April 14, 2010

Pentingkah Guru Tadika??

Bismillahi Walhamdulillah..

"Em,boleh saya tahu cik kerja apa?"

"Akak dulu kos apa ya,kenapa lari jauh sangat dr kos asal?"

"Ayah hantar belajar tinggi-tinggi,kau nak kerja tadika aje.Baiklah kau duduk rumah,jaga budak,sebulan boleh dapat RM1000,"




Itu antara dialog yang biasa saya dengar berkenaan guru tadika. Tak ramai yang memandang penting profesion ini.Rata-rata masyarakat masih memandang rendah profesion ini. Bahkan,tidak sedikit guru tadika yang memilih profesion ini semata-mata kerana tiada pekerjaan lain. Ataupun,sambil menunggu mendapat peluang pekerjaan lain,bekerja dahulu sebagai guru tadika.

Salahkah?

Tidak.

Itu pilihan masing-masing.Realitinya,siapa yang akan melepaskan peluang jika boleh memperoleh taraf hidup yang lebih baik.

Gaji besar.

Kereta besar.

Rumah besar.

Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Sewa rumah di kawasan bandar sahaja sudah mencecah RM800 - RM 1000. Bil api,air? Belanja dapur? Apatah lagi jika sudah berumahtangga.

Jadi saya berpendapat wajar jika profesion ini kurang diminati lantaran faktor gajinya.

Namun saya berpendapat profesion ini sangat penting.Penting dan mendesak.

Kenapa?

Cuba bayangkan,dahulu,sang suami sudah cukup untuk menjadi 'breadwinner' bagi keluarganya. Tapi kini,dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,dengan pendapatan suami sekitar RM2000 bulanan min,si isteri mahu tak mahu perlu turut sama bekerja bagi menampung ekonomi keluarga.

Anak-anak?

Ya,di sinilah peranan guru tadika.Tapi sekadar guru tadika tidak mencukupi. Tetapi guru tadika yang mempunyai jiwa dan minat yang amat mendalam terhadap bidang pendidikan anak-anak.



Guru tadika

Menjadi guru tadika bukan semudah yang di sangka.Ada kelayakan yang perlu diambil kira.Jika seorang ibu perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam mendidik 10 orang anaknya,maka seorang guru tadika memerlukan kesabaran yang berganda dari itu.

Percaya?

Sang ibu yang mendidik 10 orang anaknya mengenali anak-anaknya.Kesepuluh-sepuluh anak itu keluar dari rahimnya.Dia menyusukannya,menjaganya sejak kecil.Tetapi jika seorang guru tadika mendidik 10 anak muridnya,kesemua anak murid itu lahir dari rahim yang berbeza.Dibesarkan dengan didikan yang berbeza.Mempunyai sifat dan tingkah laku yang berbeza.

Dan dia perlu mengenali kesemuanya.Dia berperanan mendidik mereka.Menanamkan nilai dalam diri mereka.Ibarat melukis di atas batu.Tetapi tugasan ini memerlukan niat yang jelas.Azam yang tinggi.Tekad yang utuh.Kesabaran yang tidak pernah padam.Gerak kerja yang tersusun.Tujuan tertinggi tetap Allah.Demi mencetak generasi rabbani.

Kepada guru tadika

Profesion anda sangat mulia.Syarat - Niat kerana Allah Taala

Bukan kerana tiada kerja

Bukan kerana mengisi masa lapang

Bukan sekadar ingin melihat anak didik boleh membaca.

Justeru,jangan memandang ringan profesion anda!Bersungguh-sungguhlah dalam menata pekerjaan anda,agar tersusun rapi dan tercapai objektif!

3 comments:

  1. salam..
    tertarik dengan post kali ni..
    "profesion seorang guru tadika"
    mindset orang sekarang klu ditanye psl guru tdika,rmai yg beranggapan bahawa diorang mesti belaja takat spm je...xbole pg jauh..ttpi mereka xpernah fikir nilai seorang murabbi tu amat tinggi dlm islam..
    ade satu bait syair arab nukilan imam syafie:
    maksudnye:kedudukan seorang guru hampir menyerupai kedudukan seorang nabi..
    (kada al-muallim an yakuna rasula)
    firstly:mereka beranggapan silibus budak tadika sangat asas dan mudah dan xperlu kepakaran yang tinggi untuk mengajar..mksudnye>>xpayah blaja smpai universiti pun xpe...
    bidas:di universiti skrg ade jurusan pendidikan awal kanak2...mksdnye,kerajaan xpernah mmndg rendah pd profesion ini..
    kedua,usia seawal 4 dan 5 thn adlah satu pringkat yg plg mentah untuk mnrime sesuatu prkare..jd satu kaedah atau metodologi yg diambil ktke mngjr bdk2 tdika adlah sgt brbeza dgn pljr sekolah dn unvrsiti dan ini adalah cabaran yg paling tggi yg perlu digalas..
    ketiga,walau ape sklipun gmbrn yg diberikan pd profesion ini,jika kite bndgkan dengan perniagaan2 maju yg x berasaskan ekonomi islam dan mengamalkan riba dan sebagainye,,,
    walaupun hidup kaye-raye,zakat ntah kluar ataupun tidak,lgsung tidak ade nilainye dan tidak dipandang oleh Allah..
    ksimpulannye,kpd semua kindergarten teachers di dunia ini..percayalah profesion ini sebenarnye byk impak dan implikasi kpd kanak-kanak sndri,msyrkat dan akhirnye islam..dlm membina satu fikrah di awal perkembangn kanak-kanak,klu semua ibu bapa di dunia mmpu memberi asas tarbiah yg btul kpd anak msg2,,mgkn ye..guru tadika xdiperlukan..tp lihat je la,org skrg ni anak umur 5 thn,dah hntr pg kls piano etc..jd mmbktikan berapa saja peratusan ibubapa yg mmpu menerap atau menyemai asas didikan islam kpd anak msg2..msyrkt pule patut beruntung dan bersyukur apabila ade pihak kedua yg sggup membantu mendidik serta membentuk jati diri awal anak2 mereka kerana kesibukan mereka sendiri dan juga betapa ceteknye ilmu mereka..dn pd Islam,pndidikan awal knk2 brteraskan tuntutan2 islam yg asas sperti mengenal Allah,rukun islam,dan rukun iman dll..sesungguhnye Allah xmelihat hasil pd keseluruhannye tp takat mane usahe kite dlm mmbntu mereka..
    just be with what u have and no more doubts with it..put aside what people mock up till they realise one day soon..if we love to do something,we make it hardly and perfectly..
    in whatever field it is..and to my closest and nicest sis..one think u should know,im always behind u and supporting ur efforts..
    make it the best!

    ReplyDelete
  2. thanx lil bro=) really meaningful to me. perjalanan masih jauh.Kalau diberi pilihan,adalah lebih baik jika sang ibu boleh mendidik anaknya sendiri,tanpa perlu dihantar ke tadika.tapi realitinya,situasi ekonomi dunia tak mengizinkan,kecuali pendapatan suami benar2 stabil. rasa dah jadi fardhu kifayah u mewujudkan satu institusi tadika yg benar2 terjamin tarbiyahnya.tapi kami pun baru menapak,merangkak-rangkak.mohon doanya ya=) and all d best 4 you there too

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum…
    cikgu mohon bantuan pencarian guru atau student praktikal
    Saya Shanorita dari Tadika Khalifah Insaniah, Ampang selangor.. Saya sangat berminat mencari calon lepasan Pra sekolah untuk menyertai keluarga kami.. sila layari http://www.kicdc.edu.my

    Tadika kami menyediakan program unik untuk anak2 dimana amalan solat dhuha, zohor dan asar diamalkan di tadika ni.. Alhamdulillah..pelajar2 telah menguasai bacaan tersebut..

    tadika kami berbeza sedikit kaedahnya dari kaedah one to one mentor mentee.. sangat menarik dikongsikan bersama.. kami juga penggunaan interactive multimedia kepada pelajar kami..

    kaedah pengajaran jawi..katacam yang sangat mudah dipraktikkan..:)

    Hadith Arabic dan English..

    kepada pelajar yang ingin menjalani latihan praktikal atau ingin menyertai kami sangat dialu2kan.. sila hantarkan resume beserta gambar ke email saya. shanorita@ypm.org.my atau hubungi 0122261266..
    tq..

    Moga jihad ni dapat diteruskan dan sama2 dikongsikan bersama..kepada sesiapa yang ingin berkongsi ilmu bersama kami.. sila hubungi saya…tq
    SELAMAT MENCUBA !!!

    ReplyDelete