June 11, 2010

Fieldtrip ke Bukit Merah Ecopark..

Bismillahi Walhamdulillah..

Penat dan puas.

Ungkapan paling tepat untuk menceritakan perjalanan kami ke Bukit Merah Ecopark semalam.Pertama kali membawa anak-anak TCB ke luar kawasan Penang,perkara yang paling dirisaukan pasti- KESELAMATAN.

Alahmdulillah segalanya berjalan lancar.Kehadiran beberapa orang ibubapa turut memeriahkan suasana.Seronoknya melihat gelak tawa dan kegembiraan mereka,terubat rasa penat(",)

Kami berkonvoi menaiki sebuah van,sebuah Avanza dan Viva.Dua buah keluarga mengikut dari belakang dengan kenderaan masing-masing.Bertolak dari TCB pada pukul 9.30 pagi,kami sampai ke Bukit Merah pada pukul 10.15 pagi.Selesai tea Hajar menyelesaikan urusan tiket di pejabat jualan(lama menunggu,sampai 11.00pagi,huhu),kami langsung ke Animal Show di Ecopark.


trip yang menaiki van


menunggu tea Hajar


berjalan kaki ke Ecopark


menonton animal show

Selesai animal show,kami dibawa oleh seorang petugas mengelilingi Ecopark.Membawa anak-anak seramai 13 orang,rasanya Ecopark riuh dengan kehadiran kami,haha. Anak-anak dibahagikan kepada 3 kumpulan,setiap tea perlu mengawal 4 - 5 anak-anak dalam satu kumpulan.













Selesai mengelilingi Ecopark,sudah pukul 12 tengah hari.Sudah ternampak riak keletihan di wajah anak-anak.Letih dan lapar. Kami bergegas mencari port untuk makan tengah hari.


lunch hour,yeay!!


stress!!huhu



Selesai makan tengah hari,seperti baru di cas,masing-masing kembali aktif.Kami menjalankan pula pertandingan mewarna.Bermacam-macam gaya dan rupa,huhu.




antara ibubapa yang hadir

Selesai penyampaian hadiah,kami bergegas berkemas dan bertolak pulang.Alahmdulillah selamat sampai dan segalanya berjalan lancar(",)

June 9, 2010

School Holiday Programme!!!

Bismillahi walhamdulillah...

School Holiday Programme datang lagi,yeay!!

Seperti biasa,walaupun cuti sekolah,tapi TCB tidak bercuti.Pelbagai aktiviti menarik kami sediakan untuk anak-anak.Kali ini para tea bersedia lebih awal,tidak mahu menjadi seperti program cuti sekolah lepas yang agak kelam-kabut kerana last minute preparation.Menariknya,penyertaan juga di buka kepada anak-anak yang bersekolah rendah.

Jom tengok aksi anak-anak!!

Hari 1:Simple experiment;Can you sink an Orange??


Nak rasa??hehe


Apa yang penting..kerjasama!!



Habis da eksperiment,mari menyantap buah oren,huhu.


girl's power!!


Hari 1:muslim practise;Allah Al-Khaliq


Tekun melihat tayangan..


"ha,macam tu lah rupa kamu masa dalam perut ibu,"penerangan dari tea Izzah


murid cilik yang paling banyak melontarkan soalan~Abbas Syakir(baju coklat)


tekun menyelesaikan lembaran kerja





Alhamdulillah,hari pertama aktiviti berjalan lancar.Moga Allah permudahkan untuk hari-hari seterusnya.Mohon doanya ya!(",)

June 6, 2010

Bingung....Menanggapi anak bercakap kotor...

Bismillahi walhamdulillah..

"teacher,tadi Im cakap b**i,"

"teacher,tadi Im cakap k**e,"

"techer,tadi Im.....,"


Hm..saya hampir tak larat mendengar aduan daripada anak-anak di tadika,tentang Im yang suka bercakap kotor.Umurnya 5 tahun.Banyak bergaul dengan orang yang lebih besar daripadanya ketika berada di rumah.Jadi,dia mempelajari perkataan-perkataan tersebut daripada mereka.

Nyaris bingung..

Bermacam-macam cara saya lakukan.

Berdoa.

Menasihati dengan lembut.

Berkonsultasi.

Menasihati dengan tegas.

Memberi denda apabila dia tetap menyebutnya lagi.

Saya cuba memahami keadaannya. Kanak-kanak berusia 5 tahun yang tidak tahu maksud perkataan yang di ucapkannya. Sekadar menyebutnya suka-suka.

Apabila melihat reaksi sekeliling yang memberi perhatian apabila dia menyebutnya,dia jadi makin galak menyebut perkataan tersebut.

Saya tidak ingin memarahinya semberono tanpa dia mengetahui mengapa dia di marahi.

Saya tidak ingin membuatnya takut sehingga dia tidak berani menyebut lagi perkatan itu di hadapan saya,tapi terus memainkannya di hadapan kawan-kawan sebaya yang lain.

Saya ingin dia faham mengapa perkataan itu tidak baik di sebut.

Saya ingin dia sendiri memilih untuk tidak menyebut perkataan itu.

Saya cuba mencari kaedah terbaik dengan melayari website-website berkaitan.Bertanya pada teman -teman yang lebih berpengalaman. Ada kaedah yang saya persetujui dan telah saya cuba terapkan. Ada juga kaedah yang saya rasa agak kasar dan tidak sesuai.

Keimpulannya,

Teruskan menasihati dan mengingatkannya.

Pesan pada rakan-rakan sebayanya untuk sama-sama menasihatinya.

Mengajarnya untuk mengucapkan istighfar jika terlepas menyebut perkataan tersebut.

SABAR.Jangan terlalu cepat naik marah apabila mendapat aduan sang anak kembali menyebut perkataan tersebut. Mungkin dia benar-benar tidak mahu menyebutnya,tapi adakala 'tersasul' kerana sudah terbiasa.Kembali menasihatinya.

Tak perlu mengancamnya dengan sesuatu yang tidak wajar; seperti :

"cakap lagi macam tu,teacher gunting lidah kamu," - ancaman ini sedikit pun tidak menyelesaikan masalah.

Jangan putus untuk mendoakannya secara khusus.

Huu..moga saya mampu melaksanakannya,ameen ya Rabb..