December 28, 2010

Memory TCB 2010~

Bismillahi walhamdulillah...

Lama rasanya tak post tentang TCB,sejak wujud blog tadikataskacintabestari,huhu.

Alhamdulillah,sudah hampir sampai ke penghujung 2010.Pelbagai pengalaman suka dan duka bersama TCB sepanjang tahun ini.Bermula penghujung 2009,dekorasi TCB bermula.Rakan-rakan menyumbang idea dan tenaga menghias dan mengecat TCB.Syukur yang tak terhingga atas pertolongan teman-teman.

Januari 2010,sesi pembelajaran TCB bermula.Saya melepaskan tawaran menjadi GSTT untuk fokus mengajar anak-anak seramai dalam 15 orang bagi kelas yang baru di wujudkan.Profesion saya sebagai guru tadika bermula.Menghadapi tentangan ayah yang ingin melihat saya bekerja dengan lebih 'selesa',saya hanya tersenyum setiap kali di asak dengan pertanyaan " Bila nak balik Shah Alam?" mujur emak sangat memahami,begitu juga adik bongsu saya,Aus.

Melihat perkembangan dan Keletah anak-anak sungguh menghiburkan.Saya tambah yakin dengan jalan yang saya pilih.Saya yakin pelaburan ini tidak sia-sia,walaupun profesi ini kelihatan 'low class' di pandangan umum,saya tidak kisah.Biar bermula dari bawah,biar bersusah payah,saya bertekad ingin meneruskan profesi ini.Saya sangat yakin akan urgensi bidang pendidikan anak-anak ini.

Mac 2010,sekali lagi TCB di uji.Kami perlu 'keluar' dari bangunan TCB kerana tuan rumah ini telah menjualkan bangunan ini kepada orang lain.kami di beri 3 bulan untuk mencari bangunan lain.Dengan hati yang berat,geram dan marah,kami cuba lawan dengan mendapatkan khidmat peguam.Nyata rezeki tidak berpihak pada kami.Akhirnya kami pasrah,langsung mencari alternatif.Dan sungguh sebenarnya Allah menetapkan yang lebih baik untuk kami.

Kami mendapatkan tapak yang jauh lebih baik,walaupun kos sewanya jauh lebih tinggi.Alhamdulillah,Mei 2010,kami memulakan operasi TCB di Taman Ilmu.Pelbagai aktiviti bersama anak-anak TCB dan keluarga yang dapat kami susun,pelbagai juga pengalaman yang kami timba sepanjang proses ini.

2011...

Tak tahu apa yang menanti.Pasti saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik.Tapi harapan perlu disertai perancangan dan usaha.Itu yang saya dan teman-teman seperjuangan di TCB cuba lakukan.Kami ingin mempersembahkan yang terbaik.

Saya tak tahu berapa lama saya akan berada di sini.

Azam saya,saya ingin terus berada di sini sampai datang ketetapan Allah atas saya.

Impian saya,Allah akan menerima segala yang saya lakukan ini,sebagai nilaian ibadah buat bekalan saya menemuiNya.

Doa saya,ibubapa saya akan turut mendapatkan ganjaran pahala atas keredhaan mereka 'melepaskan' saya berada di sini.

Harapan saya,anak-anak TCB benar-benar mampu lahir sebagai muslim cilik profesional yang mengenali Tuhannya dan bersedia mengharungi cabaran arus jahiliyah moden.

Moga Allah kabulkan dan sentiasa bimbing kami dalam setiap urusan kami...

Saya selitkan beberapa memory TCBsepanjang 2010(^_^)..


jamuan raya TCB


ibubapa yang hadir


Sport Day & Penyampaian anugerah


School Holiday Programme ~ buat kek batik


School Holiday Programme~Simple Experiment


School Holiday Programme ~ Physical Activity




School Holiday Programme ~ aktiviti Pergigian


3 Hero TCB di Bird Park(^_^)


Trip ke Bomba


Trip ke Ecopark


Trip ke Library Seberang Jaya


AKtiviti tanam pokok

December 15, 2010

My Mother & Hari Asyura (^_^) ~

Bismillahi wal hamdulillah...

Tit...Tit...handset berbunyi.. (rentak lagu wonderpet,huhu)

Tertera nama "beluv mom" di skrin handset.Saya pantas menjawab.

"Ude,esok jangan lupa puasa,sunat puasa hari Asyura. Tapi Cik Siah kata puasa dua hari,9 -10 ke, 10-11 Muharram,tak ingat mak,"pesan mak. Oh,itu rupanya tujuan mak telefon saya. Mengingatkan tentang puasa sunat pada hari Asyura. Yang tak pasti tu takpelah,saya boleh cek sendiri(^_^)

Sekilas tentang keutamaan puasa pada Hari Asyura ya!

Diantara keutamaan bulan muharam, bahwa puasa pada hari ‘asyura, dapat menghapus dosa-dosa setahun yang lalu. Imam Muslim meriwayatkan dalam shohihnya, dari Abu Qotadah,

أن رجلاً سأل النبي – صلى الله عليه وسلم – عن صيام يوم عاشوراء فقال: { أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله }.

Seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tentang pahala puasa hari ‘asyura. Maka Rasulullah menjawab: Aku berharap kepada Allah agar menghapus dosa-dosa setahun yang lalu.

Pada akhir hayatnya, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bertekad untuk tidak berpuasa pada hari ‘asyura saja, tetapi menambahkan dengan puasa sehari lagi, agar menyelisihi puasanya Ahli Kitab. Dalam shahih Muslim, dari Ibnu Abas radiyallahu ‘anhuma berkata:

” حين صام رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عاشوراء وأمر بصيامه، قالوا: يا رسول الله إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى “، فقال – صلى الله عليه وسلم -: { فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا التاسع } [أي مع العاشر مخالفةً لأهل الكتاب] قال: ( فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ).


Ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa ‘asyura dan menganjurkan para sahabatnya untuk berpuasa, mereka berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya ini adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, Maka beliau bersabda: Kalau begitu tahun depan Insya Allah kita akan berpuasa (pula) pada hari kesembilan (tasu’a). (yakni, bersamaan dengan puasa ‘asyura, untuk menyelisihi Ahli kitab). Ibnu Abas berkata: belum sampai tahun berikutnya, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam telah wafat.


Jadi,jom kita puasa(^_^)

Back to my beluv mom ya.Antara keistimewaan mak,mak tak pernah lupa mengingatkan tarikh-tarikh penting dalam kalendar islam.Seingat saya,semenjak saya berada di USM,hingga telah bekerja,tinggal di Penang,mak tak pernah lupa telefon untuk mengingatkan. Awal Muharram,nisfu Syaaban,Rejab,dan tarikh- tarikh lainnya.

Jujur,saya bukan orang yang mudah mengingat,tapi Allah anugerahkan mak yang sentiasa mengingatkan,Alhamdulillah(^_^)

Thank You mom!

December 7, 2010

Salam Maal Hijrah ~ Ya Rasulallah..

Bismillahi walhamdulillah...

1 Muharram 1432 Hijrah.

Azam baru?Huhu,entahlah,saya tidak pernah menetapkan tahun baru sebagai titik memulakan sebuah azam baru.

Sentiasa berazam untuk menunaikan azam!Yeah,that's me!

Azam --> Tekad --> Usaha --> Hasil? ~Biar Allah tentukan,huhu.

Akhir-akhir ini,banyak sekali perkara yang berlaku.Pada diri sendiri,dan sekeliling. Sahabat saya berhijrah,hijrah tempat,mendapat offer kerja yang lebih baik(tersurat). Allah menetapkan sesuatu yang lebih baik untuknya(tersirat).

Saya sangat terasa dengan pemergiannya.Sangat terasa.Masakan tidak,dia antara teman terbaik yang Allah anugerahkan untuk saya.Dia meletakkan kepercayaan pada saya di saat yang lain meragui saya. Dia sentiasa menawarkan bantuan di saat saya sangat malu untuk meminta pertolongan.Dia mengingatkan saya apabila saya mulai lupa. Dia mengajar saya erti 'concern'.Melaluinya juga saya kenal erti 'kuat' dan sabar.

Tapi,pemergiannya membawa saya mengimbas kembali detik pemergian rasul tercinta..

Dulu,saya tidak faham.Saya tidak dapat membayangkan.Saya tidak dapat merasakan bagaimanakah bentuk kesedihan yang dirasakan para sahabat sewaktu kewafatan rasulullah.Walaupun berkali-kali saya ulang baca buku sirah nabawiyah.

Saya tidak faham bagaimana Umar yang begitu hebat dengan keras menolak berita kewafatan nabi.Saya tidak dapat bayangkan betapa para sahabat berkumpul dan menangis atas pemergian baginda.Saya tidak dapat gambarkan bagaimana Muadz Ibnu Jabal menjerit sehingga pengsan apabila mendapat tahu berita pemergian baginda.Saya hairan dengan kecintaan Bilal terhadap baginda sehingga tidak mahu lagi melaungkan azan setelah kewafatan baginda.Malahan Bilal meminta izin untuk berhijrah keluar dari Madinah,kerana tidak sanggup terus bersedih mengingatkan nabi.

Kesedihan seperti apa ini?Saya tidak dapat merasakannya,tidak dapat menjiwainya..



Kini baru saya faham.

Seperti malam yang gelap,pekat,tanpa sebarang cahaya. Sejuk dan dingin menyapa hingga ke tulang,berjalan tanpa arah.. Dan rasulullah hadir bersama cahaya,menunjukkan jalan ,memberikan kehangatan.Memberikan pengharapan,ketenangan dan keselamatan. Akhlaknya, senyumannya, keramahannya,sikap ambil beratnya,kasih sayangnya, ketegasannya, kehalusannya, ketokohannya~ bagai tiada ganti. Dia lebih penting daripada ibubapa,suami,anak,dan kaum kerabat.

"Biarlah suami dan anakku mati,aku cuma ingin tahu bagaimana keadaan Muhammad?" kisah seorang wanita di peristiwa Uhud.

Siapa lagi yang akan menunjukkan jalan setelah ketiadaan baginda?Siapa lagi yang akan membacakan wahyu Allah?Siapa lagi yang akan memecahkan permasalahan ummat? Sulit untuk menerima,tiada lagi Rasulullah yang akan mengimami solat. Sukar untuk mempercaya tidak akan melihat lagi wajah bercahaya baginda,tidak akan mendengar lagi suara baginda.Dunia bagaikan tiada lagi erti..Gelap,kelam,suram..

Namun,Allah tidak memanggil pulang kekasihNya melainkan Dia Maha Tahu kesiapan hamba-hambaNya.Bangkitlah Abu Bakar memberi pencerahan..

"Dan Muhammad itu hanyalah seorang rasul;telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul.Apakah jika dia wafat atau terbunuh,maka kamu akan berbalik ke belakang?Barangsiapa berbalik ke belakang,Maka ia tidak akan merugikan Allah sedikitpun.Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur," (Al-Imran : 144)

Para sahabat kembali bangkit.Kecintaan terhadap Rasulullah tetap tidak boleh mengatasi kecintaan terhadap Allah. Perpisahan dengan rasulullah dijadikan sumbu,menguatkan azam dan tekad,menambah amal dan jihad demi menegakkan din islam,menyambung tugas baginda. Kecintaan ini harus di buktikan.Kerinduan ini harus diakhiri dengan pertemuan dengan baginda di syurga kelak.Mereka ingin bertemu Rasulullah lagi.Mereka ingin kelak rasulullah akan tersenyum melihat betapa mereka telah mengotakan janji kepada Allah dan rasulNya.

PERPISAHAN TIDAK MENJADIKAN MEREKA LEMAH.BAHKAN MEREKA MENJADI INSAN YANG LEBIH HEBAT KERANA KEJELASAN ALLAH SEBAGAI TUJUAN DAN MATLAMAT MEREKA. MEREKA JELAS DAN FAHAM AKAN TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG TERTANGGUNG DI PUNDAK MEREKA. PEMERGIAN RASULULLAH BAHKAN MEMBUKTIKAN KETEGUHAN DAN KEFAHAMAN MEREKA TERHADAP DIN INI.

Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali,Abdurrahman bin Auf,Muadz b Jabal,Bilal,Abu Ubaidah Al-Jarrah,Saad b Abi Waqqash,Abu Dzar al-Ghifari,serta para sahabat sekaliannya. Hidup mengharapkan mati,dan pembalasan yang baik di sisi Allah,negeri akhirat yang kekal abadi..Tidakkah kita juga ingin mengikuti jejak langkah mereka?

Untuk akhirnya,saya ingin kongsikan sebuah tayangan ringkas.Tayangan yang sentiasa membuatkan air mata saya menitis.Moga tayangan ini mampu menyuburkan rindu kita kepada rasulullah saw...


December 3, 2010

Apa yang Anak fikir,Apa yang Ibubapa rasa...

Bismillahi Walhamdulillah...

Akhir-akhir ini saya suka nak menulis tentang anak...dan ibubapa,huhu..

Seorang anak,kadang-kadang semakin tumpul sensitivitinya terhadap hati,perasaan dan keinginan kedua ibubapanya seiring usia sang anak yang menginjak dewasa..

Berbekalkan latar belakang pendidikan yang lebih tinggi,pekerjaan yang lebih hebat,gaji yang lebih besar,sang anak kadang -kadang tidak menyedari betapa ia sebenarnya meremehkan kedua ibubapanya..

Bagaimana?

Melalui kata-katanya.

Melalui tindakannya.

Melalui senyum sinisnya.

Melalui ekor matanya.

Melalui diamnya.

Setiap kata-kata ibubapanya di patahkan dengan hujah.Kalau yang punya kelebihan ilmu agama,di bidas dengan dalil,sehingga ibubapa terdiam tanpa kata.Dan sang anak bersorak gembira,menang!

Entah apa yang ingin di tegakkan.

Entah apa yang ingin di menangkan.

Pertaruhannya adalah sekeping hati milik seorang ibu dan sekeping hati milik seorang bapa.

Pernah seorang anak di tanya,mengapa dia se'keras' itu terhadap ibubapanya.

Jawapan ringkas sang anak :

"Achik kan anak abah.Dah abah macam tu,Achik jadi macam ni la.Abah dulu pun bukannya baik sangat,bukan Achik tak tau.."

Zupp!!

Bagai halilintar.Terkunci mulut sang bapa. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.

Salah?

Siapa yang bersalah?

Salah sang bapa yang gagal mendidik dan menunjukkan contoh yang baik?

Atau salah sang anak yang tidak menggunakan hati dan akal untuk mengubah diri menjadi hamba Allah yang lebih baik?

Bukan masa untuk menuding jari.

Mari ambil posisi sebagai seorang anak.

Mungkin ibubapa kita mempunyai kisah silam mereka yang tersendiri.Kisah silam yang mempengaruhi sikap dan cara fikir mereka.Tapi kisah silam itu bukan 'senjata' untuk kita meremehkan mereka.

Mungkin dalam satu 'perdebatan',ternyata kita berada di pihak yang benar.Kita lalu melontarkan hujah demi hujah.Sehingga tanpa sedar melampaui batas dan adab sebagai seorang anak.Kita merasakan mereka tidak memahami kita.Kita merasakan mereka hanya ingin menggunakan title 'ibubapa' sebagai autoritas.Kita merasakan mereka hanya mahu menang dan tidak mahu mengakui kesilapan mereka.Kita merasakan bahawa kita adalah mangsa yang teraniaya.

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa...

Mereka sebenarnya telah menyedari kesilapan mereka..

Mereka sebenarnya sedang berusaha keras untuk memperbaiki kesilapan mereka walaupun seringkali tidak berjaya..

Mereka sebenarnya sangat ingin mengungkapkan permohonan maaf,cuma terhalang oleh naluri manusiawi~ harga diri dan maruah sebagai ibubapa

Mereka sebenarnya sangat terluka dengan tindakan dan kata -kata kita... luka yang mereka pendamkan jauh di sudut hati...

Mereka sebenarnya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai untuk kita..


Wahai anak,

Bantulah mereka..

Raikanlah mereka...

Hargailah mereka...

Selagi masih ada masa...

November 20, 2010

Wahai Anak,Berakhlaklah Dengan Akhlak yang Baik Kepada Ibubapamu...

Bismillahi Walhamdulilah...

Satu hari,saya di datangi seorang sahabat lama. Sambil tersedu-sedan dan berjuraian air mata,dia bercerita kepada saya....

"Saya dah tak tahan lagi.Ayah sangat melampau.Semua saya buat,semua tak kena.Ada saja yang silap di matanya.Seolah-olah dia saja yang betul.Bila saya tanya,apa lagi yang dia rasa kurang senang,supaya saya boleh jelaskan,dia diam tak cakap apa. Tapi di belakang saya,dia mengata macam-macam.

'Anak tak tau di untung.Aku ingat orang kuat iman ni baikla perangainya,sama aja dengan yang lain.Tinggi pendidikan agama pun tak guna. Sia-sia tudung besar,solat tonggak tonggek,tapi kurang ajar!,'

Itu ayat dia hanya sebab tudung saji terjatuh tanpa sengaja bila nak hidang makanan.Sangka buruknya terlalu tinggi.Kalau ada apa-apa yang saya cakap,semua dia akan pusingkan ,jadi sesuatu yang buruk dan attack saya balik.Saya dah tak tahan.

Saya dah cuba sedaya upaya untuk jadi anak yang baik,tapi semua jadi bahan kutukan dia,yang salah juga yang dia nampak.Mak saja yang faham saya.Bukan tu aja,dengan kawan-kawan saya sekali sume jadi buruk di mata dia.

Kalau bukan kerana islam gariskan untuk patuh dan taat pada kedua ibubapa,dah lama saya buang istilah 'ayah' dari hidup saya.Saya kenal islam bukan melalui dia,bahkan dia yang banyak menghalang untuk saya kenal islam dulu.Tak ada apa pun yang dia sumbang pada saya,sambung pelajaran,etc,banyaknya saya survive sendiri,Duit tak ada pun,saya lebih rela ikat perut daripada minta dengan dia.Sebab dia suka mengungkit.

Belum lagi masuk bab masa kami kecil2 dulu,bukan pernah dia kisah pada kami adik-beradik,mak. Sibuk dengan persatuannya. Bila kami berjaya dalam pelajaran,dia canang satu kampung,kononnya itu hasil didikan dia.Padahal satu habuk dia tak ada menyumbang pada pendidikan kami. Mak yang bersusah payah selama ini.

Saya berani cakap,kami boleh hidup tanpa ayah,tapi kalau kami tak ada,mak tak ada,ayah yang tak boleh hidup. Ingat dengan title 'ayah', dia boleh buat sesuka hati?
Saya tak terkejut kalau bila dah tua nanti,tak ada anak-anak yang nak jaga dia,tak ada yang ambil tahu.Sikap dia memang buat kami semua kecil hati.

Balik-balik dia akan cakap- 'aku ni ayah'. Saya dah penat bersabar dengan dia..."


Saya menarik nafas panjang mendengar luahannya..

Saya kenal dia.Saya kenal baik keluarganya.Saya tahu bagaimana ayahnya.Saya tahu betapa kawan saya dahulu telah sedaya upaya membuang kebencian atas sikap ayahnya setelah mengenali tarbiyah.Saya tahu berapa banyak dia berendam air mata bersabar atas sikap ayahnya.Saya tahu berapa kali dia jatuh sakit dan demam setiap kali pulang dari rumahnya.

Saya tahu semua itu. Saya sangat tahu...

Tapi apa yang saya boleh katakan ialah..

Kita ini hamba Allah.Ayah juga adalah hamba Allah. Mungkin saja dia yang bersalah dan tersilap,tapi itu bukan tiket yang Allah berikan untuk kita membenci atau membalas perbuatannya,atau mengatakan yang bukan-bukan terhadapnya,semarah apa pun kita,semaksima manapun kesabaran kita.

Kerana Allah telah memerintahkan kita untuk taat dan patuh pada mereka yang bergelar ayah.Engkar hanya apabila dia menyuruh kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Allah.Selain daripada itu,bersabarlah..

Andai dengan kesabaran itu Allah menjanjikan syurga,yang jauh lebih baik daripada dunia dan seisinya,tidakkah kita mahu?

Maka,

"Bersabarlah,dan teguhkanlah kesabaranmu.Dan bertaqwalah kepada Allah,agar kamu beroleh kejayaan,"

Dan ingatlah,

"Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang di tetapkan Allah bagi kami.Dialah pelindung kami,dan hanya kepadanya orang mukmim bertawakkal," (9 : 51)

Oleh itu,

"Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,sebab kamu yang paling tinggi derajatnya jika kamu orang beriman," (3 : 139)

Sakit.Perit.Pedih.

Ya,saya tahu.Saya boleh membayangkannya.

Tiada jalan lain melainkan kita minta pertolongan kepada Allah,dengan tambah mendekatkan diri kepadaNya.Kita serahkan segala permasalahan ini kembali kepadaNya.

Kerana,Allah telah berpesan...

"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan pada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat.Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar," (2 : 153)

Dan,teruslah berakhlak dengan akhlak yang baik kepada ibubapamu.Jangan memalingkan wajah.Jangan memasamkan muka.Jangan meninggikan suara.Allah telah mentakdirkan mereka untukmu.Redhalah,dan bersikap baiklah dengan mereka. Yakinlah,jauh di sudut hatinya,dia sangat mengasihimu. Mungkin kerana sejarah silamnya,dan perbezaan cara pandang menyebabkan sikapnya begitu.

Bersabarlah hingga Allah mengabulkan doamu dengan menjernihkan semula keadaan,atau sampai masa engkau kembali padaNya...

Dan ketika itu,engkau pasti gembira kerana berjaya mempertahankan kesabaranmu..

November 17, 2010

Salam Aidiladha...

Bismillahi walhamdulillah...

Salam Aidiladha.Moga Aidiladha ini meningkatkan ruh Tadhiyah kita untuk berkorban menegakkan agama Allah.

Saya hairan dengan sikap manusia yang bergelar muslim..

Sangat hairan..

Tapi saya tak dapt coretkan sekarang.Masa terbatas.Internet problem.InsyaAllah di kesempatan lain..

Untuk coretan Sport Day TCB 2010,rasanya saya tak coretkan di sini.Saya dah coretkan di Blog tadikataskacintabestari.blogspot.com.Siapa nak tengok,silakan link ke sana ya(",)

Sekian,salam Aidiladha sekali lagi.

November 10, 2010

Menjelang Sport Day TCB 2010...

Bismillahi walhamdulillah...

Musim hujan dah tiba.Boleh katakan setiap hari hujan di kawasan Nibong Tebal.Kedah dah mula banjir,huhu.

Sabtu ini(13 November 2010),InsyaAllah TCB akan mengadakan hari sukan.Pelbagai latihan telah kami jalankan,huhu.Semua anak-anak nampak bersemangat.Melihatkan keadaan cuaca,saya jadi risau bagaimana keadaan Sport Day nanti.

Tadi,saya cuba menguji anak-anak ini.Sejauh mana mereka mencerna pembelajaran di TCB..

"Hm,hujanla,macam mana kalau sport day kita nanti hujan..Macam mana kita nak sukan kat luar.."Saya mengumpan dengan soalan.

"Kita mainla kat dalam tea,"Pantas Danish menjawab.

"Tak muatla main kat dalam.Mama lagi,abah lagi,nak lari lagi.Mana muat.."Saya cuba bawa mereka berfikir.

Diam.

"Kita tahanla jangan bagi hujan turun tea,"Tiba-tiba Teah menjawab.

Saya senyum.Point pertama!

"Macam mana nak tahan hujan tak bagi turun?"Saya terus mengasak dengan soalan.

Diam.

"Kita minta la Allah buat hujan berhenti tea,"

Point kedua!

"Macam mana nak minta Allah buat hujan berhenti?"

"Doa!!" Hampir serentak mereka menjawab.



"Ya,Alhamdulillah,pandai anak-anak tea.Kita kena doa.Tapi kenapa kita kena minta kat Allah kalo nak hujan berhenti.Kenapa tak minta kat mama ke,abah ke,Tea Hajar ke.Kenapa nak minta kat Allah?"Saya terus memprovokasi.

Diam lagi.

"Sebab Allah hebat!"Teah menjawab.

"Betul,Allah hebat,lagi?"Saya ingin mereka berfikir lagi.

"Sebab Allah Kuat!"Solihin pula menjawab.

"Betul.Allah Kuat,lagi?"

Ramai yang mengerutkan muka dan kening,berfikir.Lucu pula,huhu.

"Sebab Allah yang buat hujan!" Jawapan daripada seorang anak yang berusia 4 tahun.

Bingo! Jawapan yang saya mahu.

"Pandai anak-anak tea.Ya,kita kena minta dekat Allah sebab Allah yang buat hujan,Allah yang turunkan hujan,jadi Allah je yang boleh berhentikan hujan tu."Saya membuat kesimpulan agar lebih jelas bagi yang masih kabur.

"Jadi anak-anak tea,jom kita doa sama-sama,minta kat Allah supaya hujan tak turun dan boleh main masa Sport Day.Raise your hand. Nanti tea baca doa,semua aminkan k,"

"Ok tea,"Jawab mereka hampir serentak.Saya senyum dalam hati.(",)

Masing-masing menadah tangan dan mengaminkan lafaz doa dalam bahasa melayu yang saya baca.

Moga Allah memakbulkan doa anak-anak kecil yang suci dari dosa ini,amin...

November 9, 2010

Alangkah susah mencari kawan...

Dunia Yang Sepi

Alangkah susah mendapat kawan..
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan...
Yang besar apatah lagi..
Alangkah sepi dunia ini..
Walaupun hidup di tengah ramai..

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Sebelum Terlena..

Bismillahi walhamdulilah..

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

November 6, 2010

Mari Bermimpi....

Bismillahi Walhamdulillah...

Saya memang suka berenang,walaupun tak pandai.Kali ini,saya manfaatkan sungguh-sungguh peluang berada di sungai ini,untuk berenang.Alhamdulillah,akhirnya saya boleh berenang!Wah,gembira rasanya.

Saya terus berenang dengan bebas bersama dua orang teman yang lain.Kami asyik berenang hingga tidak sedar terlajak jauh dari tempat asal.

"Izzah!!Ada air terjun kat depan tu!"Tiba-tiba seorang teman menjerit.

Saya terkejut.Tersedar dari keasyikan.Saya memandang ke hadapan.

MasyaAllah!Sungguh! Sungai ini rupanya adalah induk dari sebuah air terjun.Dan kami sedang dihanyutkan ke arah air terjun tersebut!

Saya mula panik.Teman-teman juga.Arus semakin deras.Berdasarkan kudrat yang ada,mustahil kami mampu berenang melawan arus untuk menyelamatkan diri.

Masa yang ada tidak banyak.Saya tidak sempat berfikir.Kami semakin hampir dengan air terjun yang tinggi ini.

"Izzah,Tolong!!!!,"Seorang teman saya menjerit.

"Allah!!"Seorang teman saya sudah jatuh ke bawah air terjun tersebut!Saya tidak sempat mencapai tangannya untuk menyelamatkannya.Suaranya tenggelam dalam kebisingan air terjun.

Saya tidak sempat berfikir bagaimana nasib teman saya itu.Nyawa saya juga kini di hujung tanduk!Kini saya benar-benar berada di bahagian atas air terjun.

Mata saya melilau mencari papan,kayu,dahan atau apa sahaja yang boleh saya gunakan untuk berpaut.Ah,Sungai ini terlalu besar untuk menjumpai bahan-bahan tersebut.

"Izzah!!!!!!,"seorang lagi teman saya menjerit.Saya juga dapat rasakan badan saya mula di tolak jatuh oleh arus deras ini.

Allah..

Hanya itu yang mampu saya ungkap dalam hati.

Tiba-tiba tangan saya menangkap sebuah batu besar yang terselindung di sebalik air terjun tersebut.Pantas saya memeluk erat batu tersebut.

"Peluk belakang ana!!Peluk belakang ana!!"Saya menjerit sekuat hati,memeberi arahan kepada teman yang entah di mana.

Saya memeluk batu itu erat-erat.Saya pejamkan mata.Saya serahkan segalanya kepada Allah.Saya pasrah.Jauh di sudut hati,saya yakin Allah akan selamatkan saya.Sangat yakin.Saya hanya ada Allah ketika itu.Tiada gambaran mak,ayah,tadika,akhwat. Tiada. Tiada sesiapa.

Hanya Allah.

Dalam deruan air yang deras dan bising itu,saya rasakan kedamaian.Saya rasakan ketenangan.Saya sudah tidak kisah. Jatuh atau tidak,selamat atau tidak,saya tahu Allah akan sentiasa memerhatikan saya,memelihara saya.Allah pasti akan pelihara saya.Allah tetap ada.

Perlahan-lahan bunyi bising air terjun itu hilang.Arus deras itu hilang.Berganti dengan bunyi air yang tenang.Saya dapat rasakan air yang mengalir lembut.

Hati saya berdetik hairan.Apa yang berlaku?

Perlahan-lahan saya buka mata.

Subhanallah!

Saya berada di tepi sungai.

Selamat!

Allah telah selamatkan saya!

Lantas saya sujud.Entah di mana arah kiblat.Entah bagaimana keadaan dan rupa saya ketika itu.Saya hanya ingin sujud.Sujud syukur.Syukur atas pertolongan Allah.Terasa nikmat sekali sujud kali ini.Sangat nikmat..Sangat terasa betapa Allah mendengar permohonan saya.

Hanya pergantungan penuh pada Allah akan menyelamatkan kita.

MImpi?

Ya,itu mimpi.Kisah di sungai itu adalah mimpi saya.Mimpi terbaik yang pernah saya alami sepanjang hidup saya.Sampai saat ini saya masih terasa kenikmatan sujud mengucap syukur itu.Saya yakin mimpi tadi bukan sekadar mainan tidur.


gambaran air terjun dalam mimpi saya

Tatkala terjaga,saya masih berada dalam bas,dalam perjalanan pulang ke Penang.Jam menunjukkan 2.30 pagi.Saya lalu merenung langit.Ini saatnya doa dimakbulkan.Saya lantas berdoa.Saya tidak ingin menyia-nyiakan lagi hidup saya!

October 27, 2010

Teacher,Allah kat mana?

Bismillahi Walhamdulillah...

"Ok,habis da cerita tea,sekarang waktu untuk..."

"tidur!!!!" Anak-anak menjawab serentak.Masing-masing merebahkan badan ke toto lebar berwarna merah itu.

Saya tersenyum.

Seakan menjadi jadual,perlu ada 'bedtime story' sebelum mereka tidur tengah hari.Saya perlu sentiasa bersedia dan mencari cerita baru setiap hari untuk mereka,huhu.Waktu inilah saya manfaatkan untuk bercerita kisah-kisah yang mengandungi pengajaran dan akhlak mulia kepada mereka.

"Tea,Allah ada kat mana?" Tiba-tiba Danish yang berusia 4 tahun bertanya.

"Ha'a tea,Allah ada kat mana?" Faiz mengulangi soalan yang sama.Mata anak-anak itu tertumpu pada saya.Menunggu jawapan.Saya senyum.

"Allah tu ada kat Arasy,"saya jawab ringkas.Bersedia menunggu soalan seterusnya.

"Arasy tu apa tea,"Teah pula bertanya.

"Arasy tu dekat mana tea,"

"Arasy tu macam mana tea,macam tadika ke,"

Bertubi-tubi soalan yang saya dapat,huhu.Saya cuba memikirkan jawapan terbaik dengan susunan ayat yang paling baik,pemilihan kata yang tepat dan sesuai dengan tahap mereka.

"Arasy tu tempat Allah ada tu lah.Arasy tu jauh...sangat.jauh... sangat...kat atas langit,atas lagi,jauh...lagi.Tea pun tak tau rupa arasy macam mana,sebab tea pun tak pernah sampai sana,"dengan penuh gaya saya memberitahu mereka.

"jauh sangat ke tea?"

"jauh sangat..."

"naik aeroplane boleh sampai ke tea?"tanya Faiz.

"Naik aeroplane pun tak boleh sampai"

"kalau naik kereta?"

"motor?"

"bus?"



Hampir semua jenis kenderaan mereka sebutkan.

"Kalau naik burqa tea?"Danish pula bertanya.

Saya mengerutkan kening,burqa?

"ala,yang nabi naik masa isramidraj tu'"Teah menyampuk dengan penuh yakin walaupun tersilap sebut isra' mikraj,huhu.

"Oh,buraq?,"Tawa saya meletus.Bijak benar anak-anak ini.

"naik kereta tak boleh sampai,naik aeroplane pun tak boleh sampai.Motor,bus,buraq,semua tak boleh sampai kat Arasy tu.Sebab arasy tu jauh sangat.."

"Kat dunia ni,kita tak nampak Allah,tapi Allah nampak kita,jaga kita. Allah sayang kita.Kalau nak jumpa Allah dan nak Allah sayang,kena jadi anak soleh.Rajin solat,sayang ibu abah,dengar cakap tea,tak gaduh dengan kawan,boleh?"Terang saya panjang lebar.Entahkan faham,entahkan tidak anak-anak kecil ini.

"Boleh!!!"Mereka menjawab serentak.

"Jadi,siapa anak soleh,dengar cakap tea,kena tidur sekarang,ok?Nanti tea kejut untuk bangun mandi ya?"

"Ok tea,"jawab Insyirah.Beberapa kawannya yang lain mengikut.

"Sayang tea,"kata Teah pula,sambil mula memejamkan mata.Kawan-kawannya yang lain mengikut.

Saya tersenyum lagi.

Jujur,saya sendiri masih belajar mengenalkan Allah dengan cara terbaik kepada anak-anak ini.

Saya ingin mereka mengenal Allah dengan kefahaman,bukan hafalan.

Saya ingin mereka boleh seperti si kecil penggembala kambing yang di uji Umar Al-Khattab,lalu dengan tegas dan yakin menjawab "Fa aina Allah?"

October 23, 2010

Perkongsian: Berikanlah kemaafan, walaupun sukar

Susahkan nak maafkan orang? Ya. Saya akui susah. Bukan mudah hendak memaafkan orang yang telah melukakan kita. Yang mungkin memfitnah kita. Yang mungkin menyebar cerita-cerita palsu fasal kita. Yang suka membuat spekulasi dan cerita itu dan ini berkenaan kita. Yang tikam kita dari belakang. Yang khianat kita. Yang tak habis-habis cari fasal dengan kita. Yang itu, yang ini, yang begitu dan yang begini.

Memang susah hendak memaafkan. Saya tidak bohong.

Lebih-lebih lagi apabila kita sudah cuba berlapang dada, berhenti dari meneruskan sengketa, bahkan menghulurkan tangan meminta kemaafan kalau-kalau ini semua dimulakan oleh diri kita, tetapi kita tidak dilayan bahkan semakin menjadi-jadi pula kebencian mereka terhadap kita.

Memang susah. Saya tidak pernah kata senang.

Tetapi berikanlah kemaafan.

Walaupun sukar.


Jangan jual jiwa kamu.

Apakah untungnya kita melenting dengan orang yang melakukan macam-macam pada kita?

Ya, saya faham jiwa kita sakit. Hati kita cedera. Kita terasa. Lagilah kalau orang-orang itu kita sayang sebenarnya. Kita anggap macam keluarga kita. Keluarga mereka pun kita rapati dengan baik, adik beradik mereka pun kita layan dengan baik, bahkan kita pernah memberikan hadiah kepada mereka, dan bertanya pula apa salah kita yang membuatkan mereka tidak suka kepada kita.

Dengan sikap mereka yang masih membenci kita, bahkan cerita 1001 macam berkenaan kita, spekulasi macam-macam, menimbulkan persoalan-persoalan yang membawa fitnah kepada kita, memang kita akan terluka dan sangat-sangat terluka. Ya. Saya faham.

Tetapi perasankah, apabila kita mula ‘membenci’ mereka, rasa ’sakit hati’ dengan sikap mereka, rasa hendak ‘membalas’ apa yang mereka lakukan, tidakkah anda melihat ‘kehitaman’ yang mula ‘menjamah’ jiwa anda?

Tidakkah anda melihat bagaimana syaitan mula ‘memeluk’ jiwa anda?

Tidakkah anda sedar iblis yang sedang ‘mentertawa’kan anda?

Apa bezanya anda, dengan mereka yang melakukan pelbagai perkara kepada anda itu?

Bukankah di dalam jiwa anda juga ada kebencian yang menjijikkan itu?

Bukankah di dalam akal anda, tiada rasional yang menyenangkan itu?

Jangan jual jiwa kita wahai saudara-saudarai yang saya cintai.

Jangan jual jiwa kita.


Biar Allah laknat mereka, biar Allah balas mereka!

Ada yang tersangat terluka, ada yang tersangat sakit hati, mungkin kerana diri sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kesilapan silam diri, mungkin kerana diri sudah berkorban pelbagai perkara agar suasana jernih kembali, tetapi terasa seperti tersangatlah bodoh dirinya dengan segala usaha itu apabila orang-orang itu buat dek sahaja.

Maka diangkat tangan dan berdoa: “Ya Allah, laknatilah mereka. Lihatlah mereka itu Ya Allah. Hitunglah mereka. Balaslah perbuatan mereka. Porak perandakanlah kehidupan mereka!” Dengan air mata kesakitan yang mengalir-alir.

Turunkan tangan kita itu. Hentikan doa itu. Jangan.

Apakah yang sedang ‘memeluk’ jiwa anda ketika anda mendoakan kecelakaan itu?

Adakah orang-orang itu memijak ISLAM anda? Adakah orang-orang itu menghina TUHAN anda? Tidak. Tidak dan tidak. Mereka hanya tidak menyenangi anda. Mereka hanya mengeji anda. Mereka hanya membuat spekulasi berkenaan anda. Mereka hanya memfitnah anda.

“Tapi aku dah usaha baiki diri aku. Ingat senang? Mereka nak apa? Sempurna macam malaikat?”

Ya. Saya faham susah. Saya faham. Saya faham kesakitan itu.

Tetapi kenapa kesabaran itu perlu dihentikan hari ini? Kenapa perlu melayan perasaan ‘terasa bodoh’ itu? Syaitan sedang membolak balikkan anda sebagaimana anak kecil membolak balikkan bola. Syaitan sedang menambah ranting-ranting kayu pada api kecil yang menanti membakar balak.

Tenang wahai saudara saudariku.

Angkat tanganmu kembali. Sebutlah: “Ya Allah, kekalkan kesabaranku. Lapangkan jiwaku. Dan AMPUNkanlah mereka semua itu, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Mereka tidak mengetahui hal yang sebenar. Mereka tidak mengetahui motifku yang sebenar. Mereka tidak mengenaliku secara benar. Maka AMPUNkanlah mereka, dan AMPUNkanlah diriku yang mungkin menyebabkan semua ini berlaku. LAPANGkanlah jiwa mereka untuk menerimaku, dan teruslah LAPANGkan jiwaku untuk menerima mereka.”

Seka air mata tadi.


Macamlah mereka pun tak ada salah. Salah mereka lagi besar!

Kita bengang. Usaha kita untuk berbaik tidak diterima. Alasannya adalah dosa-dosa silam yang entah dari kurun ke berapa. Alasannya adalah alasan rapuh yang sebenarnya dengan beberapa penjelasan semuanya boleh diselesaikan. Salah silap kita diungkit-ungkit. Kecil dikorek-korek, yang besar lagi digolek-golek. Seakan kita memang tidak berhak untuk berbaik-baik dengan ‘golongan mereka’.

Kita bengang. Kita nak ungkit kesalahan mereka. Ya. Mereka ingat kita tidak tahu semua keaiban mereka?

“Diorang ungkit dosa-dosa aku, aku pun nak ungkit dosa-dosa mereka!”

Oh. Jangan-jangan. Berhenti sebentar. Lihatlah cermin. Lihatlah wajah anda semasa melaungkan ayat itu. Anda sukakah? Adakah itu anda yang anda suka?

Jangan rendahkan martabat anda.

Kita hamba Allah. Yang hendak mengajak manusia kepada kebaikan. Mengapa kita hendak memalukan mereka? Apakah itu membawa kepada kebaikan? Adakah dengan membalas perbuatan mereka dengan perbuatan yang serupa, ia membawa kepada kesatuan? Adakah selepas itu mereka akan baik dengan kita?

Tenang.


Kita selesaikan urusan kita. Mereka, kita doakan agar mereka dapat juga melaksanakannya.

Di dalam Langit Ilahi 3: Fanzuru, saya ada nyatakan berkenaan kata-kata seorang khatib di Jordan, yang menyatakan bahawa tanggungjawab kita dengan saudara kita adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Baik kepada saudara kita, membina hubungan yang diredhai Allah dengan mereka, cuba meminta maaf segala kesalahan kita, memaafkan semua kesalahan mereka, itu semua adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT sebenarnya.

Kita bukan mengharapkan kecintaan mereka. Kita bukan mengharapkan kasih sayang mereka. Kita bukan mengharapkan mereka memuji kita.

Kita hanya harapkan keredhaan Allah SWT.

Manakala mereka kepada kita, itu adalah mereka dengan Allah SWT. Mereka maki kita, spekulasi perihal kita, memburuk-burukkan kita, mengeji kita, memfitnah kita, membenci kita, tidak membalas kebaikan-kebaikan kita,tidak hendak melihat kepada perubahan-perubahan kita, itu semua adalah antara mereka dengan Allah SWT.


Mari menjadi ‘ibad Ar-Rahman

‘Ibad Ar-Rahman adalah hamba(yang mengabdikan diri) kepada Ar-Rahman, yakni Allah SWT. Jika kita benar-benar hendak menjadi hambaNya, maka lihatlah salah satu ciri-ciri ‘ibad Ar-Rahman.

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;” Surah Al-Furqan ayat 63.

Dan lihatlah kebenaran bicara saya di atas, dengan kalam Allah SWT ini:

“Jadilah kau orang yang pemaaf, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” Surah Al-A’raff ayat 199-201.

Jadilah pemaaf. Suruhlah perkara yang baik. Berpalinglah dari orang-orang jahil. Kalau dihasut syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah. Sesungguhnya sekiranya kita benar bertaqwa, hendakkan keredhaan Allah, maka apabila syaitan berusaha ‘memeluk’ kita, maka kita akan ingat bahawa kita hamba Allah, segera kita menjauh dari syaitan dan mengambil jalan yang benar, yakni memaafkan dan mengajak kepada kebaikan.


Penutup: Peringatan ini, khas buat saya.

Jujurnya, artikel ini saya tulis khas buat saya. Jujurnya, jiwa saya sedang berlubang sekarang. Walaupun mungkin sudah tersembuh sedikit dengan ulah rakan-rakan di Jordan sepanjang hari tadi. Sengaja saya lewatkan artikel hari ini selewat-lewatnya. Memberi masa saya rasional dan berfikir semula.

Ya. Saya sudah kata saya faham apa perasaannya. Memang rasa macam bodoh.

Tetapi jalan ‘orang-orang bodoh’ inilah yang hendak membawa kita masuk ke syurga.

Terus istiqomah memberikan kebaikan kepada orang lain. Walaupun orang lain membenci kita. Jangan ungkit usaha kita, perubahan kita, kebaikan kita kepada mereka. Mereka bukannya tidak tahu. Dan kita juga tidak buat semua itu untuk keredhaan mereka.

Kita sebenarnya hanya ingin ketenangan di dalam jiwa. Tidak suka sengketa. Tidak suka benci membenci. Tapi dah orang tak mahu. Kita nak buat macam mana kan?

Maka kita doakan agar Allah memperbaiki hubungan kita dengan manusia.

Kita bukan tidak berusaha. Nanti di hadapan Allah kita berdiri, kita boleh bercakap dengan Allah dalam keadaan tersenyum apabila Allah bertanya mengapa hubungan kita dengan mereka itu tidak baik. Kita menjawab: “Saya sudah berusaha ya Allah.” Dengan yakin dan tidak takut.

Maafkan saya. Artikel ini khas untuk pujuk diri saya.

Semoga anda juga mendapat manfaatnya.

COPY AND PASTE : langitilahi.com,Hilal Asyraf

October 19, 2010

Allah Tidak Pernah Meninggalkan Kita...

Bismillahi Walhamdulillah...

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad)tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu....." (2:186)

"kak,saya rasa Allah tak adil dengan saya.Apa yang saya minta tak dapat.Saya dah jadi tawar hati.."luah Nora.Air matanya menitis terus..

Saya terkejut.Kaget dengan pernyataannya.Pernyataan yang tidak boleh di ambil ringan..

Saya cuba memujuknya agar bertenang.Saya cuba mengingatkannya kembali akan kasih sayang Allah.Mengingatkannya dengan ayat-ayat Allah.Nora juga punya basis agama yang mantap.Tapi sayang,satu pun seakan tidak masuk ke hatinya.Bahkan dia mengeluarkan hujah atas setiap kata-kata saya.

Saya jadi buntu.

Tapi saya tahu,saya tidak boleh membiarkannya begini,syaithan akan mudah mengambil kesempatan atas kekacauan hati dan fikirannya..

"em,antara ahli keluarga Nora,siapa yang paling kenal dan memahami Nora?" Saya cuba mengambil pendekatan logik.

"Mak,"jawabnya sepatah

"Agak-agak mak tahu tak saiz kasut Nora?"

Dia mengangguk.

"agak-agak mak tahu tak Nora suka makan apa?"

Dia mengangguk lagi.

"Rasa-rasanya mak tahu tak apa yang Nora suka dan Nora tak suka?"

"Mestilah tahu,"

Saya tersenyum.

"Mungkin tak mak Nora nak Nora failed kat IPT ni?"

"Takkanlah.."

"Nora,mak Nora yang melahirkan Nora tahu serba serbi tentang Nora.Sentiasa nak yang terbaik untuk Nora.Tapi Allah tu,Dia yang ciptakan Nora,Dia dah menggariskan takdir untuk Nora.Dia yang menetapkan ajal maut,jodoh dan rezeki Nora.Dia lebih sayangkan Nora daripada mak Nora sayangkan Nora,"

Nora diam membisu.Air matanya terus berjatuhan lagi.

"Allah yang Maha Penyayang itu menciptakan Nora.Dia cukupkan segala keperluan hambaNya itu sehingga Nora berjaya menjejakkan kaki ke IPT.Satu hari,Nora berdoa memohon sesuatu kepada Tuhannya.Tuhannya itu Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya itu.Dia tahu apa yang diminta Nora itu tidak baik untuk dirinya.Dia lalu menangguhkan permintaan itu dan menggantikannya dengan yang lebih baik...,"

Saya menyudahkan analogi itu.Nora terus menangis.Kali ini dia nampak lebih rasional. Moga dia mula berfikir dengan lebih jernih..



Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya,bahkan kitalah sebenarnya yang terlalu cepat berprasangka.

Analogikan saja seperti anak kecil.Andai anak kecil berusia 1 tahun ingin bermain dengan api,adakah ibunya akan membenarkan walaupun sang anak merengek dan menangis dan merajuk? Pasti tidak.Kerana si ibu mengetahui akan bahaya api,sedang sang anak masih belum dapat memikirkan hikmah larangan si ibu.

Allah tidak pernah meninggalkan kita.Dia sentiasa ada mendengarkan permohonan doa kita.Dia tidak mungkin memungkiri janjiNya bila mengatakan akan mengabulkan,tapi... ada syaratnya..

"....hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu,agar mereka memperoleh kebenaran," (2 :186)

Justeru saat masih belum dikabulkan permohonan,periksalah diri kita,mungkin masih ada sisi dosa yang menyebabkan doa terhijab.Andai kita telah benar-benar berusaha,maka ketahuilah ada 3 cara Allah mengabulkan doa kita.

Samada Dia langsung mengabulkannya, atau Dia menggantikannya dengan yang lebih baik,atau Dia menangguhkannya dan membalasnya di hari akhirat.

October 9, 2010

Cinta dan Jodoh...

Bismillahi Walhamdulillah...

Tiit..tiit..,Bunyi mesej.

"Salam Kak,perlukah kita menolak orang lelaki yang ingin 'berkawan' dengan kita?" Tanya seorang junior di USM.

Saya tersenyum.

"Kak,ramai dah kawan saya yang dah kahwin.Kalo jumpa,mesti tanya saya bila lagi,tak sukanya..." adu seorang staff.

"Kak,macam mana kita nak tau kalau dia adalah jodoh kita.Kalau dia datang nak 'berkawan',tapi kita tolak,macam mana kalau sebenarnya dia memang betul-betul jodoh kita?"Tanya seorang junior penuh keliru.

Akhir-akhir ini saya banyak dapat persoalan seperti ini.Baik daripada junior yang sedang menghadapi fasa kematangan zaman remajanya,atau daripada mereka yang telah habis belajar dan bekerja.Hati jadi resah melihatkan teman-teman sebaya semakin ramai yang menikah.Risau dengan persoalan jodoh.

Saya ada sebuah kisah.Tentang cinta dan jodoh.Saya mempunyai seorang sahabat semasa di kampus dulu.Kami belajar di kolej matrikulasi yang sama,tapi saya mengenalinya dengan lebih dekat semasa di kampus.Dia ber'couple',sejak di sekolah menengah.Guru-gurunya menyokong,ibunya menyukai lelaki tersebut,malahan keluarga lelaki tersebut juga seakan merestui hubungan mereka.

Tahun pertama di USM,dia mengenali tarbiyah dengan lebih dekat.Dia mengetahui hakikat 'couple' yang dibenarkan dalam islam~tiada couple sebelum nikah. Dengan rasa hati yang sangat berat,dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan 'couple'nya.Berat,pedih,sakit~ itu yang dirasakannya untuk terus bertahan dengan keputusan itu,untuk mencari redha Allah.

Nyata sang lelaki tidak dapat menerima keputusan tersebut.Dia terus-terusan menghubungi,mendesak dan bertanya.Sahabat saya menyatakan pendiriannya dengan tegas di gagang telefon,walaupun akhirnya dia juga menangis .Keluarga sang lelaki bertanya,Ibu sahabat saya juga bertanya apa yang berlaku. Lama akhirnya baru sahabat saya dapat bangkit semula dan keluar daripada kesedihannya.

Ketika hampir tamat pengajian,sahabat saya mendengar khabar yang lelaki tersebut ingin masuk meminang.Tamat pengajian,lelaki itu sungguh-sungguh masuk meminang dan akhirnya mereka menikah.Alhamdulillah ijab kabulnya berlngsung bulan lepas.Moga mereka berbahagia dunia dan akhirat,amin..

SOAL JODOH

Apa yang ingin saya sampaikan ialah :

Jodoh itu pasti.Telah Allah tetapkan di lauh mahfuz siapakah pasangan kita.Cuma dia ingin melihat siapakah antara kita yang akan memilih jalan yang penuh berkah menuju pernikahan itu.

Andai kita bercinta,tetapi telah Allah tetapkan bahawa bukan si dia jodoh kita,maka dia tetap bukan jodoh kita.Sahabat saya bercinta,tanpa dia mengetahui adakah itu adalah jodohnya atau bukan.Setelah dia memutuskan hubungan untuk mencari redha Allah,ternyata memang itu adalah jodoh Allah untuknya.Dan dia akhirnya berjaya mengelak jalan dibenci Allah dalam perjalanan menuju ke sebuah pernikahan tersebut.

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan.Sungguh beruntung orang yang menyucikannya.Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya," (As-syams;8-10)

PILIHAN

Kita punyai pilihan untuk mewujudkan sebuah pernikahan yang penuh berkah.Keberkahan itu tidak bermaksud rumah tangga nya kelak akan aman tanpa menghadapi sebarang masalah dan perselisihan.Namun keberkahan itu membawa maksud Allah akan sentiasa menyertai mereka dalam setiap keadaan,memberi jalan keluar dalam setiap permasalahan yang dihadapi.Justeru perselisihan mendekatkan lagi mereka kepada Allah dan menguatkan lagi ikatan cinta,mawaddah wa rahmah.

Bercinta sebelum nikah atau tidak,jodoh kita yang termaktub di Lauh Mahfuz tetap tidak akan berubah.Bezanya adalah keberkahan dan redha Allah yang akan mengiringi kita apabila kita mengikut apa yang digariskanNya.Bukankah hakikat sebuah pernikahan itu untuk mencapai redha Allah?

October 8, 2010

Hikmah dari Sebuah KCB...

Bismillahi walhamdulillah...

Raya lepas,saya sempat menonton drama KCB Spesial Ramadhan.56 episod tak silap. Ternyata drama ini dikembangkan dengan sangat baik,lebih best daripada filemnya. Keluar daripada sekadar persoalan cinta dan jodoh(walaupun topik itu tetap ada),KCB drama ini turut memaparkan dakwah masyarakat,Ketaatan seorang anak,bagaimana seharusnya kita bersikap terhadap mereka yang ingin membersihkan diri dari dosa,menjaga hati dan bersikap professional.paling menarik ~ berhusnu zhon dengan Allah atas setiap ujian yang didatangkanNya.



Bermula dengan Azzam dan Anna yang diuji keutuhan rumahtangga mereka,kisah berlanjut denga ujian-ujian yang lain.Bukanlah orang yang soleh itu lepas daripada ujian Allah,bahkan merekalah yang paling banyak menerima ujian. Justeru ujian-ujian itu tambah mendekatkan diri mereka kepada Allah.

Saya jadi terharu melihat watak-watak dalam drama ini sentiasa mengadu dan memohon pertolongan Allah dalam tahajjud mereka.Juga ungkapan "Sebaiknya kita semua kembali kepada Allah.."di awal setiap pembicaraan mereka tatkala di uji. Tersentuh apabila dengan mudah hati mereka tunduk dan patuh apabila di bacakan ayat-ayat Allah. Saya jadi teringat pada satu ayat Al-Quran :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka,bertambah keimanan mereka dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal,"
(Al-Anfal;2)


Saya juga sangat tersentuh dengan watak Furqan yang sentiasa taat dan berlembut dengan ibunya,walau sebesar manapun kesalahan yang ibunya lakukan.Jujur,emosi saya jadi terpancing dengan sikap ibunya yang agak keterlaluan,sampai saya jadi bingung dengan kehalusan akhlak Furqan terhadap ibunya.Satu akhlak yang buat saya terkesan,tatkala dipuji akan kejayaan dan akhlaknya,Furqan akan mengatakan :
"Alhamdulillah,itu kerana ibu yang mendidik Furqan dengan baik selama ini,"

Wah,hati ibu mana yang tidak tersentuh dan gembira apabila mendengar ungkapan begitu daripada anaknya.Begitu juga dengan Ust Ilyas dan ibunya. Saya jadi termotivasi untuk berbakti dan berakhlak dengan lebih baik kepada kedua orang tua saya.

Tanpa ada adegan berpegang tangan,usapan atau apa-apa adegan suami isteri yang bukan- bukan,mawaddah wa rahmah serta romantis rumah tangga Azzam dan Anna tetap dapat dirasa.Lama saya mencari drama yang benar-benar boleh menerapkan nilai-nilai islam seperti ini.



Saya boleh jamin sepenuhnya belum ada drama seperti ini di Malaysia.Bukan terlalu memuji,tetap masih ada kelemahannya,cuma saya yakin manfaat dan kebaikannya lebih dominan.Ada drama yang ingin mengangkat tema dakwah,tapi uslub dakwahnya tidak kena,berdua-duaan antara lelaki dan perempuan,malah membuatkan penonton lebih keliru.

Walaupun episod drama ini agak panjang(sehingga roommate saya kata bosan dan meleret,huhu),tapi saya berpuas hati,kerana setiap isu dan tema yang diangkat dikupas dengan baik,sehingga kita boleh mendapatkan hikmah dan ilmu baru dalam setiap episod.Drama di Malaysia biasanya sekitar 20-30 episod,tapi isunya kebiasaanya tergantung dan melompat-lompat.

Mudah-mudahan produksi di Malaysia boleh belajar banyak daripada produksi KCB ini. Untuk warga produksi KCB,tahniah!Teruskan jihad kalian dalam bidang ini.Moga lebih banyak hati-hati yang akan tersentuh melalui keindahan islam yang dipaparkan.Untuk penggemar drama Nur Kasih,Janji Kekasih,Cinta Sempurna, Twilight Saga,etc,silakan menonton drama ini (",)

September 28, 2010

How to be a Good Listener

Bismillahi Walhamdulillah...

One of the best ways to communicate your love to your child is to listen to him. Attentive listening, giving your child your full attention and letting him speak without interrupting or judging, shows respect for your child, and helps to build self-esteem.

It makes a child feel confident that his opinions, interests and thoughts are worth listening to. It encourages him to open up and communicate with you. And it is also one of the best ways of keeping in touch with your child and how he is developing, especially as he goes through the teenage years, when you are likely to be surprised by some of the changes taking place.

 Show that you are interested when he talks. Make eye contact (with smaller children this may mean getting down to their height), face him directly and lean in towards him.

 Be open. Don’t cross your arms or hunch forward in an aggressive way. If your child feels judged before he even starts he’ll clam up.

 Let him finish. Don’t interrupt with your views or interpretations until he’s had his say; if he dries up just ask a few open questions (What? Why? How?) to encourage him to carry on.

 Reflect back what you hear. You can do this by repeating some of the words or phrases your child has used, or his last sentence, or by commenting on his emotional reactions – for example, ‘You seem angry’ – to show him that you understand what he’s telling you.

 Be unshockable. Children often say things for effect, to test your reactions, and shrieking in horror might make him clam up.

Copy & Paste ~

September 26, 2010

Jamuan Raya TCB 2010

Bismillahi walhamdulillah...

Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah..

Sabtu lepas,25 September 2010,TCB telah mengadakan jamuan raya untuk anak-anak didik TCB dan keluarga mereka.Bermula seawal 7.30am,para tea mulai sibuk membuat persiapan akhir. 8.45am,parent mulai datang.

Agenda bermula dengan kata-kata aluan daripada Pn pengerusi,ukht Lily Muliana Mustafa.

Seterusnya slot bersama parent,tapi dek kerana semua penceramah yang dijemput tidak dapat hadir,saya terpaksa memikirkan sesuatu untuk mengisi kekosongan slot tersebut. 4.30am baru dapat idea,huhu,Alhamdulillah. Akhirnya saya memilih untuk berkongsi kupasan sebuah buku ~ Discover Your Child's Learning Style~ karangan Mariaemma Willis & Victoria Kindle Hodson.

Aktiviti diteruskan dengan aktiviti parents~mereka perlu menulis kad untuk anak-anak.







Seterusnya persembahan anak-anak yang paling dinanti,seronok melihat keletah mereka,huhu.Bersemangat para ibubapa merakam aksi anak masing-masing.


ketibaan si kecil untuk persembahan







Selesai persembahan dan pemberian duit raya,para tetamu dijemput menjamu selera. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Terima kasih yang tidak terhingga kepada para tea dan teman-temna yang membantu menjayakan majlis ini.Juga kepada para ibubapa yang begitu supportive,jazakumullahu khayran jazak (",)



September 24, 2010

Bingung..

Bismillahi walhamdulillah...

Bingung
Kembali bingung
Entah di mana silapnya
Entah apa yang tak kena
Kata-kataku di salah tafsir
Tingkahku di nilai tidak ambil tahu
Aku jadi bingung..

Husnu zon
Terus berhusnu zon
ini satu proses
ini ujian untukku
moga jadi kaffarah dosa-dosaku..

Maaf..
maaf..
dan maaf lagi..
aku akan terus begini
selagi Allah redha..

Ya Rabb
Beri aku kekuatan
tunjukkan aku jalan..
Agar aku bisa keluar dari kebingungan ini..

August 31, 2010

Tekanan yang Membantutkan Perkembangan Intelek Anak-anak...

Bismillahi walhamdulillah...

"j...a..., j....a..., jadi bunyi apa?" sang guru bertanya kepada anak kecil berusia 5 tahun itu.(menggunakan kaedah fonik buku Bacalah Anakku)

"ba," jawab si kecil ragu-ragu.

Sang guru mengerutkan alis keningnya.Ini sudah lebih 5 kali dia memberi 'klu' kepada si kecil,tapi jawapan si kecil semakin 'merapu'.

Dia jadi hairan.Sikecil itu bukan tidak tahu membaca,bahkan dia tergolong antara murid yang cerdas dan kini sedang membaca buku 6.Bagaimana tiba-tiba si kecil boleh jadi 'blurr' sebegitu..

Tidak berpuas hati,sang guru lalu menanyakan soalan yang sama pada teman-teman si kecil yang lain.Anehnya,semua memberikan jawapan yang 'merapu'! Sang guru bertambah hairan. Virus apa ini?

Emosi sang guru jadi terpancing.Keningnya tambah berkerut,renungan matanya semakin tajam,suaranya sedikit mengeras.Dia cuba memberi 'klu' lain yang lebih mudah agar anak-anak boleh menjawab dengan tepat,namun jawapan mereka tetap saja tersasar.



***********************

Teman-teman yang dirahmati Allah,

Apa yang dapat disimpulkan daripada kisah di atas?Mungkin anda juga pernah mempunyai pengalaman yang sama baik sebagai ibubapa atau sebagai guru tadika.

Si kecil bukan tidak tahu bahawa j...a...=ja. tetapi memori itu tertutup dek rasa takutnya pada reaksi sang guru.Psikologinya terganggu!Hal ini menyebabkan otaknya tidak dapat mentafsirkan simbol yang dilihatnya.

Kerana itu,sangat penting bagi sang guru untuk menjaga kestabilan emosi dan psikologi si kecil ketika proses pembelajarannya.Jangan dipaksakan.Memang adakala si kecil terlupa,tetapi jangan di tekan dengan mimik muka yang serius,renungan mata yang tajam dan suara yang meninggi.Hal itu sama sekali tidak akan membantu.



Cara sebaiknya,pastikan suasana pembelajaran berjalan dalam keadaan yang santai dan menyeronokkan.Jika berlaku keadaan seperti di atas,sebaiknya sang guru tidak memaksa sang anak untuk mengingati simbol tersebut.Lebih baik ditukar kepada aktiviti lain untuk meredakan ketegangan.Pendidikan anak-anak bukan semata-mata untuk mengejar target piawaian yang ditetapkan.

Pengumuman...

Bismillahi walhamdulillah...

Salam buat teman-teman yang dirahmati Allah.Terdapat dua berita gembira yang ingin disampaikan di sini (",)

1)InsyaAllah TCB akan membuka satu lagi cawangan taska di Taman Ilmu,iaitu di alamat No 1, Jalan Ilmu 2, Taman Ilmu,14300, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

2)Blog Taska Tadika Cinta Bestari telah pun siap.Sebarang perkembangan taska atau tadika kelolaan TCB Ent boleh di ikuti di sini.Berikut adalah alamat blognya :

http://taskacintabestari.blogspot.com

(makluman : Blog taskacinta adalah blog peribadi saya yang memuatkan sekadar pengalaman,cetusan rasa dan aktiviti.Tidak khusus sekadar berkenaan TCB.Cuma akhir-akhir ini,setiap coretan pasti berkisar tentang anak-anak,huhu.)

Sekian untuk makluman teman-teman.Sangat mengharapkan sokongan dan doa dari teman-teman sekalian.Inilah jihad kami,jihad mendidik corak generasi muslim profesional. Moga Allah redha(^^)

August 8, 2010

Mengakrabkan anak dengan Ramadhan..

Bismillahi walhamdulillah..

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dapat ku lalui dengan sempurna…”


Ramadhan menjelang lagi. Kali ini saya sangat mengharapkan anak-anak juga dapat merasakan kedatangan bulan mulia ini. Dapat merasakan aura keberkahannya. Mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya. Sama-sama berlumba menambah amal keranaNya. Tahu apa itu ‘sahur’, ‘puasa’, ‘iftar’, ‘tarawikh’, ‘kurma’, lailatulqadr’ dan berusaha mengaplikasikannya.

High expect?

Saya yakin tidak.Kanak-kanak seusia 4,5 dan 6 tahun sudah perlu dibaja dengan rasa cinta dan rindu akan kehadiran Ramadhan. Meraikannya melebihi meraikan Syawal.

Bagaimana?

Saya banyak mencari malumat dan tips di laman sesawang.Banyak tips yang saya perolehi dari negara seberang. Alhamdulillah. Mungkin Malaysia belum lagi ke arah itu,atau mungkin saya yang tidak jumpa,wallahua’lam.



MENGENALKAN RAMADHAN

Mengenalkan ajaran agama kepada anak usia dini harus disesuaikan dengan perkembangan aspek-aspek psikologisnya, diantaranya perkembangan kemampuan berpikir (kognisinya). Menurut Jean Piaget (seorang Psikolog dari Perancis), semua anak memiliki pola perkembangan kognisi yang sama, yaitu melalui empat tahapan : Sensori – Motor, Pra – Operasional, Konkret – Operasional dan Formal Operasional. Perkembangan kognisi anak usia dini (2-7 tahun) berada pada tahapan berpikir “Pra operasional”. Tahap Pra Operasional adalah tahap dimana anak tidak dapat memahami sesuatu tanpa dipraktekkan terlebih dahulu (Piaget, 1970).

Jadi ibubapa memainkan peranan penting dalam mengenalkan Ramadhan dan menunjukkan contoh bagaimana untuk mempraktikkannya. Jika kita ingin sang anak meraikan Ramadhan ,maka kita perlu lebih dahulu meraikannya.

DR. Abdullah Nashih Ulwan, dalam bukunya yang berjudul Potensi Ruhaniah (Spiritual) Anak dalam Pembentukan Generasi Takwa dan Kreatif membagi lima metode yang harus dilakukan oleh orang tua dalam mengajari anak melakukan kegiatan keagamaan/beribadah. Kelima metode tersebut adalah Keteladanan, Pembiasaan, Pemberian nasihat, Pengawasan dan Pemberian hukuman.

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN

Bermula 27 Syaaban,TCB memulakan kempen ahlan wasahlan Ramadhan. Kami mengadakan taklim untuk para ibu anak didik TCB. Fokus-Mengakrabkan anak dengan Ramadhan. Menjelaskan aktiviti sepanjang Ramadhan untuk anak-anak dan bagaimana peranan ibubapa untuk mengenalkan dan memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti ini.

Satu slot Ramadhan akan diadakan setiap hari selama setengah jam untuk menceritakan tentang Ramadhan – keutamaannya,peristiwa-peristiwa di dalamnya,adab-adab berbuka,sunnah-sunnah nabi di dalamnya. Kandungannya di ambil daripada hadith-hadith sahih,penyampaiannya di olah menjadi lebih menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan kognitif anak-anak.

Ramadhan’s Reward

Satu lagi aktiviti untuk menggalakkan sang anak berpuasa. Satu carta Ramadhan’s Reward dibuat. Sahurnya boleh jadi di rumah atau ketika waktu sarapan di tadika. Waktu berbukanya diberi 3 pilihan. Jika sang anak ingin berbuka ketika waktu rehat(10.00am),dia akan memperoleh 1 bintang. Jika dia ingin berbuka ketika waktu makan tengah hari (12.00pm),dia akan memperoleh 2 bintang. Dan jika sang anak ingin meneruskan berpuasa hingga ibubapanya mengambilnya pada waktu petang(lebih kurang 5.00pm) ,maka dia akan beroleh 3 bintang.

Walaubagaimanapun,semuanya tergantung juga pada kondisi sang anak. Pengamalan kurma sebagai sunnah berbuka juga akan diamalkan,insyaAllah. Konsep kempen Ramadhan ini ialah – motivasi dan penjelasan,bukan paksaan.

CABARAN

Mungkin ada yang akan berkata :
“alah,kecil lagi,jangan dipaksakan,” – memang tiada konsep paksaan.
“budak lagi,apalah yang mereka faham..” justeru kitalah yang perlu memberi kefahaman kepada mereka. Anak-anak ibarat kain putih,kitalah yang perlu mencorakkan mereka. Jika sedari kecil kita telah membiasakan mereka dengan Ramadhan,pasti mereka akan tumbuh membesar sebagai muslim yang alert dengan kehadiran Ramadhan,insyaAllah.
Cabaran bagi saya adalah mentality orang ramai terutama ibubapa jika memandang rendah potensi sang anak. Yakinlah,potensi si cilik sangat besar,syaratnya perlu fahami psikologi mereka dan sesuai cara penyampaiannya.

SEMANGAT

“teacher,esok teah nak puasa,”
“tea,esok Danish nak dapat 3 bintang”
Macam-macam lagi janji yang dilontarkan oleh anak-anak. Penuh semangat,haha. Saya tak sabar menantikan keletah mereka pada 1 Ramadhan, TCB sebagai madrasah Ramadhan bagi anak-anak juga bagi para teacher. Mohon doa,moga Allah redha (“,)

July 9, 2010

Mereka memerlukan penjelasan...

Bismillahi Walhamdulillah..

"tea... nak makan ni.."

Saya terdengar suara Syakir dari belakang,sedang merayu tea Hajar untuk bukakan bungkusan gula-gula.Spontan saya berpaling.Pandangan kami bertemu.Terus Syakir menyorok di sebalik dinding,meninggalkan gula-gulanya pada tea Hajar.Tambah merajuk bila saya minta gula-gula itu daripada tea Hajar.

Saya tersenyum sendiri.

Pertama : Tea Hajar baru sahaja sampai ke tadika.Sedangkan saya telah berada di situ lama,tapi dia tidak minta saya bukakan gula-gula itu.(Syakir tahu tea Izzah sangat strict tentang gula-gula,huhu)

Kedua : Saya hanya memandangnya,nampaknya Syakir memahami maksud pandangan saya(",)- no sweet please!

Akhirnya saya bangun ke arah Syakir,anak kecil berusia 3tahun lebih ini perlu dipujuk dan diberi penjelasan.

Syakir sedang duduk sambil tunduk memandang lantai.Melihatkan air mukanya,saya jadi gelihati(",).Saya menahan tawa,pasti lagi panjang rajuknya jika sampai tawa saya meletus.

"Syakir nak makan gula-gula ke?"

Diam.

Saya perlu mengumpan responnya,baru boleh masuk ke langkah seterusnya.

"Syakir nak makan gula-gula ni ya?Siapa bagi,Aqmar ya?" Saya bertanya sambil menunjukkan gula-gula tersebut.

Ekor mata Syakir melirik bungkusan gula-gula itu,kepalanya mengangguk.Wajahnya masih masam.Saya tersenyum.Next step!

"Cuba tengok gigi Syakir,"(Biasanya saya akan menggunakan cermin compact powder agar si kecil boleh melihat sendiri giginya.Tapi kali ni tak bawa,huhu)

"Tak elok makan gula-gula sangat,nanti gigi Syakir rosak kan,"saya cuba memujuk.

"Taknak...,"Syakir menggelengkan kepalanya.Bukan taknak gigi rosak,tapi taknak dan gelengan kepala yang menunjukkan tidak setuju dengan saya,dalam erti kata lain-dia tetap mahukan gula-gulanya.

Saya tahu dia tidak akan menerima nasihat saya kali ini,mungkin sebab baru bangun tidur,mood tidak berapa baik,jelas pada riak mukanya.

Saya cuba memberikan alternatif.

"ok,apa kata Syakir makan kek,kek besday Teah tadi ada lagi kan?Kek ok sikit.Tapi Syakir kena pilih lah,kalau makan kek,gula-gula ni tea simpan,ok?"

Syakir diam,mula memikirkan tawaran saya.

"Kita makan keklah,sedap,perut pun kenyang.Gula-gula nanti gigi Syakir rosak,ok?"saya menambah hujah.

Perlahan-lahan Syakir menganggukkan kepalanya.Yes!Misi berjaya,alhamdulillah, walaupun terpaksa menggunakan kaedah mengambil mudharat yang paling ringan(kek pun bukan elok sangat,huhu)

Saya masuk ke dalam pejabat untuk menyimpan gula-gula tersebut,tiba-tiba terdengar di belakang saya:

"tea,tea,tak yah makan gula-gulalah,makan kek je,"wajah Syakir tersenyum riang.

Saya tersenyum.

Mudah?

Anda memerlukan kesabaran dan luangkan sedikit masa untuk memberikan penjelasan(",)


stress,huhu

July 6, 2010

Keliru??

Bismillahi walhamdulillah...

Lamanya tak update blog.Sungguh tak berkesempatan.Alhamdulillah dapat curi-curi masa untuk menaip juga.

1 Julai yang lepas,kami dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan SMT Nibong Tebal sempena karnival dan Hari Koperasi Sekolah mereka.Langsung kami masukkan ke dalam agenda aktiviti TCB.

Kami sampai di sana 2 minit sebelum pertandingan bermula.Kanak-kanak di tadika lain semuanya telah bersedia.Hahaha,anak-anak TCB begitu teruja.Ada juga ibubapa yang turut hadir memberikan sokongan.

Selesai menyusun tempat duduk mereka di atas pentas untuk sesi mewarna,semua guru dan ibubapa diarahkan turun dari pentas.Saya merupakan tea yang terakhir turun,hahaha,too worry!

Saya ambil peluang yang ada untuk memerhatikan kanak-kanak dari tadika lain.Tidak sampai 10 minit,anak-anak TCB ada yang mula bangun,mencari tea.Saya bingkas bangun.

"tea,ni nak colour warna apa?"

"tea,nak minum,"

"tea,dah siap,"

"tea,tak larat dah,"

"tea,warna purple tak ada pun"

1001 sebab lagi mereka bangun memanggil tea mereka ni,huhu.Sambil melayan kerenah anak-anak,saya sempat mengerling pada kanak-kanak dari tadika lain.Senyap.Tekun mewarna di tempat masing-masing.Bahkan tiada guru pun yang menemani mereka.Terbit rasa kagum di hati saya.

Bagaimana mereka melakukannya?

Bagaimana anak-anak itu dididik sehingga mampu sedisiplin itu?

Saya jadi keliru seketika.

Adakah naturalnya kanak-kanak seusia 4tahun untuk dapat duduk lama dan fokus?

Ataukah memang ia boleh dididik dan diterapkan?

Saya sangat ingin mengetahui caranya..

Saya pasti mencari jawapannya..


berbaris sebelum bertolak dari tadika,ceria betul,huhu


mengambil tempat untuk pertandingan mewarna


10min pertama,daya pemfokusan masih tinggi,huhu


wakil pemenang dari TCB(^-^)

June 11, 2010

Fieldtrip ke Bukit Merah Ecopark..

Bismillahi Walhamdulillah..

Penat dan puas.

Ungkapan paling tepat untuk menceritakan perjalanan kami ke Bukit Merah Ecopark semalam.Pertama kali membawa anak-anak TCB ke luar kawasan Penang,perkara yang paling dirisaukan pasti- KESELAMATAN.

Alahmdulillah segalanya berjalan lancar.Kehadiran beberapa orang ibubapa turut memeriahkan suasana.Seronoknya melihat gelak tawa dan kegembiraan mereka,terubat rasa penat(",)

Kami berkonvoi menaiki sebuah van,sebuah Avanza dan Viva.Dua buah keluarga mengikut dari belakang dengan kenderaan masing-masing.Bertolak dari TCB pada pukul 9.30 pagi,kami sampai ke Bukit Merah pada pukul 10.15 pagi.Selesai tea Hajar menyelesaikan urusan tiket di pejabat jualan(lama menunggu,sampai 11.00pagi,huhu),kami langsung ke Animal Show di Ecopark.


trip yang menaiki van


menunggu tea Hajar


berjalan kaki ke Ecopark


menonton animal show

Selesai animal show,kami dibawa oleh seorang petugas mengelilingi Ecopark.Membawa anak-anak seramai 13 orang,rasanya Ecopark riuh dengan kehadiran kami,haha. Anak-anak dibahagikan kepada 3 kumpulan,setiap tea perlu mengawal 4 - 5 anak-anak dalam satu kumpulan.













Selesai mengelilingi Ecopark,sudah pukul 12 tengah hari.Sudah ternampak riak keletihan di wajah anak-anak.Letih dan lapar. Kami bergegas mencari port untuk makan tengah hari.


lunch hour,yeay!!


stress!!huhu



Selesai makan tengah hari,seperti baru di cas,masing-masing kembali aktif.Kami menjalankan pula pertandingan mewarna.Bermacam-macam gaya dan rupa,huhu.




antara ibubapa yang hadir

Selesai penyampaian hadiah,kami bergegas berkemas dan bertolak pulang.Alahmdulillah selamat sampai dan segalanya berjalan lancar(",)