December 28, 2010

Memory TCB 2010~

Bismillahi walhamdulillah...

Lama rasanya tak post tentang TCB,sejak wujud blog tadikataskacintabestari,huhu.

Alhamdulillah,sudah hampir sampai ke penghujung 2010.Pelbagai pengalaman suka dan duka bersama TCB sepanjang tahun ini.Bermula penghujung 2009,dekorasi TCB bermula.Rakan-rakan menyumbang idea dan tenaga menghias dan mengecat TCB.Syukur yang tak terhingga atas pertolongan teman-teman.

Januari 2010,sesi pembelajaran TCB bermula.Saya melepaskan tawaran menjadi GSTT untuk fokus mengajar anak-anak seramai dalam 15 orang bagi kelas yang baru di wujudkan.Profesion saya sebagai guru tadika bermula.Menghadapi tentangan ayah yang ingin melihat saya bekerja dengan lebih 'selesa',saya hanya tersenyum setiap kali di asak dengan pertanyaan " Bila nak balik Shah Alam?" mujur emak sangat memahami,begitu juga adik bongsu saya,Aus.

Melihat perkembangan dan Keletah anak-anak sungguh menghiburkan.Saya tambah yakin dengan jalan yang saya pilih.Saya yakin pelaburan ini tidak sia-sia,walaupun profesi ini kelihatan 'low class' di pandangan umum,saya tidak kisah.Biar bermula dari bawah,biar bersusah payah,saya bertekad ingin meneruskan profesi ini.Saya sangat yakin akan urgensi bidang pendidikan anak-anak ini.

Mac 2010,sekali lagi TCB di uji.Kami perlu 'keluar' dari bangunan TCB kerana tuan rumah ini telah menjualkan bangunan ini kepada orang lain.kami di beri 3 bulan untuk mencari bangunan lain.Dengan hati yang berat,geram dan marah,kami cuba lawan dengan mendapatkan khidmat peguam.Nyata rezeki tidak berpihak pada kami.Akhirnya kami pasrah,langsung mencari alternatif.Dan sungguh sebenarnya Allah menetapkan yang lebih baik untuk kami.

Kami mendapatkan tapak yang jauh lebih baik,walaupun kos sewanya jauh lebih tinggi.Alhamdulillah,Mei 2010,kami memulakan operasi TCB di Taman Ilmu.Pelbagai aktiviti bersama anak-anak TCB dan keluarga yang dapat kami susun,pelbagai juga pengalaman yang kami timba sepanjang proses ini.

2011...

Tak tahu apa yang menanti.Pasti saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik.Tapi harapan perlu disertai perancangan dan usaha.Itu yang saya dan teman-teman seperjuangan di TCB cuba lakukan.Kami ingin mempersembahkan yang terbaik.

Saya tak tahu berapa lama saya akan berada di sini.

Azam saya,saya ingin terus berada di sini sampai datang ketetapan Allah atas saya.

Impian saya,Allah akan menerima segala yang saya lakukan ini,sebagai nilaian ibadah buat bekalan saya menemuiNya.

Doa saya,ibubapa saya akan turut mendapatkan ganjaran pahala atas keredhaan mereka 'melepaskan' saya berada di sini.

Harapan saya,anak-anak TCB benar-benar mampu lahir sebagai muslim cilik profesional yang mengenali Tuhannya dan bersedia mengharungi cabaran arus jahiliyah moden.

Moga Allah kabulkan dan sentiasa bimbing kami dalam setiap urusan kami...

Saya selitkan beberapa memory TCBsepanjang 2010(^_^)..


jamuan raya TCB


ibubapa yang hadir


Sport Day & Penyampaian anugerah


School Holiday Programme ~ buat kek batik


School Holiday Programme~Simple Experiment


School Holiday Programme ~ Physical Activity




School Holiday Programme ~ aktiviti Pergigian


3 Hero TCB di Bird Park(^_^)


Trip ke Bomba


Trip ke Ecopark


Trip ke Library Seberang Jaya


AKtiviti tanam pokok

December 15, 2010

My Mother & Hari Asyura (^_^) ~

Bismillahi wal hamdulillah...

Tit...Tit...handset berbunyi.. (rentak lagu wonderpet,huhu)

Tertera nama "beluv mom" di skrin handset.Saya pantas menjawab.

"Ude,esok jangan lupa puasa,sunat puasa hari Asyura. Tapi Cik Siah kata puasa dua hari,9 -10 ke, 10-11 Muharram,tak ingat mak,"pesan mak. Oh,itu rupanya tujuan mak telefon saya. Mengingatkan tentang puasa sunat pada hari Asyura. Yang tak pasti tu takpelah,saya boleh cek sendiri(^_^)

Sekilas tentang keutamaan puasa pada Hari Asyura ya!

Diantara keutamaan bulan muharam, bahwa puasa pada hari ‘asyura, dapat menghapus dosa-dosa setahun yang lalu. Imam Muslim meriwayatkan dalam shohihnya, dari Abu Qotadah,

أن رجلاً سأل النبي – صلى الله عليه وسلم – عن صيام يوم عاشوراء فقال: { أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله }.

Seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tentang pahala puasa hari ‘asyura. Maka Rasulullah menjawab: Aku berharap kepada Allah agar menghapus dosa-dosa setahun yang lalu.

Pada akhir hayatnya, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bertekad untuk tidak berpuasa pada hari ‘asyura saja, tetapi menambahkan dengan puasa sehari lagi, agar menyelisihi puasanya Ahli Kitab. Dalam shahih Muslim, dari Ibnu Abas radiyallahu ‘anhuma berkata:

” حين صام رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عاشوراء وأمر بصيامه، قالوا: يا رسول الله إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى “، فقال – صلى الله عليه وسلم -: { فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا التاسع } [أي مع العاشر مخالفةً لأهل الكتاب] قال: ( فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ).


Ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa ‘asyura dan menganjurkan para sahabatnya untuk berpuasa, mereka berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya ini adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, Maka beliau bersabda: Kalau begitu tahun depan Insya Allah kita akan berpuasa (pula) pada hari kesembilan (tasu’a). (yakni, bersamaan dengan puasa ‘asyura, untuk menyelisihi Ahli kitab). Ibnu Abas berkata: belum sampai tahun berikutnya, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat.


Jadi,jom kita puasa(^_^)

Back to my beluv mom ya.Antara keistimewaan mak,mak tak pernah lupa mengingatkan tarikh-tarikh penting dalam kalendar islam.Seingat saya,semenjak saya berada di USM,hingga telah bekerja,tinggal di Penang,mak tak pernah lupa telefon untuk mengingatkan. Awal Muharram,nisfu Syaaban,Rejab,dan tarikh- tarikh lainnya.

Jujur,saya bukan orang yang mudah mengingat,tapi Allah anugerahkan mak yang sentiasa mengingatkan,Alhamdulillah(^_^)

Thank You mom!

December 7, 2010

Salam Maal Hijrah ~ Ya Rasulallah..

Bismillahi walhamdulillah...

1 Muharram 1432 Hijrah.

Azam baru?Huhu,entahlah,saya tidak pernah menetapkan tahun baru sebagai titik memulakan sebuah azam baru.

Sentiasa berazam untuk menunaikan azam!Yeah,that's me!

Azam --> Tekad --> Usaha --> Hasil? ~Biar Allah tentukan,huhu.

Akhir-akhir ini,banyak sekali perkara yang berlaku.Pada diri sendiri,dan sekeliling. Sahabat saya berhijrah,hijrah tempat,mendapat offer kerja yang lebih baik(tersurat). Allah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuknya(tersirat).

Saya sangat terasa dengan pemergiannya.Sangat terasa.Masakan tidak,dia antara teman terbaik yang Allah anugerahkan untuk saya.Dia meletakkan kepercayaan pada saya di saat yang lain meragui saya. Dia sentiasa menawarkan bantuan di saat saya sangat malu untuk meminta pertolongan.Dia mengingatkan saya apabila saya mulai lupa. Dia mengajar saya erti 'concern'.Melaluinya juga saya kenal erti 'kuat' dan sabar.

Tapi,pemergiannya membawa saya mengimbas kembali detik pemergian rasul tercinta..

Dulu,saya tidak faham.Saya tidak dapat membayangkan.Saya tidak dapat merasakan bagaimanakah bentuk kesedihan yang dirasakan para sahabat sewaktu kewafatan rasulullah.Walaupun berkali-kali saya ulang baca buku sirah nabawiyah.

Saya tidak faham bagaimana Umar yang begitu hebat dengan keras menolak berita kewafatan nabi.Saya tidak dapat bayangkan betapa para sahabat berkumpul dan menangis atas pemergian baginda.Saya tidak dapat gambarkan bagaimana Muadz Ibnu Jabal menjerit sehingga pengsan apabila mendapat tahu berita pemergian baginda.Saya hairan dengan kecintaan Bilal terhadap baginda sehingga tidak mahu lagi melaungkan azan setelah kewafatan baginda.Malahan Bilal meminta izin untuk berhijrah keluar dari Madinah,kerana tidak sanggup terus bersedih mengingatkan nabi.

Kesedihan seperti apa ini?Saya tidak dapat merasakannya,tidak dapat menjiwainya..



Kini baru saya faham.

Seperti malam yang gelap,pekat,tanpa sebarang cahaya. Sejuk dan dingin menyapa hingga ke tulang,berjalan tanpa arah.. Dan rasulullah hadir bersama cahaya,menunjukkan jalan ,memberikan kehangatan.Memberikan pengharapan,ketenangan dan keselamatan. Akhlaknya, senyumannya, keramahannya,sikap ambil beratnya,kasih sayangnya, ketegasannya, kehalusannya, ketokohannya~ bagai tiada ganti. Dia lebih penting daripada ibubapa,suami,anak,dan kaum kerabat.

"Biarlah suami dan anakku mati,aku cuma ingin tahu bagaimana keadaan Muhammad?" kisah seorang wanita di peristiwa Uhud.

Siapa lagi yang akan menunjukkan jalan setelah ketiadaan baginda?Siapa lagi yang akan membacakan wahyu Allah?Siapa lagi yang akan memecahkan permasalahan ummat? Sulit untuk menerima,tiada lagi Rasulullah yang akan mengimami solat. Sukar untuk mempercaya tidak akan melihat lagi wajah bercahaya baginda,tidak akan mendengar lagi suara baginda.Dunia bagaikan tiada lagi erti..Gelap,kelam,suram..

Namun,Allah tidak memanggil pulang kekasihNya melainkan Dia Maha Tahu kesiapan hamba-hambaNya.Bangkitlah Abu Bakar memberi pencerahan..

"Dan Muhammad itu hanyalah seorang rasul;telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.Apakah jika dia wafat atau terbunuh,maka kamu akan berbalik ke belakang?Barangsiapa berbalik ke belakang,Maka ia tidak akan merugikan Allah sedikitpun.Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur," (Al-Imran : 144)

Para sahabat kembali bangkit.Kecintaan terhadap Rasulullah tetap tidak boleh mengatasi kecintaan terhadap Allah. Perpisahan dengan rasulullah dijadikan sumbu,menguatkan azam dan tekad,menambah amal dan jihad demi menegakkan din islam,menyambung tugas baginda. Kecintaan ini harus di buktikan.Kerinduan ini harus diakhiri dengan pertemuan dengan baginda di syurga kelak.Mereka ingin bertemu Rasulullah lagi.Mereka ingin kelak rasulullah akan tersenyum melihat betapa mereka telah mengotakan janji kepada Allah dan rasulNya.

PERPISAHAN TIDAK MENJADIKAN MEREKA LEMAH.BAHKAN MEREKA MENJADI INSAN YANG LEBIH HEBAT KERANA KEJELASAN ALLAH SEBAGAI TUJUAN DAN MATLAMAT MEREKA. MEREKA JELAS DAN FAHAM AKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG TERTANGGUNG DI PUNDAK MEREKA. PEMERGIAN RASULULLAH BAHKAN MEMBUKTIKAN KETEGUHAN DAN KEFAHAMAN MEREKA TERHADAP DIN INI.

Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali,Abdurrahman bin Auf,Muadz b Jabal,Bilal,Abu Ubaidah Al-Jarrah,Saad b Abi Waqqash,Abu Dzar al-Ghifari,serta para sahabat sekaliannya. Hidup mengharapkan mati,dan pembalasan yang baik di sisi Allah,negeri akhirat yang kekal abadi..Tidakkah kita juga ingin mengikuti jejak langkah mereka?

Untuk akhirnya,saya ingin kongsikan sebuah tayangan ringkas.Tayangan yang sentiasa membuatkan air mata saya menitis.Moga tayangan ini mampu menyuburkan rindu kita kepada rasulullah saw...


December 3, 2010

Apa yang Anak fikir,Apa yang Ibubapa rasa...

Bismillahi Walhamdulillah...

Akhir-akhir ini saya suka nak menulis tentang anak...dan ibubapa,huhu..

Seorang anak,kadang-kadang semakin tumpul sensitivitinya terhadap hati,perasaan dan keinginan kedua ibubapanya seiring usia sang anak yang menginjak dewasa..

Berbekalkan latar belakang pendidikan yang lebih tinggi,pekerjaan yang lebih hebat,gaji yang lebih besar,sang anak kadang -kadang tidak menyedari betapa ia sebenarnya meremehkan kedua ibubapanya..

Bagaimana?

Melalui kata-katanya.

Melalui tindakannya.

Melalui senyum sinisnya.

Melalui ekor matanya.

Melalui diamnya.

Setiap kata-kata ibubapanya di patahkan dengan hujah.Kalau yang punya kelebihan ilmu agama,di bidas dengan dalil,sehingga ibubapa terdiam tanpa kata.Dan sang anak bersorak gembira,menang!

Entah apa yang ingin di tegakkan.

Entah apa yang ingin di menangkan.

Pertaruhannya adalah sekeping hati milik seorang ibu dan sekeping hati milik seorang bapa.

Pernah seorang anak di tanya,mengapa dia se'keras' itu terhadap ibubapanya.

Jawapan ringkas sang anak :

"Achik kan anak abah.Dah abah macam tu,Achik jadi macam ni la.Abah dulu pun bukannya baik sangat,bukan Achik tak tau.."

Zupp!!

Bagai halilintar.Terkunci mulut sang bapa. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.

Salah?

Siapa yang bersalah?

Salah sang bapa yang gagal mendidik dan menunjukkan contoh yang baik?

Atau salah sang anak yang tidak menggunakan hati dan akal untuk mengubah diri menjadi hamba Allah yang lebih baik?

Bukan masa untuk menuding jari.

Mari ambil posisi sebagai seorang anak.

Mungkin ibubapa kita mempunyai kisah silam mereka yang tersendiri.Kisah silam yang mempengaruhi sikap dan cara fikir mereka.Tapi kisah silam itu bukan 'senjata' untuk kita meremehkan mereka.

Mungkin dalam satu 'perdebatan',ternyata kita berada di pihak yang benar.Kita lalu melontarkan hujah demi hujah.Sehingga tanpa sedar melampaui batas dan adab sebagai seorang anak.Kita merasakan mereka tidak memahami kita.Kita merasakan mereka hanya ingin menggunakan title 'ibubapa' sebagai autoritas.Kita merasakan mereka hanya mahu menang dan tidak mahu mengakui kesilapan mereka.Kita merasakan bahawa kita adalah mangsa yang teraniaya.

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa...

Mereka sebenarnya telah menyedari kesilapan mereka..

Mereka sebenarnya sedang berusaha keras untuk memperbaiki kesilapan mereka walaupun seringkali tidak berjaya..

Mereka sebenarnya sangat ingin mengungkapkan permohonan maaf,cuma terhalang oleh naluri manusiawi~ harga diri dan maruah sebagai ibubapa

Mereka sebenarnya sangat terluka dengan tindakan dan kata -kata kita... luka yang mereka pendamkan jauh di sudut hati...

Mereka sebenarnya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai untuk kita..


Wahai anak,

Bantulah mereka..

Raikanlah mereka...

Hargailah mereka...

Selagi masih ada masa...