July 9, 2010

Mereka memerlukan penjelasan...

Bismillahi Walhamdulillah..

"tea... nak makan ni.."

Saya terdengar suara Syakir dari belakang,sedang merayu tea Hajar untuk bukakan bungkusan gula-gula.Spontan saya berpaling.Pandangan kami bertemu.Terus Syakir menyorok di sebalik dinding,meninggalkan gula-gulanya pada tea Hajar.Tambah merajuk bila saya minta gula-gula itu daripada tea Hajar.

Saya tersenyum sendiri.

Pertama : Tea Hajar baru sahaja sampai ke tadika.Sedangkan saya telah berada di situ lama,tapi dia tidak minta saya bukakan gula-gula itu.(Syakir tahu tea Izzah sangat strict tentang gula-gula,huhu)

Kedua : Saya hanya memandangnya,nampaknya Syakir memahami maksud pandangan saya(",)- no sweet please!

Akhirnya saya bangun ke arah Syakir,anak kecil berusia 3tahun lebih ini perlu dipujuk dan diberi penjelasan.

Syakir sedang duduk sambil tunduk memandang lantai.Melihatkan air mukanya,saya jadi gelihati(",).Saya menahan tawa,pasti lagi panjang rajuknya jika sampai tawa saya meletus.

"Syakir nak makan gula-gula ke?"

Diam.

Saya perlu mengumpan responnya,baru boleh masuk ke langkah seterusnya.

"Syakir nak makan gula-gula ni ya?Siapa bagi,Aqmar ya?" Saya bertanya sambil menunjukkan gula-gula tersebut.

Ekor mata Syakir melirik bungkusan gula-gula itu,kepalanya mengangguk.Wajahnya masih masam.Saya tersenyum.Next step!

"Cuba tengok gigi Syakir,"(Biasanya saya akan menggunakan cermin compact powder agar si kecil boleh melihat sendiri giginya.Tapi kali ni tak bawa,huhu)

"Tak elok makan gula-gula sangat,nanti gigi Syakir rosak kan,"saya cuba memujuk.

"Taknak...,"Syakir menggelengkan kepalanya.Bukan taknak gigi rosak,tapi taknak dan gelengan kepala yang menunjukkan tidak setuju dengan saya,dalam erti kata lain-dia tetap mahukan gula-gulanya.

Saya tahu dia tidak akan menerima nasihat saya kali ini,mungkin sebab baru bangun tidur,mood tidak berapa baik,jelas pada riak mukanya.

Saya cuba memberikan alternatif.

"ok,apa kata Syakir makan kek,kek besday Teah tadi ada lagi kan?Kek ok sikit.Tapi Syakir kena pilih lah,kalau makan kek,gula-gula ni tea simpan,ok?"

Syakir diam,mula memikirkan tawaran saya.

"Kita makan keklah,sedap,perut pun kenyang.Gula-gula nanti gigi Syakir rosak,ok?"saya menambah hujah.

Perlahan-lahan Syakir menganggukkan kepalanya.Yes!Misi berjaya,alhamdulillah, walaupun terpaksa menggunakan kaedah mengambil mudharat yang paling ringan(kek pun bukan elok sangat,huhu)

Saya masuk ke dalam pejabat untuk menyimpan gula-gula tersebut,tiba-tiba terdengar di belakang saya:

"tea,tea,tak yah makan gula-gulalah,makan kek je,"wajah Syakir tersenyum riang.

Saya tersenyum.

Mudah?

Anda memerlukan kesabaran dan luangkan sedikit masa untuk memberikan penjelasan(",)


stress,huhu

July 6, 2010

Keliru??

Bismillahi walhamdulillah...

Lamanya tak update blog.Sungguh tak berkesempatan.Alhamdulillah dapat curi-curi masa untuk menaip juga.

1 Julai yang lepas,kami dijemput untuk menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan SMT Nibong Tebal sempena karnival dan Hari Koperasi Sekolah mereka.Langsung kami masukkan ke dalam agenda aktiviti TCB.

Kami sampai di sana 2 minit sebelum pertandingan bermula.Kanak-kanak di tadika lain semuanya telah bersedia.Hahaha,anak-anak TCB begitu teruja.Ada juga ibubapa yang turut hadir memberikan sokongan.

Selesai menyusun tempat duduk mereka di atas pentas untuk sesi mewarna,semua guru dan ibubapa diarahkan turun dari pentas.Saya merupakan tea yang terakhir turun,hahaha,too worry!

Saya ambil peluang yang ada untuk memerhatikan kanak-kanak dari tadika lain.Tidak sampai 10 minit,anak-anak TCB ada yang mula bangun,mencari tea.Saya bingkas bangun.

"tea,ni nak colour warna apa?"

"tea,nak minum,"

"tea,dah siap,"

"tea,tak larat dah,"

"tea,warna purple tak ada pun"

1001 sebab lagi mereka bangun memanggil tea mereka ni,huhu.Sambil melayan kerenah anak-anak,saya sempat mengerling pada kanak-kanak dari tadika lain.Senyap.Tekun mewarna di tempat masing-masing.Bahkan tiada guru pun yang menemani mereka.Terbit rasa kagum di hati saya.

Bagaimana mereka melakukannya?

Bagaimana anak-anak itu dididik sehingga mampu sedisiplin itu?

Saya jadi keliru seketika.

Adakah naturalnya kanak-kanak seusia 4tahun untuk dapat duduk lama dan fokus?

Ataukah memang ia boleh dididik dan diterapkan?

Saya sangat ingin mengetahui caranya..

Saya pasti mencari jawapannya..


berbaris sebelum bertolak dari tadika,ceria betul,huhu


mengambil tempat untuk pertandingan mewarna


10min pertama,daya pemfokusan masih tinggi,huhu


wakil pemenang dari TCB(^-^)