam lagi..

***********

Satu perkara yang saya pelajari.Anak-anak mempunyai sebab atas apa yang mereka lakukan walaupun dalam pandangan kita perbuatan itu salah. Ambil masa,selami dahulu mengapa mereka malakukan perbuatan tersebut,jangan terus di marahi. Dan adakalanya,mereka melakukan sesuatu yang salah kerana tidak tahu bahawa itu salah.Justeru,kitalah yang perlu memberi didikan 'right & wrong' kepada mereka.

Satu perkara lagi,adakalanya saya rasa seperti anggota polis yang bertugas di balai,sentiasa mendapat aduan tentang salah laku daripada anak-anak ini,haha(^_^)

April 21, 2011

Selangkah Demi Selangkah....

Bismillahi wal hamdulillah...

Puji-pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam.Dia yang Berkuasa Melindungi,Hanya padaNya segala pergantungan dan harapan.

Hari ini saya menyelesaikan yuran pengajian master di USM.Alhamdulillah,banyak sangat yang Allah permudahkan.Terima kasih buat insan-insan yang sudi membantu,moga Allah balas dengan sebaik-baik balasan.

Teringat satu lagu yang sering saya dengar ketika kecil :

"when i was just a little girl,
I asked my mother what will I be..
Will I be pretty, will I be rich...
Here's what she said to me..

Que Sara,Sara..
Whatever will be,will be..
The future not us to see,
Que Sera,Sara..."


Dan sekarang,saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku ke depan. Dulu saya pernah bertekad untuk tidak sambung belajar lagi setelah selesai ijazah,tak larat,huhu.

Yet now,i'm on it..
We don't really know what will happen in the future,aren't we?
God's will..
If the plan suit with His plan,Alhamdulillah..
But if not,He knows best than we do (^_^)

O Allah,Guide my step,don't let me go astray..

April 8, 2011

SINERGI...

Bismillahi walhamdulillah...

Lama tak update blog.Sibuk.Sibuk dengan perkara yang tak perlu disibukkan,huhu.Saya nak keluar dari kesibukan yang melelahkan ini. I need that synergy badly!

"..Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..." (13: 11)

THE CHOICE IS YOURS! Nope. THE CHOICE IS MINE actually..

Bila anda mempunyai lesen memandu,apa yang menghalang anda daripada memandu?

1)tiada kenderaan untuk dipandu(Haha,cannot help la)

2)Tak berani nak memandu. (Then,keep on renew license every year wastely,huhu)

3)Memilih untuk jadi penumpang,Rasa selesa.Duduk di belakang,tidur,tak perlu ambil tahu betapa bekerja kerasnya sang pemandu perlu fokus memandu,lebih-lebih lagi pada waktu malam,di jalan yang tiada lampu,waktu hujan yang lebat,dalam satu perjalanan yang amat jauh. (What a bad manner!)

Cuma satu analogi.Apapun jawapannya,kita yang mencipta alasan itu.Terserah tafsiran masing-masing.

CHANGE BEFORE YOU MISS THE CHANCE....FOREVER.

"....Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum,maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah," (13:11)

Bertindak, selagi Allah masih mahukan kebaikan atas diri kita.

March 30, 2011

My Sweetheart (^_^) ...


My sweeatheart at Shah Alam (^_^)



My sweetheart at Penang (^_^)

February 13, 2011

Adakah Anda Seorang Yang Berakhlak???

Bismillahi walhamdulillah...

Akhlak...

Sekian banyak hadith yang membicarakan tentang akhlak.Saya tertarik dengan kupasan Majalah Solusi ke 28 tentang : Tanpa Akhlak Rosak Ibadah.



Akhlak yang dapat saya simpulkan melalui kupasan dalam majalah tersebut ialah :

"Satu Kepribadian mulia yang lahir tanpa dipaksakan.Tak perlu berfikir panjang untuk dilaksanakan.Tak perlu di cari hujah kenapa perlu melakukannya.Tak perlu di timbang-timbang hikmah dan manfaat menjalankannya.Ia lahir secara natural,seakan telah sebati dan mendarah daging kepribadian mulia itu dengan jiwa kita. Ia seperti tindakan refleks,sekali tangan terkena benda panas,automatik kita akan menarik tangan kita kembali"

Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu seorang sahabat yang mulia menyatakan: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam adalah manusia yang paling baik budi pekertinya.” (HR.Bukhari dan Muslim).

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi, dari abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, diriwayatkan juga oleh Ahmad. Disahihkan Al Bani dalam Ash Shahihah No.284 dan 751)

Dalam riwayat Bukhari dan Muslim dari Abdillah bin amr bin Al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma disebutkan : “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.”

Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengabarkan bahwa suatu saat Rasulullah pernah ditanya tentang kriteria orang yang paling banyak masuk syurga. Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang Baik.” (Hadits Shahih Riwayat Tirmidzi, juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Lihat Riyadus Sholihin no.627, tahqiq Rabbah dan Daqqaq).

“Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi kejelekan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi, ia berkata: hadits hasan, dan dishahihkan oleh syaikh Al Salim Al Hilali).

Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata : Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku majelisnya di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya.” (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban. Lihat Ash shahihah Juz 2 hal 418-419).

Contoh?

Rasulullah tetap senyum dan memaafkan Arab badwi yang menarik kain burdah baginda dengan kasar sehingga berbekas.

Rasulullah sedia menziarahi wanita yahudi yang sering mengejek dan meletakkan kotoran di hadapan rumahnya tatkala wanita tua itu jatuh sakit.

Seorang wanita yang sedang berjalan di kompleks membeli belah tunduk memungut sampah yang terlihat di hadapannya,dan memasukkannya ke dalam tong sampah tanpa rasa malu.

Seorang lelaki yang sedang memandu memberhentikan keretanya di tepi jalan dan turun untuk mengalihkan batu besar yang sedang merintang jalan.

Oh,kalau contoh yang begitu,mungkin kita juga boleh melakukannya.Haha,mungkinkah?

Tapi bagaimana pula kalau keadaannya begini :

Seorang sahabat mampu melemparkan senyuman kepada semua orang kecuali seorang ini,kerana kesalahan yang pernah di lakukannya terhadap dia.

Kita sangat baik dan ramah terhadap sebahagian orang yang kita rasa ada kaitan dengan kita,tapi sebahagian yang lain kita buat endah tak endah.

Seorang anak sangat rajin membantu di dapur tatkala berkunjung ke rumah temannya,tapi lebih suka duduk di bilik dan membiarkan ibunya buat kerja sendirian di dapur apabila berada di rumahnya sendiri.

Seorang pakar motivasi merangkap ayah yang sangat penyayang sedang baring merehatkan diri,tiba-tiba kepalanya dilanggar oleh anaknya yang sedang bermain,lantas berkata kepada sang ibu : "Can you please keep him away from me!"

Seorang lelaki sangat memuliakan dan menghormati calon mertuanya,tetapi sering meremehkan ibubapa kandungnya sendiri.

Kadang-kadang kita hanya berakhlak pada orang tertentu dan pada masa tertentu..

Ya,akhlak itu belum mendarah daging dalam jiwa kita.Ia hanya terpamer pada masa dan ketikanya.Dan adakalanya kita memikir lama samada ingin melaksanakan akhlak itu atau tidak.

Kita bukan insan yang berakhlak mulia sempurna.Kita hanya insan yang sedang berusaha melaksanakan akhlak yang mulia.



Salah?

Tidak salah selama mana kita sedar ini adalah satu proses dan sentiasa cuba meningkatkan dan memperbaiki diri kita.

Pernah satu ketika seorang sahabat Abu Dzar Al-Ghifari memanggil Bilal dengan gelaran 'budak hitam'.Bilal tersinggung lalu mengadu kepada Nabi SAW.Nabi SAW lantas menegur pebuatan Abu Dzar. Apakah yang dilakukan oleh Abu Dzar setelah ditegur nabi?

Menyimpan rasa marah terhadap Bilal kerana mengadu kepada nabi?

Membela dirinya sendiri?

Tidak.Bahkan Abu Dzar meletakkan kepala di tanah dan meminta Bilal memijaknya untuk menebus kesilapannya.

Sentiasa muhasabah dan perbaiki diri.

Kondisi kejiwaan mempengaruhi akhlak yang terpamer.

Akhlak buruk pula boleh meruntuhkan ibadah yang dibina.

Tingkatkan ruh kejiwaan agar akhlak mulia mendarah daging,dan mujahadah mematahkan serta memperbaiki akhlak buruk agar kemanisan ibadah dapat dirasai!

January 28, 2011

Idola Kecil VS Adik-Adikku VS Pildacil...

Bismillahi walhamdulillah...

Anak-anak ibarat kain putih,ibubapalah yang mencorakkannya.Anak-anak lahir dalam keadaan fitrah,ibubapalah yang menjadikan ia yahudi,majusi atau nasrani. Satu kelebihan yang Allah anugerahkan kepada anak-anak adalah kebolehan untuk mereka menyerap apa yang mereka lihat dan dengar.Seperti span,daya serapan anak-anak terhadap apa yang mereka perhatikan dari sekeliling sangat laju iaitu sebanyak 80% pada usia 0 - 5 tahun.Kerana itu,'first lesson' sangat penting untuk menentukan sebahagian besar bagaimanakah corak gaya hidup mereka kelak,walaupun ini bukanlah penentuan,tapi ada kebarangkalian.

Tidak percaya?

Mari kita lihat buktinya melalui 3 kanak-kanak yang usia lebih kurang sama,tapi didedahkan dengan persekitaran dan dilatih dengan seni yang berbeza.berkonsepkan sama,rancangan realiti TV,setiap program ini melahirkan bakat luar biasa yang berbeza.

Idola Kecil

Tahu tentang program realiti tv ini? Pasti tahu bukan.Saya pernah sekali menontonnya.Sebagai individu yang terlibat secara langsung dengan dunia kanak-kanak,saya rasa sangat sedih dan sakit melihatkan rancangan ini.Kanak-kanak ini di eksploitasi dengan alasan mengetengahkan bakat,membina yakin diri dan sebagainya.Kasihan anak-anak ini.Jujur saya kagum dengan anugerah bakat yang Allah kurniakan pada mereka,tapi sayang,pihak yang seharusnya menjaga amanah ini sebaik-baiknya justeru menyalahgunakannya.Saya hairan bagaimana ibubapa boleh bertepuk riang,bangga melihat anaknya menari ibarat penari profesional di atas pentas.Dengan 'dressing' setaraf artis,semakin 'berbisa' persembahannya,semakin gemuruh tepukan diberikan.Tidakkah para ibubapa ini akan di tanya di hadapan Allah kelak,tentang anak-anak,bagaimana mereka mendidiknya?



Adik-Adikku

Juga Rancangan Realiti TV.Konsepnya berbeza.Alhamdulillah,anak-anak tetap di cungkil bakatnya,membina yakin diri dan dengan cara yang lebih islamik.Satu permulaan yang baik untuk mengetengahkan bakat anak-anak.Cuma sayang,seolah-olah masih kurang sambutan.Publisitinya juga tidak seluas dan se'gah' Idola Kecil.Entah di mana silapnya.Saya harap rancangan ini akan bertambah baik dan terus mendapat sambutan.Dan moga ada pihak penaja yang akan ke depan melabur untuk meningkatkan mutu program ini,sebagai bekalan saham ke akhirat kelak.Bukan bersandarkan kepada JAKIM semata.Moga terus maju Adik-adikku!



Pildacil

Mungkin ada yang pernah dengar,mungkin ada yang tidak.Rancangan realiti TV dari negara jiran,Indonesia. Setnya nampak gah,begitu mendapat sambutan,bakat yang dicungkil juga subhanallah,luarbiasa.Sampai mengalir air mata melihat persembahan mereka.Yang di utarakan bukan sekadar nyanyian,tapi juga pembahasan dalil quran dan hadith.Ada tema yang diangkat.Moga satu hari,Malaysia juga mampu mengeluarkan program realiti sekualiti ini,amin.. Silakan anda nilai sendiri...

January 9, 2011

Lapang Sebelum Sempit...

Bismillahi wal Hamdulillah..

3 Januari 2011 - 7 Januari 2011.

Lima hari ini terasa begitu lambat,rasanya terlalu perlahan masa berlalu.
Tahun baru,kemasukan murid baru,apatah lagi terlibat dengan taska dan transit.Tambahan pula,boleh di katakan ini tahun pertama TCB benar-benar mula beroperasi.

Alhamdulillah,banyak pertambahan murid baru,bersamaan dengan banyaknya amanah untuk mendidik dan mentarbiyah yang tertanggung di pundak para pendidik TCB.

Penat?

Sangat Penat.

Teramat penat.

Hahaha,minggu orientasi dan adaptasi untuk para tea sebenarnya,bukan anak-anak.

Alhamdulillah,saya dan tea Rika melakukan post mortem setiap hari tentang perjalanan aktiviti harian TCB untuk menambah baik segala kekurangan yang ada.Dan segalanya nampak semakin membaik,alhamdulillah.

Saat ini,saya mula merasakan kebenaran hadith Nabi SAW :

Hadis itu berbunyi,

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Ya,waktu lapang sebelum sempit dan sibuk.Seminggu ini,saya cuba sedaya mungkin mencari sela-sela masa untuk melengkapkan ibadah sunat yang rutin dilakukan(mutabaah). Saya tahu sebenarnya saya belumlah sesibuk mana.Saya cuma seorang hamba yang baru keluar dari zon selesa,sedang cuba menyesuaikan diri dengan satu zon baru yang menuntut saya aktif,kreatif,interaktif,terurus dan masa yang sama tenang dan rasional dari segi mental dan emosi.

Saya sangat yakin kunci untuk mendapatkan semua itu adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah.Memang kita boleh niatkan pekerjaan yang kita lakukan kerana Allah,ia akan di kira ibadah,tetapi ia tidak sama dengan ibadah khusus yang dilakukan seperti solat,tilawah dan sebagainya.Ibadah khusus inilah sebenarnya tunjang kekuatan kita dalam apa jua keadaan.

Memulakan hari,memandu van untuk membuka tadika,saya niatkan dalam hati agar Allah memberi petunjuk dalam setiap urusan saya pada hari ini dan memberkahi rezeki saya.Setiap kali ada masa terluang,saya akan pastikan terisi dengan zikir atau tilawah,tak kisah berapa ayat pun.Saya juga menyusun masa bersama staf untuk berganti-ganti menunaikan solat dhuha pada waktu rehat.Solatlah refreshment yang terbaik.

Walaupun TCB di tubuhkan atas dasar menerapkan pendidikan dan tarbiyah pada anak-anak, tapi saya tak mahu di sibukkan semata-mata dengan urusan kerja.Saya yakin hubungan dengan Allah yang di jaga oleh para tea lah yang akan mewarnai suasana tarbiyah anak-anak ini dengan izin Allah. Kerana itu,staf juga disediakan masa untuk menunaikan ibadah sunat mereka,tanpa mengabaikan sedikit pun fokus dan aktiviti terhadap anak-anak.

Satu perkara yang saya takutkan...

Andai kepenatan dan keletihan seharian di TCB tiada nilaian di sisi Allah...

Saya sangat takut...

Gaji beribu juga tidak kan punya makna andai amal kita ditolak dan dilemparkan semula oleh Allah SWT,naudzubillah hi min zalik..

Terimalah daripada kami amal-amal kami ya Rabb...

January 6, 2011

Sekitar Orientasi TCB 2011: "Sebab hantu tu garang macam abah..."

Bismillahi walhamdulillah...

Aktiviti melukis : "Saya dan Keluarga"


"Yang ni gambar siapa?" tanya tea Aisyah.

"Gambar abah,"jawab Syakir yang baru berusia 4 tahun.

"Oh,sebelah abah ni siapa?"

"hantu,"jawab si kecil itu lagi.Sang tea terkejut.

"Ha,hantu?Kenapa hantu duduk sebelah abah Syakir?"

"Sebab hantu tu garang macam abahla,"terdiam sang tea.Kanak-kanak sangat jujur dalam berbicara dan mengekspresikan pendapatnya.Ini salah satu cara untuk kita mengenali latar belakangnya.Begitulah pandangan seorang anak terhadap ayahnya.

Garang macam hantu?

Hahaha,memang kami para tea geli hati dengan telatah mereka.Tahun 2011 bermula,murid baru,telatah baru,cabaran baru.

Bersedia ya para tea!Selamat menempuh hari-hari yang penuh keseronokan(^_^)

January 3, 2011

Jalan Juang (^_^)

Dedikasi untuk semua teman tercinta,sabar ya..(^_^)

Jalan Juang

Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!

SONG BY - IZIS