March 29, 2010

Nanny 911...

Bismillahi Wal hamdulillah...

Saya mengenali rancangan ini secara tidak sengaja. Ketika menukar siaran televisyen ketika menunggu iklan untuk Buletin Utama.



Sebuah rancangan realiti tv oleh Granada America Production. Menariknya, Nanny911 akan dihubungi oleh ibubapa yang tidak mampu lagi mengawal anak-anak mereka. Seorang nanny akan dipilih untuk ke rumah keluarga tersebut dan membantu mengubahnya.Mereka hanya mempunyai masa seminggu untuk memperbaiki keadaan di rumah tersebut.

Nanny akan melakukan pemerhatian terlebih dahulu sebelum membuat satu pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh keluarga tersebut.

Sepanjang episod yang sempat saya tonton,masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibubapa yang menghubungi Nanny911 adalah kesukaran mendisiplinkan anak-anak mereka.

Antara method yang ditekan kan oleh Nanny911 pula ialah:

1)kepentingan komunikasi antara ibubapa dan anak-anak
2)Teamwork antara ibubapa dalam mendidik anak-anak
3)konsisten secara praktikal



Hm,agak menarik.Banyak point yang dapat dimanfaatkan daripada siri realiti TV ini. Sekurang-kurangnya ada juga rancangan realiti TV yang bermanfaat(",)

*tips yang saya dapat untuk hari ini - bercakaplah dengan anak-anak dengan suara yang tenang,jangan menjerit terhadap mereka,kerana kita akan menakutkan mereka dan secara tidak langsung,kita sebenarnya 'menurunkan' skill menjerit kepada mereka.

BEWARE...!!

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

General Info.....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka enimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian. Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG
PENYAYANG.....

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
--
Regards
Mohammad Fairuz Junaidi
Centre for Instructional Design & Technology,
Open University Malaysia
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2773 2246

March 27, 2010

Tips penting bagi pencinta kanak-kanak!

Bismillahi wal hamdulillah

Saya menemui artikel ini di iluvislam. Artikel ini sebenarnya untuk ibubapa,tapi tak jauh beza untuk guru tadika dan semua yang mencintai kanak-kanak atau dikelilingi kanak-kanak atau selalu berinteraksi dengan kanak-kanak. Jadi saya edit sedikit dan postkan di sini.



Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
- Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
- Dan kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Tak salah kalau seorang guru tadika juga rajin memeluk anak-anak muridnya, lebih-lebih lagi apabila dia menangis dan mengadu pada kita. Diakan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…



5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
- Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda,
- Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
- Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
- Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
- Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih diripada sekali
- Ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
- Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
- Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
- Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada mebang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
- Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.- Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.



19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
- Tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula teras unyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
- Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

petikan dari : www.iluvislam.com

March 23, 2010

self-decorated kek batik

"bekas plastik 4 segi
sudu
setengah cawan serbuk coklat/vico
200g biskut marie"


"jangan lupa bagi kat ibu nota ni ya. Sape tak bawa barang-barang yang teacher pesan ni,dia tak boleh buat kek batik esok tau,"

Saya sempat berpesan kepada anak-anak sebelum mereka pulang ke rumah.Belum sempat keluar pagar taska,masing-masing dah menyampaikan pesanan kepada ibubapa yang datang mengambil. Ada ibubapa yang menelefon saya pada malam hari bertanyakan tentang aktiviti kek batik ini. Dia terpaksa berpatah balik dari kampung sebab anaknya ingin datang ke sekolah untuk buat kek batik. Huhu,terharu rasanya.

Pagi Khamis,anak-anak datang datang dengan wajah ceria dan penuh semangat. Masing-masing membawa barang yang dipesan. Topik perbualan antara mereka pada pagi itu - biskut siapa paling banyak,coklat siapa paling sikit,bekas plastik siapa paling besar. Rasa macam dengar makcik-makcik berborak di pasar,haha.

Saat yang ditunggu tiba!!

Jom buat kek batik sama-sama.


Anak-anak sibuk menunjukkan bahan-bahan yang dibawa


semua sedang khusyuk memerhatikan demo dari teacher Hajar


Aktiviti 'mematahkan' biskut sebelum digaulkan dengan coklat.



Anak-anak cuma perlu memecahkan biskut dan dimasukkan ke dalam bekas.Teacher Hajar menyediakan coklat untuk digaulkan.


Aina sedang khusyuk menggaul coklat


gaul,jangan tak gaul,huhu


lambatnya nak gaul,makan dulu la..huhu


semangatnya Aqil menggaul..huu


sedapnya kek batik yang teacher buat,yummy!


bergambar bersama kek batik


say cheese...


"kami pun nak wat kek batik gak"-faiz dan amir

Alhamdulillah,aktiviti berjalan lancar.Semua anak-anak dapat membawa pulang kek batik hasil tangan masing-masing.Sedap....mehla rasa(",)

Jom Baca Buku!!!

Bismillahi Wal Hamdulillah..

Cuti sekolah yang lepas,TCB tidak bercuti. Kami mengadakan program cuti sekolah untuk anak-anak. Hari Rabu, TCB membawa anak-anak melawat ke perpustakaan Daerah Jawi.

Menyemai jiwa minat membaca. Bukankah membaca itu kunci pengetahuan.

Macam-macam aksi dan keletah mereka. Tak kering gusi dibuatnya.Waktu ini lah mereka paling mudah mendengar cakap,suruhlah apa pun,pasti di turuti. Nak pergi library punya pasal,huhu.

Hu,Pertama kali membawa anak-anak ke program luar,risau dan cemas pasti ada. Perkara paling utama perlu difikirkan-keselamatan.


baru sampai, tak sabar nak masuk..


taaruf daripada pegawai library


persembahan daripada si ciliks..nak dapat hadiah punya pasal,hehe


wajah ceria sebelum pertandingan mewarna bermula..


bersama hadiah masing-masing..

Alhamdulillah,segalanya berjalan lancar. Saya rasa puas yang teramat. Puas dan gembira bila melihat kegembiraan mereka. Rasanya tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Kepuasan ini menjadikan saya tambah yakin dengan jalan yang saya pilih ini.

Mudah-mudahan aktiviti yang sedikit ini dinilai ibadah di sisi Allah.(",)

March 18, 2010

Jazakillahi khairan jazak...

Bismillahi wal Hamdulillah..

Tadika Cinta Bestari akan berpindah bangunan. InsyaAllah kami akan berpindah ke Taman Ilmu. Kenapa? Panjang ceritanya. Tapi kami yakin inilah yang terbaik yang Allah aturkan untuk kami. Di sini saya lebih menghalusi erti amal jamaie.

Teringat saat awal penubuhan tadika. Trademark yang tidak dapat lari daripada sebuah tadika-bangunan yang ceria, penuh dengan lukisan,kreatif dan sebagainya. Ia merupakan satu kesukaran bagi saya dan teman-teman tadika yang lain, kami tiada kepakaran itu. Subjek Pendidikan Seni antara subjek yang paling tidak saya gemari sejak di bangku sekolah lagi. Saya mengenali apa itu kreativiti di TCB(",)

Alhamdulillah Allah anugerahkan teman-teman sebagai pelengkap kami. Mereka yang melukis,mengecat,menghias dan sebagainya. Dalam kesibukan menyiapkan assignment,menghadapi test, dan urusan-urusan lain yang mungkin lebih penting, mereka sanggup meluangkan masa untuk membantu. Terima kasih yang tak terhingga buat semua,moga Allah membalas jasa baik kalian dengan sebaik-baik balasan.

Sambil mereka mengecat dan menghias, saya sempat berdoa,mudah-mudahan keikhlasan dan pengorbanan mereka membantu akan turut menghidupkan suasana ruhi dalam mentarbiyah anak-anak didik Tadika Cinta Bestari.



seni..


hasil kerja teman-teman yang kreatif





piramid makanan..

Sayang rasanya nak meninggalkan semua yang telah di mulakan di sini.

"Penat je la mengecat ari tu,"

Ada yang meluahkan. Saya hanya tersenyum. Biarlah bekas dan tanda itu tinggal dan hilang. Mudah-mudahan sudah ada catatan dan penilaiannya di sisi Allah.


Terima kasih dari anak-anak didik TCB

March 3, 2010

Saat saya di uji dengan apa yang saya perkatakan...

Bismillahi Wal Hamdulillah...

Lama saya tidak meng'update' blog ini.Hasrat ada, tapi asyik tertangguh. Alhamdulillah Allah beri kelapangan kali ini.

Hmm...speechless. Tak tahu untuk mulakan dari mana. Anda pernah marah? Sangat marah?Marah yang teramat sangat. Marah yang bertukar menjadi dendam,benci,menyampah..

Suatu hari seorang sahabat minta rasulullah saw menasihatkannya, lalu baginda berkata :
La taghdob

Baginda mengulangnya 3 kali. Saya ingat hadith ini,masih segar dalam ingatan. Tapi kini seolah tiada kesan buat hati yang mulai keras ini..

Ada sesuatu pernah berlaku. Dilakukan oleh kawan saya. Hal itu menyebabkan saya sangat marah. Sangat marah. Terlalu amat marah. Kerana pada saya kesalahan itu sangat keterlaluan, di luar batasan akal waras saya. Saya cuba maafkan. Saya sangka saya telah memaafkan. Rupa-rupanya saya silap.

Keadaan semakin teruk.Sikap saya terhadapnya berubah.Kepercayaan saya padanya musnah. Segala yang berkaitan tentang dirinya membuatkan saya rasa rimas,benci,meluat dan menyampah! Oh,dahsyatnya.. Tak tahu ke mana perginya hadith dan ayat-ayat quran tentang hikmah memaafkan yang pernah saya hafaz dan tahu dulu.
Tak tahu ke mana hilangnya sirah sifat pemaaf dan berlapang dada rasulullah yang pernah saya baca dulu.

Semuanya hilang..Ditelan ammarah..Benarlah,marah itu membutakan hati,menyesakkan dada,merosakkan akhlak.

Saya tidak suka bercakap tentang ini. Pada saya membuang masa. Saya sentiasa cuba mengalihkan perhatian saya dengan alasan :

"Banyak lagi kerja lebih penting yang perlu di selesaikan,"
"Jangan asyik layan perasaan"
"Banyak syuur negatifla,"

Lalu saya membiarkan. Tapi saya silap. Penyakit hati itu semakin menanah. Semakin parah. Menyerang anggota-anggota yang lain.

Semua ibadah lain turut saya rasakan hambar...
Kadang-kadang terfikir, Kelonggaran menjaga ibadah menyebabkan gagal menahan ammarah ini. Atau terlalu ikutkan nafsu ammarah ini telah mencacatkan keharmonian beribadah kepadaNya...

Lalu saya akur.Saya perlu duduk,fikir dan menyelesaikan masalah ini!

Teringat post saya yang terdahulu...

Andai tulisan itu satu luahan kemarahan dan kekecewaan, saya akan gumpalkan dan saya buang. Dengan harapan kemarahan dan kekecewaan itu akan hilang. Saya tidak ingin menyimpan dendam. Saya ingin memaafkan. Alhamdulillah taktik ini agak membantu. Saya harap Allah tidak menarik nikmat yang satu ini-nikmat memaafkan.

Kini Allah uji saya dengan apa yang saya perkatakan. Allah sedang uji saya dengan titik kelemahan saya. Berulangkali. Rasanya saya hampir tewas..

Ha,ha,maaf. Saya cuma manusia biasa. Cuba mencari jalan keluar.

"Dan orang-orang yang berjihad mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"

Pasti ada jalan,InsyaAllah(",)