September 29, 2009

selamat jalan mujahid...

Subhanallah wal hamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar...

Cemburu pun ada,gembira pun ada,sedih pun ada,semuanya bercampur baur dengan pemergian Aus ke Mesir kali ini. Dia mendapatkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar,cita-citaku suatu ketika dulu,hehe.
aus di pagi raya

"uda taknak aus belajar kat Malaysia ni,uda nak aus belajar kat luar,Azhar Mesir ke,"
pernah ku ucap padanya suatu ketika dahulu. Ketika itu,mungkin aus masih di menengah rendah,mungkin dia pun sudah tidak ingat perbualan kami ketika itu. Tak sangka, dia benar-benar akan pergi..

aus dan kawan



wajah sedih aus dan mak



Teringin nak luangkan masa borak lama dengan Aus sebelum dia pergi,tapi tak sempat. Di saat akhir,aku cuma sempat meminjam sebuah bukunya dan ku lakarkan sebuah garis kehidupan dan beberapa coretan ringkas.

Selamat jalan mujahid! Semoga rahmat Allah menyertaimu selalu dan diberikan kelapangan dalam setiap kesulitan. Moga dipermudahkan urusan,teguklah mutiara hikmah sebanyak-banyaknya di bumi anbiya. Pulang sebagai ansharullah ya.

senyum semua!!



keluarga besar=)




September 28, 2009


bismillahi walhamdulillah.

Sekadar catatan perkongsian syawal.


pasangan pengantin baru,hehe. My beluv mom and dad


Usai bersalam-salaman di pagi raya, yg masih belajar dapat sedekah dari mak ayah(duit raya). Aku tak tercalon sebab dah kerja,hehe. Alang dan Angah pn bagi sedekah pada Andak dan Aus. Masing-masing bg RM50 dan RM100. Alang bagi duit raya pd mak dan ayah jugak.Angah pn mesti ada bagi sebelum raya untuk buat belanja. Masa tu rasa rendah diri sangat..terasa kecil sangat..tak dapat nak sumbangkan pape pada mak,ayah,andak dan daus buat masa ni. Lagi-lagi Aus dah nak ke Mesir beberapa hari je lagi. Keluar beli barang ngan Aus pn,beberapa sen je yang aku top up,tu pun sebab aus tak ada syiling. Sian Aus,kalo kuar ngan Alang atau Angah,msti tak perlu keluar duit,atau min less. Jadi masa tu terfikir, kalo tak mampu sedekah wang ringgit, aku mungkin mampu sedekah dlm bentuk lain(xtaula bleh dikira sedekah tak). jadi bermulalah agendaku mencuci toilet,membasuh pinggan,melipat kain,apa saja yang termampu aku lakukan. taknak terlepas peluang mendapatkan pahala,huhu. Jadi sedikit sebanyak hilang rasa rendah diri,sebab aku tetap boleh menyumbang,cuma dalam bentuk yang lain-buat sementara waktu ini.



"mak,selamat hari raya,maaf zahir batin.minta maaf banyak-banyak. Tak dapat nak sumbangkan apa-apa,ongkosnya nggak ada," ucapku dalam nada gurauan ketika bersalam dengan emak.


"Nggak apa-apa,yang penting hatinya,"balas emak. Aku tersenyum sendiri,apa maksud emak,entah=)




my beluv big bro n lit bro=)



mak and andak


beluv sis


kado istimewa di malam syawal..

Allahu akbar..Allahu akbar...Allahu akbar..
La Ilaha illallah..huwallahu akbar...
Allahu akbar walillahilhamd..

Terngiang-ngiang takbir raya di malam syawal. Selamat jalan ramadhan, selamat datang syawal,taqabbalallahu minna waminkum..terimalah dari kami amal-amal kami ya Rabb..
Malam syawal yang lepas, aku mendapat satu hadiah yang berharga,sangat berharga,terlalu amat berharga,rasanya tak dapat dinukilkan dengan kata-kata, terima kasih ya Rabb..

Untuk pertama kalinya kami sekeluarga solat isyak berjemaah,pertama kali solat secara berjemaah seramai itu sebenarnya. Ah,seronoknya,segalanya berlaku tanpa dirancang. Selesai azan isyak,aku sekadar bertanya rambang "ada sesiapa yg sudi berjemaah bersama?". Tiada jawapan. Aku langsung mengajak adik lelakiku- Aus- utk jemaah bersama,kebetulan dia belum ke masjid. Cadangnya mahu solat di bilik,tapi hati tiba-tiba terdetik, lantas aku bertanya , "mak nak jemaah sekali?" Mak mengangguk.Ayah yang sedang baring tiba-tiba bangun dan menuju ke bilik air. Keluar bilik air, ayah langsung menyarung kian pelekat dan memakai kopiah. Ayah ingin jemaah bersama,hatiku berbunga riang. Aku memanggil sekali alang dan andak yang berada di bilik - ayah ajak solat jemaah sama- kataku. Andak yang telah selesai solat isyak,ku ajak u solat sekali lagi secara berjemaah. Jadilah solat isyak pada malam itu berimamkan Aus, dengan ayah yang mengumandangkan iqamah. Kami semua yang perempuan di shaf belakang. Indahnya..aku ingin suasana ini berulang, untuk semua solat fardhu seterusnya,amin.. Hanya Angah yang tiada, kerana dia keluar awal tadi.

Mungkin nampak simple dan sepele pada sebahagian orang. Mungkin ada yang berpendapat ;

"Ah,solat berjemaah sekeluarga,biasa saja dilakukan di rumah,tak pernah pula nak post dalam blog"

Biarlah,namun bagiku ia amat istimewa. Teringat jerih payah ditengking suatu ketika dulu,hanya kerana mengejutkan untuk bangun solat,belum lagi bercakap tentang solat jemaah.

Alhamdulillah,Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang menggerakkan hati-hati manusia. Hidupkanlah sentiasa hati-hati kami dengan cahaya makrifatMu yang tidak kunjung malap ya Rabb..

September 18, 2009

moga cepat sembuh sayang..

Esok hari terakhir taska dibuka, sebelum cuti raya,ramai anak-anak yang dah pun pulang ke kampung. Jadi esok pasti tak ramai,aku boleh mencongak-congak sendiri. Teman sekerja merangkap teman serumah merangkap teman sebilik dah bertolak pulang ke Selangor pukul 10pm tadi. Tinggallah aku seorang diri,hehe. Tiket bas esok pukul 6.30pm,mdah-mdahan xda sebarang masalah sepanjang perjalanan,amin.. tak sabar rasanya nak jumpa mak,ayah,angah,alang,andak,aus. mudah-mudahan kepulanganku nanti bernilai ibadah,amin. em,teringat Faiz di taska siang tadi.

"Faiz,x nak main air macam ni sayang,"aku lantas mengalih botol minuman itu dari tangan Faiz. Mukanya berubah,bibirnya mula mencebik, dan tiba-tiba,
"wa...wa..," tangisnya meledak.

Aku terkejut,garang sangatkah caraku tadi? Kenapa Faiz tiba-tiba jadi begitu sensitif?ini bukan kali pertama dia merajuk begini sepanjang hari ini,semalam juga dia berkelakuan begini.
Aku renung wajah si kecil yang baru berusia setahun 7bulan itu dalam-dalam,matanya sayu. Tidak sihatkah?pantas aku meraba dahinya,panas.Ku sentuh juga badannya untuk lebih yakin. Hm,sah,Faiz demam. Dari semalam dah terdetik di hatiku,tapi,ah,terlalu lambat aku bertindak. Sepatutnya semalam lagi aku dah khabarkan pada k.kiah,ibunya.
Faiz terbaring lemah di atas toto. Kasihannya,tak sampai hati tengok Faiz macam ni. lepas zohor k.kiah datang ke taska,bawa faiz ke klinik.moga cepat sembuh ya faiz.

September 17, 2009

kehidupan seorang pejuang..1

bismillahi walhamdulillah..

maha suci Allah,segala puji hanya bagiNya. sungguh besar rahmat dan kasih sayangMu,hanya mata hati ini kadang-kadang buta untuk menilai,terhijab dek gumpalan awan dosa.astaghfirullah,ampunkan aku ya Rabb.. madrasatul hayah-madrasah kehidupan,sungguh Allah mentarbiyah kita secara langsung melalui madrasatul hayah-melalui apa yang kita hadapi dalam kehidupan kita sehari-sehari. Jatuh sakit,kehilangan barangan berharga,terlewat bangun,dimarahi pensyarah,anak-anak di taska meragam, konflik dengan teman2,tersepak batu,motor pancit di tengah jalan - semuanya bernilai tarbiyah yang sangat berharga,terlalu amat berharga,apabila kita duduk,berfikir dan merenungkan hikmah di sebaliknya. nikmat yg sangat berharga-apabila Allah langsung menegur dan memberikan pencerahan atas kesilapan yg kita lakukan,subhanallah walhamdulillah.

"sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yg berperang di jalanNya dalam barisan yg teratur, seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh," (61;4)
Rasulullah saw sangat menekankan kekuatan ukhwah. sampai saja di madinah,langsung dipersaudarakannya antara kaum ansar dan muhajirin. begitu juga tatkala berlaku perselisihan antara abu bakar dan umar, bilal dan abu dzar-langsung rasulullah memberikan taujihnya,tidak dibiarkannya berlarutan. tatkala kaum ansar mula merasakan rasulullah telah kembali kepada kaumnya usai pembahagian ghanimah hunain, langsung rasulullah mengumpulkan semua kaum ansar,tak seorang pn muhajir yg dibenarkan ikut serta dalam pertemuan itu. lantas baginda berkhutbah,melunakkan semula hati-hati sahabat ansar,mencantas virus-virus ukhwah yg ditiup oleh sang munafik, mengalir air mata para sahabat sehingga membasahi janggut-jangut mereka..imam syahid hasan al-banna menekankan kekuatan ukhwah sebagai kekuatan kedua selepas kekuatan akidah,sebelum disusuli dengan kekuatan ketiga-kekuatan persenjataan.
ukhwah itu bukan dengan kerapnya pertemuan,bukan sekadar sharing masalah dan perasaan dan tidak sebatas pertolongan dari segi materi dan wang ringgit. Tapi yg diajarkan kpd kita,ukhwah fillah itu adalah apabila kita melihat wajahnya,akan mengingatkan kita pada Allah dan justeru bertambah iman kita.
Dalam kita lama berinteraksi dan menganyam ukhwah,kadang-kadang kita terlupa adab dalam berukhwah,jadilah perhubungan itu dingin,timbulnya konflik,prasangka demi prasangka dan seterusnya meretakbelahkan ukhwah itu sendiri.natijahnya, jalan yang dilalui terasa jenuh, hambar dan kosong. Betapa islam itu syumul,hadir dalam satu pakej lengkap,sehinggakan adab dalam berukhwah turut dititik beratkan.
Mendahulukan baik sangka
Ummu Ayyub Al-Anshari menunjukkan teladan yang sangat baik dalam hal ini. ketika umat islam dilanda peristiwa hadits ifki, Ummu Ayyub tampil dengan penuh yakin menjawab pertanyaan suaminya.
"jika aku berada di tempat Aisyah,nescaya aku tidak akan melakukan yang demikian itu terhadap rasulullah, sedangkan Aisyah jauh lebih baik dariku."
Nah,mampukah kita berbaik sangka dengan saudara seakidah kita seteguh itu? Sedangkan menunggu teman yang hadir lewat dari waktu yang dijanjikan sahaja sudah menimbulkan prasangka dan bara di hati kita. Membaca tulisan sahabat kita saja sudah menimbulkan prasangka, merasakan seolah-olah tulisan itu untuk menyindir kita,lantas berkecil hati. wajarlah Allah menyuruh kita menjauhi prasangka dalam firmanNya :
"wahai orang-orang yang beriman!jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan jangnalah ada sebahagian antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain.Apakah ada di antara kamu yang suka makan daging saudaranya yang sudah mati?tentu kamu merasa jijik. dan bertaqwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang,"(49;12)
akhwati fillah,berbaik sangkalah selagi belum ditemukan penjelasan.Yakinlah tidak mungkin saudara seakidah dan seperjuangan kita cuba menzalimi kita apatah lagi membelakangkan perintah Allah. Cuma mungkin adakalanya khilaf,dan berbuat kesilapan. Tatkala ditemukan penjelasan, maka bantulah ia dengan cara yang paling baik. Prasangka hanya akan menyesakkan dada,menyerabutkan akal fikiran,melarikan fokus,menimbulkan curiga dan mewujudkan jurang dalam ukhwah. Berbaik sangkalah,nescaya engkau akan menemukan kelapangan dalam hatimu,kejernihan dalam akal fikiranmu,sehingga engkau mampu menilai dengan neraca iman. Tiada apa yang akan merisaukanmu kerana engkau tahu kuasa tertinggi yang Maha Berkuasa sungguh Maha Tahu setiap yang berlaku,tiada satu pun yang tersembunyi dari pengetahuanNya.

September 13, 2009

student vs graduan??

bismillahirrahmanirrahim...

"kdg2 ana rs takut nak grad,"
pernah aku dengar ungkapan itu dr bibir seorang akhwat.

"em,ana rs beza la dk ms d kampus dan dah grad ni. rasa semangat x macam dulu. ana tak tau kenapa,'
satu lg ungkapan yg pernah ku terima dr seorang akhwat.

lantas aku mengoreksi diri. benarkah?mengapa timbul rasa begitu?wajarkah?

perubahan suasana

mungkinkah faktor perubahan suasana mempengaruhi prarasa2 begini?semasa di kampus,suasana terasa sangat membantu.akhwat terasa ramai dan dekat. rasa 'down' sahaja,bleh langsung mengatur langkah ke bilik akhwat. fasa kampus masih belum memerlukan kita u berfikir secara serius tentang ekonomi dan sara diri. masih ada wang pinjaman,biasiswa dan min masih ada support 'fama'-(father n mother). jadi fokus utama ketika itu- study dan dk kampus,atau dk sek.

usai pengajian,barulah kita melangkah ke dunia sebenar. saat ini,tuntutan demi tuntutan akan hadir.desakan demi desakan akan timbul-pekerjaan,keluarga,kawan2,kewangan,dk,etc.penat,stress dan jenuh mula terasa.

hm..benarkah faktor suasana begitu mempengaruhi?

ukhwah

1 lagi faktor?mungkin ya,mungkin tidak.. selepas grad,terasa ada gap dengan akhwat d kampus, pemfokusan yg mulai berbeza. mula jarang bersua. terasa seperti ingin kembali ke kampus,merindukan saat2 suka dan duka berdkwh bersama.ah ukhtiku,jgn terlalu dangkal menafsirkan dkwh dn ukhwh .dakwah itu bukan sebatas di kampus,dkwh kita bkn kerana manusia,siapapun dia. bkankah kita berada di sini kerana Allah rabbul izzati?bahkan,bukankah nilai ukhwah fillah tidak diukur dgn kerapnya pertemuan dan berkumpul bersama?

kejelasan kefahaman

atau mungkinkah di sini faktornya?kita sendiri tidak jelas mengapa kita berada di sini. kita sendiri masih ragu-ragu u menyuarakan hujah mengapa kita masih bertahan di sini.kita sendiri masih mencari-cari jalan apa sebenarnya yg harus kita pilih. dihujani 1001 persoalan o keluarga dan sanak saudara,kita jadi kaget dan buntu.

namun ada jg yg faham dan jelas hala tujunya.andai ditanya,pasti keluar susnan hujah yg mantap,persis hafazan skrip dari buku-buku tarbawi. jadi permasalahnnya di mana?

iman dlm hati

kunci segala2nya. inilah unsur tarbiyah yg mengubah sstu yg biasa mnjdi luar biasa. kenali dan fahami sguh2 hakikat penciptaan kita.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku," (QS 51;56)

"dan di antara mereka ada yg berdoa, 'ya tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat,dan lindungilah kami dari azab neraka,' " (QS 2;201)

dan yg kita impi2kan adalah seruan Allah di akhirat kelak,

"wahai jiwa yg tenang!kembalilah kepada Tuhanmu dgn hati yg redha dan diredhainya.maka masuklah ke dalam gol hamba2Ku,dan masuklah ke dalam syurgaku," (QS 90;27-30)

ukhti fillah,bila kita menancapkan Allah sebagai tujuan tertinggi kita,mohonlah sungguh2 akan rahmat dan petunjukNya sebagaimana pemuda kahfi meminta kepada Rabb mereka. tujuan akhir kita adalah negeri yg abadi. apa shja ujianNya dlm perjalanan yg panjang ini,kembalilah padaNya,mohon ditunjukkan jalan. nescaya Dia akan tunjukkan jalan dari arah yg x disangka-sangka. kokohkan keimanan kita,tambahkan lg ilmu,agar smkn kuat dan nyata hujah kita.
allahumma rabbi yassir wala tua'ssir. ingatkanlah aku ya Allah andai aku terlupa...

Man laa yarham laa yurham..


Memberikan Kasih sayang

Rasulullah saw. sangat penyayang terhadap anak-anak, baik terhadap keturunan beliau sendiri ataupun anak orang lain. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa suatu ketika Rasulullah saw. mencium Hasan bin Ali dan didekatnya ada Al-Aqra’ bin Hayis At-Tamimi sedang duduk. Ia kemudian berkata, “Aku memiliki sepuluh orang anak dan tidak pernah aku mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah saw. segera memandang kepadanya dan berkata,
“Man laa yarham laa yurham, barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi.” (HR. Bukhari di Kitab Adab, hadits nombor 5538).

Bahkan dalam shalat pun Rasulullah saw. tidak melarang anak-anak dekat dengan beliau. Hal ini kita dapat dari cerita Abi Qatadah, “Suatu ketika Rasulullah saw. mendatangi kami bersama Umamah binti Abil Ash –anak Zainab, putri Rasulullah saw.—Beliau meletakkannya di atas bahunya. Beliau kemudian shalat dan ketika rukuk, Beliau meletakkannya dan saat bangkit dari sujud, Beliau mengangkat kembali.” (HR. Muslim dalam Kitab Masajid wa Mawadhi’ush Shalah, hadits nombor 840).

Peristiwa itu bukan kejadian satu-satunya yang dirakam dalam sejarah. Abdullah bin Syaddad juga meriwayatkan dari ayahnya bahwa, “Ketika waktu datang shalat Isya, Rasulullah saw. datang sambil membawa Hasan dan Husain. Beliau kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya. Beliau kemudian takbir untuk shalat. Ketika sujud, Beliau pun memanjangkan sujudnya. Ayahku berkata, ‘Saya kemudian mengangkat kepalaku dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah saw. yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.’ Setelah selesai shalat, orang-orang pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira telah terjadi sebuha peristiwa besar, atau telah turun wahyu kepadamu.’ Beliau kemudian berkata, ‘Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bersenang-senang denganku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.” (HR. An-Nasai dalam Kitab At-Thathbiq, hadits nombor 1129).

Usamah bin Zaid ketika masih kecil punya kenangan manis dalam pangkuan Rasulullah saw. “Rasulullah saw. pernah mengambil dan mendudukkanku di atas pahanya, dan meletakkan Hasan di atas pahanya yang lain, kemudian memeluk kami berdua, dan berkata, ‘Ya Allah, kasihanilah keduanya, karena sesungguhnya aku mengasihi keduanya.’” (HR. Bukhari dalam Kitab Adab, hadits nombor 5544).

Begitulah Rasulullah saw. bersikap kepada anak-anak. Secara halus Beliau mengajarkan kepada kita untuk memperhatikan anak-anaknya. Beliau juga mencontohkan dalam praktik bagaimana bersikap kepada anak dengan penuh cinta, kasih, dan kelemah-lembutan.

Memuliakan Anak-anak

Anak-anak dimuliakan dengan mencarikan bakal ibu mereka dari kalangan perempuan yang solehah, serta memberikan nama mereka dengan nama-nama yang baik serta mengajarkan amali Islam kepadanya.

Seorang lelaki penah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kedurhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil putra orang tua itu dan menghardiknya atas kedurhakaannya. Tidak lama kemudan anak itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah sang anak memiliki hak atas orang tuanya?”“Betul,” jawab Umar.“Apakah hak sang anak?”“Memilih calon ibu yang baik untuknya, memberinya nama yang baik, dan mengajarkannya Al-Qur’an,” jawab Umar.“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang engkau sebutkan. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit hitam bekas hamba sahaya orang majusi; ia menamakanku Ju’lan (kumbang), dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an,” kata anak itu.Umar segera memandang orang tua itu dan berkata kepadanya, “Engkau datang untuk mengadukan kedurhakaan anakmu, padahal engkau telah durhaka kepadanya sebelum ia mendurhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.”

Rasulullah saw. sangat menekankan agar kita memberi nama yang baik kepada anak-anak kita. Abu Darda’ meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian.” (HR. Abu Dawud dalam Kitab Adab, hadits nombor 4297).

Karena itu Rasulullah saw. kerap mengganti nama seseorang yang bermakna jelek dengan nama baru yang baik. Atau, mengganti julukan-julukan yang buruk kepada seseorang dengan julukan yang baik dan bermakna positif. Misalnya, Harb (perang) menjadi Husain, Huznan (yang sedih) menjadi Sahlun (mudah), Bani Maghwiyah (yang tergelincir) menjadi Bani Rusyd (yang diberi petunjuk). Rasulullah saw. memanggil Aisyah dengan nama kecil Aisy untuk memberi kesan lembut dan sayang.

Jadi, adalah sebuah bentuk kejahatan bila kita memberi dan memanggil anak kita dengan sebutan yang buruk lagi dan bermakna menghinakan dirinya.

Berlaku adil kepada semua anak-anak

Berlaku adil kepada semua anak-anak akan menumbuhkan kasih sayang diantara mereka serta merapatkan silaturahim di kalangan mereka. Sifat ini akan dapat mengelakkan serta menghapuskan rasa permusuhan, kedengkian dan irihati di antara mereka.

Nu’man bin Basyir bercerita, “Ayahku menginfakkan sebagian hartanya untukku. Ibuku –’Amrah binti Rawahah—kemudian berkata, ‘Saya tidak suka engkau melakukan hal itu sehinggi menemui Rasulullah.’ Ayahku kemudian berangkat menemui Rasulullah saw. sebagai saksi atas sedekah yang diberikan kepadaku. Rasulullah saw. berkata kepadanya, ‘Apakah engkau melakukan hal ini kepada seluruh anak-anakmu?’ Ia berkata, ‘Tidak.’ Rasulullah saw. berkata, ‘Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anakmu.’ Ayahku kemudian kembali dan menarik lagi sedekah itu.” (HR. Muslim dalam Kitab Al-Hibaat, hadits nombor 3055).

Puncak kezaliman kepada anak apabila ibu bapa gagal untuk menzahirkan rasa cinta dan sayangnya kepada anak-anak yang dilahirkan dengan sifat-sifat serba kekurangan seperti kurang cantik, kurang pandai, atau cacat anggota tubuhnya. Walhal segala kekurangan yang ada pada diri mereka merupakan takdir dan iradah dari Allah SWT, jadi setiap keterbatasan itu sewajarnya menjadi pendorong dan pemacu kepada ibu bapa untuk lebih kasih, lebih sayang dan lebih menyintai mereka serta membantunya.Rasulullah saw. bersabda, “Rahimallahu waalidan a’aana waladahu ‘ala birrihi, semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya di atas kebaikan.” (HR. Ibnu Hibban)

Sentiasa mendoakan kebaikan bagi si anak

Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tsalatsatu da’awaatin mustajaabaatun: da’watu al-muzhluumi, da’watu al-musaafiri, da’watu waalidin ‘ala walidihi; Ada tiga doa yang dikabulkan: doa orang yang teraniaya, doa musafir, dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nombor 1828) Ibu bapa yang setiap hari mengeluarkan perkataan sumpah seranah, maki hamun dan melaknat anak-anak adalah ibu bapa yang paling bodoh kerana ia merupakan satu bentuk doa. Dan setiap doa buruk dari ibu bapa akan dikabul Allah dalam bentuk hukuman ke atas anak itu.

Seseorang perempuan pernah mengadukan perihal kederhakaan puteranya kepada Abdullah bin Mubarak. Abdullah bertanya kepada orang itu, “Apakah engkau pernah berdoa (yang buruk) atasnya.” Orang itu menjawab, “Ya.” Abdullah bin Mubarak berkata, “Engkau telah merusaknya.”

Doa buruk bagi anak adalah bentuk kejahatan yang akan menambah rosak si anak yang sebelumnya sudah durhaka kepada orang tuanya.Memberi pendidikan yang baik kepada anak

Ada syair Arab yang berbunyi, “Anak yatim itu bukanlah anak yang telah ditinggal orang tuanya dan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan hina. Sesungguhnya anak yatim itu adalah yang tidak dapat dekat dengan ibunya yang selalu menghindar darinya, atau ayah yang selalu sibuk dan tidak ada waktu bagi anaknya.”

Perhatian.

Itulah kata kuncinya. Dan bentuk perhatian yang tertinggi orang tua kepada anaknya adalah memberikan pendidikan yang baik. Tidak memberikan pendidikan yang baik dan maksimum adalah bentuk kecuaian orang tua terhadap anak. Dan segala kejahatan pasti berbuah ancaman yang buruk bagi pelakunya.

Perintah untuk mendidik anak adalah bentuk realisasi iman. Perintah ini diberikan secara umum kepada kepala rumah tangga tanpa memperhatikan latar belakang pendidikan dan kelas sosial. Setiap ayah wajib memberikan pendidikan kepada anaknya tentang agamanya dan memberi keterampilan untuk bisa mandiri dalam menjalani hidupnya kelak. Jadi, berilah pendidikan yang bisa mengantarkan si anak hidup bahagia di dunia dan bahagia di akhirat. Perintah ini diberikan Allah swt. dalam bentuk umum. “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS. At-Tahrim: 6)

Adalah satu bentuk kecuaian terhadap anak jika ibu bapa tenggelam dalam kesibukan, sehingga lupa mengajarkan anaknya cara shalat. Meskipun kesibukan itu adalah mencari rezeki yang digunakan untuk menafkahi anak-anaknya. Jika ibu bapa berlaku seperti ini, keduanya telah melanggar perintah Allah di surat Thaha ayat 132. “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”

Rasulullah saw. bersabda, “Ajarilah anak-anakmu shalat saat mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (bila tidak melaksanakan shalat) pada usaia sepuluh tahun.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Shalah, hadits nombor 372).

Ketahuilah, tidak ada pemberian yang baik dari orang tua kepada anaknya, selain memberi pendidikan yang baik. Begitu hadits dari Ayyub bin Musa yang berasal dari ayahnya dan ayahnya mendapat dari kakeknya bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Maa nahala waalidun waladan min nahlin afdhala min adabin hasanin, tak ada yang lebih utama yang diberikan orang tua kepada anaknya melebihi adab yang baik.” (HR. Tirmidzi dalam Kitab Birr wash Shilah, hadits nombor 1875. Tirmidzi berkata, “Ini hadits mursal.”)
Saidina Ali ra pernah berpesan: “Hendaklah kamu bermain dengan anak kamu pada 7 tahun yang pertama, kemudian pada 7 tahun yang kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yang ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu”

September 10, 2009

sebuah epilog

Dalam mengenang kisah hidup silam..
ku sedar dr kesilapan lalu..
Tuhan beratnya dosa-dosaku..
masihkah ada ampunan buatku..

Tuhan..
dalam menempuh hidup ini...
banyaknya dugaan datang menguji...
Tuhan..
ada yang dapat ku gagahi..
dan ada yang gagal kutempuhi..

Tuhan..
dosaku menggunung tinggi..
tapi taubatku takku tepati..
Tuhan..
rahmatMu melangit luas..
terlalu sedikit ku bersyukur...

kiniku kembali padaMu...
mengharap maghfirah dariMu..
mogakan terampunlah dosa-dosaku...
biarpun ujian melanda..
ku tetap berkasih padaMu..
keranaku yakin kasihMu...
kekal tiada sudahnya..

wahai diri..
berbuatlah sepenuh hati demi Tuhanmu..
Dia Maha Tahu kemampuanmu...
Dia Maha Mengerti kelemahanmu..
walau dunia memandang sinis padamu..
walau teman-temanmu melirik hairan..
ah,wajarkah berlapang dada dgn kelemahan..
atau aku yg terlalu cepat menyerah pada keadaan?

September 8, 2009

erti kesabaran


in the name of Allah,the Most Gracious,Most Merciful

anak-anak cahaya mata
anak soleh impian semua
- petikan lagu unic

em,akhir-akhir ni aku jarang bersama anak-anak muridku. sedikit perubahan jadual,u persiapan tadika akan datang. pulang dari Medan,aku tak langsung ke taska. aku selesaikan bbrapa officework yg tertangguh sblm ini. selesai segalanya,aku langsung ke taska,terdengar suara riuh rendah di atas. pasti mereka tak tidur lagi,tebakku. aku bergegas naik.

"tok,tok...Assalamualaikum,"kedengaran pintu dibuka dari dalam.

"teacher izzah..teacher izzah,"anak-anak kecil itu menyapa riang.

ah,rindunya aku wajah-wajah itu,serasa ada embun sejuk menitis menyerap di ubunku,langsung membasahi relung hatiku. ku dakap mereka satu persatu,terasa dah semakin besar walau baru seminggu tidak bertemu.

"kenapa tak tidur lagi?"aku bertanya sambil mataku ligat memrhati sekeliling.

"oh,patutlah,kipas x pasang ya,"akhirnya aku menjwb sendiri setelah ku rasa hawa panas dalam bilik tersebut.

"ha'a teacher,panas,"syahira menjawab.

kanak-kanak xkan melakukan sesuatu tanpa alasan,pasti ada hujahnya yg tersendiri. cuma org dewasa kdg2 terlalu cepat menghukum dan melarang.hga kdg2 membantutkan perkmbangan dn kreativitinya.ah,banyaknya lagi yg perlu aku pelajari.

mendidik manusia tak semudah membentuk plastisin

ia memerlukan seni,masa, dan kesabaran


seni-skill memahami perkembangan,rentak dan psikologi kanak-kanak

masa-biarkan ia tumbuh mengikut tahapannya,jgn dipaksakan. ramai ibubapa yg meletakkan harapan yg tinggi pd anak2nya,dipaksa belajar seperti orang dewasa,hingga mengorbankan dunia kanak-kanaknya

kesabaran-ya,sabar. di sini ruang paling besar proses tarbiyah u sang ummi,teacher,atau siapa saja yg terlibat dengan kanak-kanak.


jadi bersabarlah ya. buat teman sekerjaku,juga teman seperjuangan yg paling hampir denganku,engkau sedang menyongsong cita-cita mulia. kita bercucuk tanam di sini,mg dapat dituai hasilnya di akhirat sana.

"wahai orang-orang beriman,bersabarlah kamu,dan teguhkanlah kesabaranmu,dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh kejayaan," (al-imran:200)








September 3, 2009

hikmah kembara

allahuakbar walillahilhamd..

alhamdulillah selamat sampai d Malaysia 1 Sept jam 7.30pm. menjejakkan kaki di balai ketibaan,langsung kedengaran laungan azan mghrib,kami singgah berbuka seadanya..

alhamdulillah,kembara ramadhan ke bumi sumatera utara nyata meninggalkan 1001 hikmah dlm diri ini. puas ku mohon sedari awal perjalanan hingga aku selamat tiba semula ke tanah air, agar Allah sudi membukakan pintu2 hikmahNya u diri ini, agar tiap langkahku smkn membawa aku mendekatiNya.. dan makin aku dekati,makin terasa kerdilnya diri ini,bimbang dan teramat bimbang andai aku tak termasuk golongan yg diberikanNya petunjuk,naudzubillahimin zalik..ku pohon rahmat dan petunjuk dariMu ya Rabb..

6 hari di sana, aku berpeluang melihat kondisi ummat di sana,melihat sendiri rencana pembangunan ummat oleh mereka yg punya hati yg mendambakan semata-mata redha Tuhan mereka,dan mengimpikan ummat yg sekian lama dihinakan kembali mulia. aku berpeluang meneliti dk sek,dk kampus,dk masyarakat dan tak terkecuali tarbiyatul aulad-antara rencana utama pemergian kami ke bumi Samut ini. aku berpeluang mengikuti sebuah program u pelajar sekolah yg diadakan sempena ramadhan. peserta datang dari pelbagai latar sekolah.menarik!dan sungguh memberikan kesan dalam hati ini,persoalan yg dibawa adalah tentang taqwa. di samping meneguk manisnya santapan ruhi yg diberikan,aku tak lupa memerhatikan uslub dkwh yg digunakan u mengikat hati anak2 remaja ini. bagaimana tidak,peserta yg datang dgn subang di telinganya(lelaki), memakai pakaian yg kurg sempurna dr segi syariatnya berjaya ditarik perhatian mereka shga masing2 memberi komitmen spnjg program,malahan ada yg meraung menitiskan air mata keinsafan,subhanallah! aku yakin,ia bukan sekadar pd hebatnya persediaan oleh pihak urusetia, tapi tak lain pertolongan dr Allah bg mereka yg benar2 berpegang teguh pd taliNya. memahami rentak dan psikologi gol remaja,lalu dikerahkan segala sarana yg ada,mereka punya kelebihan di situ.

teringat ketika kami dijemput iftar di rumah seorang ustazah,di sana bertemu dgn bbrapa org akhwat yg lain.

"ya Allah,jadikanlah air ini sbg ubat bagi anakku,"

seorang ummi berdoa sblm minum sedikit air,kmdn gelas itu dihulurkannya kpd anaknya yg mgkn berusia 4 tahun,bibir sang ummu x putus mengukir senyum. setiap karenah anknya jg di hadapi dgn sbr dn penuh hikmah,aku jd kagum. bagaimana dia boleh setenang itu? jujur,aku x pernah menemui seorang umi begitu di Malaysia. stp ucapan yg keluar dr lidahnya pasti didahului doa atau tasbih memuji Tuhannya. diam2 aku menanam tekad untuk mencontohi qudwah itu.

em,amat banyak dan terlalu amat banyak sebenarnya u aku nukilkan di sini. moga Allah beri kekuatan u aku terus berbuat.berbuat dengan kefahaman.berbuat bkn mengikut musim dan suasana,amin ya rabbal alamin...