October 31, 2009

kuantan 2..

Bismillahi Walhamdulillah

“what is that, girl?” tanya seorang ibu suatu hari kepada anak saudara nya.
“it’s a butterfly,”jawab anak kecil yang sedang bermain dengan sebuah rama-rama plastic. Kanak-kanak itu bersekolah di sebuah tadika X. Tadika itu memang terkenal dengan kehebatan modulnya.
“why you have to hold it? ” tanya si ibu lagi.
“Because it can’t fly on its own,” jawab si anak bijak.
“Why it can’t fly on its own?
“Because it’s a plastic butterfly,”
“But why a plastic butterfly can’t fly on its own?,” tanya si ibu saudara lagi, ingin menguji.
Diam. Anak kecil itu tidak dapat memberikan jawapan. Lantas si ibu memanggil anak lelakinya yang berusia 5 tahun, setahun muda daripada kanak-kanak perempuan tersebut.
“Aslam, you know what is this?” tanya si ibu.
“it’s a plastic butterfly, ibu,” jawab si anak.
“Can it fly on its own?
“No, it can’t,”
“Why can’t it fly on its own?” si ibu menguji dengan soalan yang sama.
“Because it’s a man’s creature.”
“How about the real butterfly. Can it fly on its own?”
“Yes,”
“Why?”
“Because Allah create it,”jawab si anak yakin.

Em,kurang lebih begitulah dialog antara ibu dan anak tersebut. Ini kisah benar. Bukan rekaan saya. Sekarang, saya minta anda berhenti membaca sejenak. Fikirkan apa kesimpulan daripada dialog di atas. Ambillah sekurang-kurangnya 10 saat untuk berfikir.

Sudah? Sekarang mari kita kongsikan pendapat. Ini pendapat saya. Kalau yang terlintas di fikiran anda berbeza dengan apa yang saya fikirkan, sila tinggalkan pendapat anda ya. Pada saya, Aslam dapat membezakan antara keterbatasan ciptaan manusia dengan kesempurnaan ciptaan Allah. Antara kelemahan manusia dan kehebatan Allah. Tauhid Rububiyah!

Itu yang saya belajar di sini. I-LIFT sangat menekankan aqidah – bukan hafazan, tapi kefahaman dan keyakinan. Konsep syahadah diperkenalkan dan ditekankan sungguh-sungguh sebelum rukun solat, puasa,zakat, dan haji. Teringat semasa di sekolah rendah dulu, saya tidak pernah belajar tentang rukun syahadah. Saya Cuma belajar tentang lafaz syahadah. Kemudian langsung belajar tentang solat, puasa dan zakat. Apabila bertemu dengan isu seperti anak bunian, meramal menggunakan buah limau nipis dan sebekas air, atau meramal dengan menggerakkan biji tasbih, hati saya menolak, tapi saya tidak punya hujah. Ini pengalaman saya semasa di sekolah rendah.

Saya bukan ingin mempromosikan modul I-LIFT di sini. Tapi saya ingin bercakap tentang konsep pendidikan awal yang seharusnya di tanam pada anak-anak kita. Ya,anak-anak kita. Kalau anda masih belum berumah tangga, anda tetap perlu tahu dan ambil tahu. Kenapa? Kerana satu hari anda akan melalui fasa ini. Kerana anda mungkin mempunyai adik-adik yang masih kecil. Atau anda mempunyai anak-anak saudara yang masih kecil. Atau anda mempunyai jiran-jiran yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Dan lebih penting dari itu, semua anak-anak muslim juga adalah saudara anda.

“Sesungguhnya orang – orang mukmin itu bersaudara…,” (Al-Hujurat ; 10)

Penjelasan, perbualan dan soal-jawab dengan anak-anak akan sangat membantu perkembangan minda dan menguji keteguhan keyakinan mereka. Saidina Umar juga pernah menguji seorang budak yang mengembala kambing. Beliau cuba menguji kejujuran dan keyakinan anak itu dengan memujuknya menjualkan seekor kambing kepadanya. Anak itu menolak kerana kambing-kambing itu milik tuannya. Apabila saidina Umar mengatakan yang tuannya tidak akan tahu, dengan yakin anak itu menjawab :

“fa aina Allah?”- (maka di manakah Allah?)

Subhanallah!

October 27, 2009

coretan dari Kuantan

bismillahi walhamdulillah..

Tiba-tiba jadi mati idea. Semalam saya rasa tak sabar-sabar hendak ke cc, mencoretkan setiap pengalaman pada hari pertama bersama Al-Wahidah.Sangat menarik!

Sampai di Kuantan sekitar pukul 6.00 pagi Isnin, saya langsung di ambil oleh K.min, Head of Academic and Student affairs Madrasah Al-Wahidah. Saya ke rumahnya terlebih dahulu,untuk mandi dan bersiap. Di sana saya bertemu dengan k.siti-partner saya untuk kursus I-LIFT kali ini. Bekerja di Damansara, K.Siti datang di bawah nama MKLC(Mutiara Kafa Learning Centre). Dalam pukul 11.00 pagi, kami mendapat satu slot pengisian khas daripada En Mohd Nasaruddin Yahya,chairman untuk Madrasah Al-Wahidah dan KH Asna Education sdn bhd. Pengenalan awal sebenarnya tentang program I-LIFT ini, tapi pada saya- ia sarat dengan imbasan semula hakikat penciptaan kita di muka bumi ini, amanah yang terpikul di bahu kita. Tujuan dan target utama dakwah yang ingin dibawa oleh program I-LIft- tarbiyatul aulad. Menanamkan basic aqidah yang mantap dalam diri anak-anak seawal usia dini.

I - islamization of knowledge
L - learning through experiment
I - integrative learning
F - five senses stimulation
T - total child development

Bayangkan anak-anak seawal usia 7 tahun sudah dibiasakan mencari dalil di dalam Al-Quran. Dibiasakan dengan sunnah-sunnah nabi.Berusia 11 tahun sudah boleh mengaitkan meminta kepada bomoh termasuk syirik.Dan pelbagai contoh masalah aqidah yang dikaitkan dengan isu semasa sekarang. Usia 11 tahun, saya masih dengan dunia komik saya.Pengetahuan tidak sebatas ilmu, tapi sangat menitik beratkan kefahaman yang membawa kepada amal.

Terlalu banyak sebenarnya untuk saya coretkan, tapi masa amat terbatas. InsyaAllah saya akan cuba mencari-cari waktu untuk berkongsi dengan anda. Apa yang pasti, saya rasa sangat teruja,rasa semakin berkobar semangat untuk meneruskan bidang tarbiyatul aulad ini, bukan bermaksud apa yang ada di sini perfect, Al- Wahidah juga masih dalam proses R&D untuk menambah baik lagi formula mereka. Saya sangat bersyukur kerana ada segolongan muslim yang sungguh-sungguh berjihad dalam bidang ini. Mudah - mudahan akan banyak manfaatnya.Alhamdulillah, berbekal sedikit pengalaman di taska, banyak yang saya dapat 'merge'kan

Masa semakin pantas berlau,jujur, saya kadang- kadang agak risau. Memohon kekuatan dan pertolongan Allah untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita saya dan teman-teman untuk menubuhkan tadika, bukan sekadar tadika, tapi tadika yang mentarbiyah anak-anak muslim kita. Biar bagaimana pun ibubapa mereka, bagaimana pun generasi kita kini, tapi anak-anak yang fitrah itu punya benteng yang tidak akan ditembusi oleh insecticide perosak aqidah.

Kepada teman-teman seperjuangan, bersabarlah dan teguhkanlah kesabaran. Kita akan sangat memerlukan ketahanan mental dan emosi. Keteguhan tekad berdasar niat dan tujuan yang jelas. Yang akan ditampung dan sentiasa di suburkan kembali oleh Hablumminallah. Jagalah Allah, Allah kan menjagamu. Allah kan menolongmu bila kau menolong agamaNya. Yakinlah, kita sedang melakukan satu kerja besar, untuk ummat, mudah-mudahan diterima Allah. Akhwati fillah, doakan kami, doakan segalanya berjalan lancar.Apa yang kami lakukan bukan untuk diri kami,bukan milik kami, segala-galanya dari Allah, milik Allah, untuk Allah. Berharap manfaatnya untuk ummah. Tolonglah doakan kami..

October 25, 2009

Autisme

Sebulan Syawal,saya bersama-sama guru taska yang lain- teacher Rika, teacher Intan,teacher Aisyah- mengambil peluang berziarah ke rumah anak-anak taska kami. Hampir setiap hujung minggu kami keluar beraya. Saya mengambil peluang ini menggunakan serampang tiga mata- mengeratkan ukhwah dengan teman sekerja, mengeratkan ukhwah dengan keluarga anak-anak taska dan melihat sendiri kehidupan sosial anak-anak taska di rumah mereka. Tujuan ketiga merupakan tujuan utama saya dalam misi ziarah raya ini.

Alasannya mudah, didikan awal anak-anak bermula di rumah. Rumah adalah madrasatul ula mereka. Ibubapa adalah pembimbing pertama mereka. Jika Aiman sangat mengagumi kehebatan Ultraman sebagai wiranya, saya sangat ingin mengetahui bagaimana fikrah Ultraman tersebar di rumahnya. Saya tidak mengatakan apa-apa, masih dalam proses memerhati dan mengkaji. Kepribadian anak-anak perlu dibentuk sejak kecil, kerana itu didkan awal sangat penting.

Ibubapa pasti memainkan peranan mereka, cuma saya ingin mencari formula bagaimana institusi-institusi yang terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika, nurseri berperanan mendidik anak-anak ini. MENDIDIK, bukan sekadar MENGASUH iaitu sekadar memastikan aktiviti hariannya lengkap - makan, minum dan tidur. Kerana itu saya nekad menceburkan diri dalam bidang ini.

Em,kita akan berbincang di lain masa tentang formula tersebut. Saya cuma ingin berkongsi tentang sejenis penyakit yang menyerang kanak-kanak. AUTISME. pernah dengar? Pernah tahu tentang penyakit ini? Salah seorang anak taska saya mempunyai kakak yang menghidap penyakit ini. Saya dapat tahu setelah berziarah raya ke rumahnya. Saya jadi berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit ini. Tapi cuma dapat copy paste daripada wikipedia. Sesiapa ada maklumat lanjut, mohon beritahu saya ya. Di bawah ada sedikit maklumat tentang penyakit ini;

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.

Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America": http://www.autism-society.org/site/PageServer ). Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now").

Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak.
Sindrom Asperger dipercayai sebagai bentuk autisme fungsi tinggi, tetapi ini bukanlah sentiasa benar. Perbezaan utama antara sindrome Kanner, dengan autisme klassik, dan sindrome Asperger adalah Asperger tidak mempunyai kelewatan jelas dalam pertuturan, dan kecergasan adalah biasa atau lebih. Dalam autisme Kanner terdapat kelewatan jelas dalam pertuturan dan biasanya mempunyai kecergasan rendah dari kebiasaan . Autisme Kanner dengan IQ<80 dirujuk sebagai "fungsi rendah autisme", sementara sindrome Kanner dengan IQ>80 dikenali sebagai "autisme fungsi tinggi".

Pandangan lain mengenai kecacatan ini adalah autisum adalah berterusan on a continuum, dengan itu boleh juga dikenali sebagai masalah spektrum autistik autistic spectrum disorder. Masalah berterusan ( continuum ) lain yang berkait adalah Kegagalan Integrasi Deria ( Sensory Integration Dysfunction ) yang berkaitan dengan bagaimana cara kita menyelaras maklumat yang kita terima daripada deria kita. Autism, Sindrom Asperger, dan Kegagalan Integrasi Deria adalah berkait rapat dan saling bertindan.

Sesetengah individu yang berjaya dipercayai mengalami autism pada peringkat tertentu. Bagaimanapun, autism lebih kerap di dapati pada individual yang mempunyai permasalahan pembelajaran learning disabilities.
Terdapat dua jenis autism utama, autism regresif dan autism awal bayi ( early infantile autism ). Autism awal bayi hadir semasa kelahiran sementara autism regresif bermula ketika berusia 18 bulan.

Terdapat lonjakan dalam kes yang dilapurkan sedunia tentang kes autism pada 10 tahun terakhir. Terdapat banyak spekulasi mengenai mengapa ini berlaku, tanpa sebarang bukti khusus yang menyokong theori tertentu. Bagaimanapun, kajian telah menolak spekulasi bahawa peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan dalam kaedah diognistik.
Pada abad terakhir, populasi di Amerika Syarikat meningkat 13%. Terdapat peningkatan dalam kecacatan tidak berkait dengan autism sekitar 16%. Peningkatan kadar autism pula adalah 173%.

Beberapa perkara perlu disebutkan di sini adalah:
• fenomena idiot savant kadang-kala dilihat pada mereka yang mempunyai autism
• autism, asperger semakin kerap dianggap sebagai keupayaan masyarakat yang berterusan ( continuum of social capability ).
• penyelidikan terkini (kontrovesi) di UK mencadangkan kemungkinannya terdapat kaitan antara autism dan vaksin MMR
• analisa autism sebagai kebutaan minda ( mind blindness" ) -- ketidak mampuan mencipta model fikiran orang lain. Contoh biasa adalah "where does X look for the object they stored, but which was moved by Y" -- see theory of mind
• terdapat dakwaan terkini bahawa autism kemungkinannya didorong oleh keracunan logam berat/logam raksa (tiada sokongan dalam penulisan perubatan utama.?)
• increasingly common claims of sucessful treatment of autism in children with the gluten-free, casein-free diet & mercury chelation therapy
• RDI is a treatment program targeting the core social/relationship deficits of autism

sumber ; wikipedia

kenapa saya menulis...

Dulu,saya suka menulis. Untuk meluahkan apa yang ada dalam hati saya. Benci,geram,suka,sedih,marah,menyesal,semuanya saya coretkan. Saya tak suka bercerita kepada orang lain. Entah kenapa. Setiap kali berhadapan masalah, saya cuma akan mengadu,mengadu pada Rabb saya. Kemudian saya akan menulis. Seolah-seolah masalah itu selesai apabila saya selesai menulis. Cuma baru-baru ini saya belajar meluahkan, setelah bertemu jalan buntu! Andai tulisan itu satu luahan kemarahan dan kekecewaan, saya akan gumpalkan dan saya buang. Dengan harapan kemarahan dan kekecewaan itu akan hilang. Saya tidak ingin menyimpan dendam. Saya ingin memaafkan. Alhamdulillah taktik ini agak membantu. Saya harap Allah tidak menarik nikmat yang satu ini-nikmat memaafkan. Anda doakan saya ya. Andai tulisan itu satu luahan penyesalan atau kesyukuran, saya akan simpan. Untuk saya baca semula sebagai peringatan dan motivasi untuk diri sendiri. Dan kemudian saya akan senyum sendiri.

Kenapa saya mewujudkan blog ini?

Tujuan asal saya hanya untuk 'transfer' cara saya meluahkan isi hati dan pendapat. Daripada menulis,kepada menaip. Tapi saya tidak puas, tidak sepuas saya menulis sebelum ini. Saya juga sekadar update blog mengikut mood,tanpa satu mission yang jelas dan pasti. Sehinggalah baru-baru ini ada beberapa teman yang bertanya mengapa saya tidak mengupdate blog. Saya hanya tersenyum sambil menjawab "Tak sempat". Teman pertama bertanya, saya anggap biasa-biasa saja. Apabila ada lagi yang bertanya, saya mula berfikir - adakah sesuatu yang Allah ingin sampaikan pada saya? Lalu saya kembali me'review' niat asal saya melibatkan diri dengan dunia blog ini.

Niat

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْه (متفق عليه
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khaththab radhiyallahu anhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. (HR Bukhari-Muslim).

Mungkin niat asal saya sahaja sudah pincang. Saya mula terfikir, alangkah ruginya jika saya sekadar 'ikut mood' dan ala kadar sahaja setelah Allah membukakan satu lagi medan beramal untuk saya. Kalau saya menggunakan sekadar 20% - 30% usaha, maka apa yang akan Allah balasi? Belum lagi bercakap tentang ikhlas. Takut-takut langsung tidak dipandangNya nanti,naudzubillahi min zalik! Saya ingin setiap detik hidup saya bernilai ibadah di sisiNya, sekali lagi saya mohon doa anda semua,semoga para malaikat akan mendoakan anda apabila anda mendoakan saya dan mengaminkan doa kita semua.

Jadi mulai saat ini, saya ingin benar-benar menjiwai dan memaknai apa yang saya coretkan di sini, sepenuh hati saya. Anda mungkin sudah bermula, mohon bantu saya ya.

Jujur

Saya ingin jujur. Jujur kepada Allah, jujur kepada diri saya sendiri, dan jujur kepada anda. Saya tidak ingin mempamerkan yang baik-baik sahaja di sini. Mungkin kerana itu saya rasa tidak puas. Bukan bermaksud saya ingin mencoretkan yang buruk-buruk, tapi mengharapkan sedikit masukan dan pendapat untuk memperbaiki sisi kelemahan saya. Bagi yang mengenali saya, anda mungkin akan menjumpai sisi peribadi saya yang anda tidak pernah tahu ada pada saya selama ini.

Kurang rajin.

Saya tidak mahu menggunakan istilah malas. Ia terlalu negatif dan gambaran seorang yang memang tidak mempunyai kemahuan. Saya mahu, cuma masih lemah dalam management masa. Saya juga sangat tidak rajin meluangkan masa lama untuk melayari internet, mengirimkan artikel-artikel ilmiah ke blog ini, menyelitkan hujah-hujah dan dalil , dan yang sewaktu dengannya. Saya suka membaca artikel-artikel ilmiah, tapi untuk mengirimkannya, entahlah, walaupun saya tahu ia sangat penting. Satu kebiasaan yang sangat perlu di ubah, saya akan ubah, Insyaallah. Untuk kali ketiganya, doakan saya ya.

Saya cuba untuk kembali pada track asal - aktif di lapangan blog kerana Allah. Bagi yang telah berada di atas track, bantulah saya. Bagi yang masih di luar track, marilah kembali kepada track asal. Moga setiap gerak jari kita di atas papan kekunci ini dinilai ibadah di sisiNya. Saya sangat berharap medan blog ini akan menjadi medan tarbiyah saya yang kedua selepas Taska Cinta Bestari.

October 15, 2009

Maafkan teacher...

Petang tadi,aku renung wajah Hakim dalam-dalam. Seolah mengerti,dia membalas pandanganku,lalu tersenyum. Aku kembali tersenyum..

"Awak tidur perlukan bantal tak,lately?"
"saya memang selalu tidur tak pakai bantal, doktor"jawabku.
"ok.kalau masalah yang berkaitan jantung,biasanya dia perlukan bantal untuk alas kepalanya,"terang doktor.

Aku mengangguk faham,satu info baru. Lalu doktor memeriksa bahagian perut,dada dan bahagian belakangku dengan lebih teliti untuk mengenal pasti punca aku merasa sukar untuk bernafas. Alhamdulillah doktor perempuan,itupun aku dah rasa cukup segan.

"em,jantung awak ok,peparu pun clear,cuma ada gas sedikit pada bahagian perut,"terang doktor.
"tapi gas pada perut tu tak efek apa-apa pada pernafasan kan doktor," aku terfikir apa kaitan antara perut dan pernafasan. Doktor mengangguk setuju.

"jadi kenapa saya rasa sukar bernafas. Dada pun mula rasa sakit,tapi tak selalu dan sengal pada bahagian belakang,"

Diam.

"Awak ada rasa stress akhir-akhir ni?"
Aku tersenyum,hampir tergelak,tak memerlukan masa yang lama untuk aku menjawab 'tidak' bagi soalan tersebut.

Akhirnya,setelah berborak agak lama,doktor menasihatkan aku untuk tidak travel jauh dengan menunggang motosikal kerana ada tendency untuk aku menghidap asma. Kesimpulan yang aku buat sendiri pula,tak dijumpai sebarang bukti klinikal kenapa aku merasa sukar untuk bernafas. Jadi tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi ketika jari-jari ini sedang rancak menaip ,aku masih rasa sulit untuk bernafas,dada dan bahagian belakangku sedikit sakit,kenapa ya?Entah.

Pulang dari klinik tadi,seharian aku berfikir apa sebenarnya mesej yang ingin Allah sampaikan. Maha Suci Allah,tak mungkin Dia mentakdirkan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmah dan pelajaran yang perlu digali. Aku renung wajah anak-anak di taska satu-persatu,biasanya inilah yang pertama sekali aku akan lakukan bila merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tak tahu kenapa,seperti ada ketenangan dan jawapan pada wajah-wajah mereka. Pandanganku terhenti pada Hakim. Bayi inikah yang menjadi asbab ujian Allah atasku kali ini?

Aku akui,akhir-akhir ini aku banyak berlaku kurang adil dengan Hakim. Karenahnya kadang-kadang membuatkan aku gagal menekan butang 'pause' walau ku cuba dan ku cuba lagi. Adakah ini teguran Allah untukku,peringatan agar aku kembali memaknai dan menjiwai erti ihsan. Amaran agar aku bersikap ihsan terhadap hamba yang dipeliharaNya,yang suci bersih dari dosa. Maafkan teacher Hakim.. Astaghfirullah..benarlah,medan bercakap tidak sama dengan medan beramal. Merasakan muraqabatullah dan ihsanullah,bersikap ihsan terhadap anak-anak di taska,teman serumah,rakan sekerja,akhwat.. meletakkan ihsan dalam setiap amal,kecil atau besar,formal atau tidak,nyata tidak semudah melafazkan erti ihsan dari hadith 2 matan arbain Imam Nawawi. Astaghfirullah..berikanlah aku rahmat dari sisiMu dan kurniakanlah aku petunjuk dalam setiap urusanku ya Rabb..

Aku tidak mengirim coretan ini untuk menceritakan perihal kesihatanku,bukan juga untuk meraih simpati. Tetapi aku ingin mengajak sesiapa yang sudi singgah di blog ini untuk sama-sama merenungkan erti hikmah dan tarbiyah Allah,erti peringatan dan kasih sayang Allah yang sebahagian besarnya tidak kita temukan dalam halaqah mahupun program. Tapi kita akan temui dalam madrasatul hayah kita,tarbiyah Allah secara langsung atas kita. Setiap ujian Allah itu mungkin menjadi rahmat dan mungkin juga menjadi musibah atas kita. Tergantung bagaimana kita menggali hikmahnya dan mohonlah rahmat sentiasa padaNya.

Buat yang merisaukan diri ini,jzklh khyrn jzk,jangan risau,aku pasti akan menjaga sebaik-baiknya jasad pinjaman dari Allah ini,keranaNya(",). Teringat rangkap lagu yang diperkenalkan oleh teman serumah yang ku cintai keranaNya(mohon maaf andai selalu menyakiti),jom hayati bersama..

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’aku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yg kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi....Muhasabah cintaku..

October 13, 2009

Tarbiyah bukan untuk menjadikan kita lebih lemah

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (Al Ankabut : 69)

Forest Gump adalah seorang anak yang cacat kaki dan harus berjalan tertatih-tatih dengan menggunakan alat bantu. Di sisi lain, ia menjadi seorang anak yang terbelakang mental dan sulit untuk berbicara. Kondisi ini membuat Forest menjadi minder di kalangan teman-temannya dan selalu menjadi bahan cemoohan.Suatu saat, karena hal yang tidak diduga-duga, sekelompok anak-anak nakal mencoba untuk melukai dan meneror Forest Gump. Forest dilempar batu, dan ia terpaksa harus tertatih-tatih berlari supaya tidak dihajar oleh anak-anak tadi. Dengan kaki kesakitan, ia terus berlari ..... berlari ...... dan.....berlari, tak peduli cemoohan orang-orang yang ada di belakangnya. Ia bisa memotivasi diri sendiri, sehingga keajaiban pun terjadi. Kakinya yang cacat dan harus mengenakan alat bantu, menjadi sembuh dan seketika itu juga, ia mampu berlari karena ia percaya bahwa motivasi melebihi segalanya, bahkan cacat fisik sekalipun. Bahkan sejak saat itu, ia tidak berhenti berlari, sampai orang mengenalnya sebagai manusia dengan kecepatan lari yang luar biasa. MOTIVASI telah mengubah kehinaan menjadi kemuliaan.

Syaikh Ahmad Yasin, adalah seorang pejuang keadilan sejati bagi rakyat Palestina. Ia bukan apa-apa, selain seorang tua renta yang hanya duduk di kursi roda. Ia cacat kaki, tangan dan pendengarannya sedikit terganggu, karena siksaan yang harus ia terima dari penjajah Israel akibat keteguhan sikapnya memperjuangkan kemerdekaan rakyat Palestina. Tapi cacatnya bukan halangan bagi dia untuk beralasan mundur dari dakwah dan jihad. Syaikh Ahmad Yasin percaya, bahwa perjuangannya membebaskan rakyat Palestina dari penjajahan adalah bagian dari ibadahnya kepada Allah SWT. Dengan tertatih-tatih duduk di kursi roda, ia mampu menggerakkan hampir 2 juta hati pemuda belia Palestina, untuk bergabung dengan gerakan perlawan Islam yang dimotori oleh HAMAS. Perjuangannya dan sumbangsihnya untuk Islam ia akhiri dengan kemuliaan sebagai seorang syuhada, saat rudal helikopter Apache menghancurkan jasadnya, selepas ia menunaikan shalat subuh di kota Gaza.

Itulah sekelumit orang-orang yang tidak pernah merasa putus asa dengan dirinya sendiri. Masih banyak cerita sukses orang lain yang tak jauh berbeda. Tapi, bagaimana dengan kita ? Saat ini, kondisi kita jauh lebih nyaman, lebih mapan dan lebih sehat dari Forest Gump atau Syaikh Ahmad Yasin. Namun, apakah sumbangsih yang telah kita berikan untuk orang lain ? Untuk dakwah Islam, terutama. Pertanyaan-pertanyaan ini harusnya menjadi motivasi bagi kita, untuk lebih bersungguh-sungguh dalam menjalani Tarbiyah Islamiyah berikut segala hal yang mendukung keberhasilannya. Kita tidak harus berpeluh-peluh berlari untuk menghindari ancaman rudal Apache saat akan berangkat liqo, karena Malaysia sampai saat ini masih aman-aman saja. Kita juga tinggal men-starter motor kita saat amanah memanggil kita, tanpa harus berjalan tertatih-tatih menghindari keroyokan anak-anak nakal, sebagaimana Forest Gump.

Kita juga tidak harus bersusah-susah mencari penghasilan tambahan, karena segala kebutuhan kita masih bisa dicukupi oleh orang tua kita. Dan kita masih bisa beristirahat dan tertidur nyenyak, tanpa gangguan dari suara peluru dan butiran-butiran bom cluster yang dijatuhkan Amerika di Irak dan Afghanistan.Apa artinya ? Artinya, kita punya modal awal yang JAUH LEBIH BESAR, LEBIH BANYAK DAN LEBIH BERKUALITAS dari yang dimiliki oleh seorang Forest Gump atau Syaikh Ahmad Yasin. Lalu, apa yang membuat kita menunggu untuk menjadi orang yang lebih sukses dari mereka ? Bisakah kita menjadi orang yang lebih hebat dari mereka ?Tentu bisa ! Dengan terus menjalani tarbiyah dan beramal. Tarbiyah tanpa amal akan berujung pada kebosanan (jumud), dan amal tanpa tarbiyah akan berujung pada futur (melemah semangat keislamannya). Tarbiyah bukanlah sebuah beban. Seharusnya, tarbiyah menjadikan seorang muslim menjadi lebih hebat, karena ia mampu mengoptimalkan semua potensi yang ia miliki dan meminimalisir kelemahan yang ada pada dirinya. Sebagaimana Bilal yang menjadi andalan Rasulullah, padahal ia seorang budak. Sebagaimana Umar yang menjadi khalifah kedua, padahal tadinya ia preman yang kejam. Dan sebagaimana Abu Dzar Al Ghifari yang menjadi penasihat khalifah, padahal ia seorang yang zuhud dan miskin. Sudahkah menjadi renungan bagi kita ?

sumber : paksi.net

Rasa-rasa

Kita hidup sebagai seorang manusia yang tidak pernah terpisah daripada perasaan. Kita akan sentiasa merasa-rasa sepanjang kehidupan. Ini bukan soal rasa deria, tapi soal rasa hati, mungkin jauh namun penuh erti.Perasaan itu timbul atau ditimbulkan dengan sengaja? Soalan ini nampak bodoh tapi ada bezanya. Kita dipukul oleh seseorang, tiba-tiba kita merasa marah. Marah itu timbul atau kita timbulkan sendiri? Saya tidak maksudkan implikasi daripada perasaan tersebut, tapi tentang kemunculan perasaan itu.

Tatkala kita memandang seseorang dan jatuh hati, adakah perasaan itu timbul atau ditimbulkan? Selalunya perasaan itu datang tiba-tiba buat pertama kali, namun tanpa kita sedari ia berkembang dan akan terus menguasai diri jika kita terus melayannya. Dalam ertikata lain, kita hanyut dengan apa yang kita rasakan. Apabila kita marah, kita biarkan perasaan itu terus membiak. Apabila kita sedih, kita terus melayannya dan itu membuatkan kita menjadi semakin sedih. Boleh jadi juga perasaan itu kita yang timbulkan sendiri. Benarkah?Persoalannya, adakah semua yang kita rasakan di sudut hati harus dilakukan atau direalisasikan? Misalnya kita rasa terpukau oleh kecantikan seorang wanita, haruskah kita melakukan perkara-perkara buruk untuk memenuhi kehendak perasaan kita? Tatkala kita merasa sangat marah kepada seseorang, adakah itu bererti kita harus mengeluarkan caci-maki kepadanya? Jika kita merasa tidak selesa dengan perintah-perintah Al-Quran, adakah itu bererti kita harus meninggalkannya?Wajarkah seorang pemimpin menarik diri daripada memimpin hanya kerana merasa kecil hati dengan teguran orang yang dipimpinnya? Atau seorang da’i meninggalkan dakwah kerana merasa tidak kena dengan jiwanya? Atau rasa bersalah membuatkan kita takut untuk bertindak dan membuat keputusan?

Rasa kita sentiasa berubah-ubah. Perasaan yang pertama timbul daripada hati kita menggambarkan tahap iman dan aqidah kita. Namun, perasaan kita boleh dikawal dan dihalakan kepada keadaan yang sepatunya.Perasaan semata-mata tanpa dalil, matlamat dan tujuan yang jelas tidak cukup untuk melahirkan keputusan yang benar dan tepat. Firman Allah yang bermaksud:

“Diwajibkan atas kamu berperang dan itu dibenci oleh kamu. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”(Al-Baqarah: 216)

Oleh itu, apa jua yang kita rasakan, jangan sampai ia menghalang kita untuk melakukan kebaikan dan jangan dijadikan alasan untuk berbuat sesuka rasa hati. Al-Quran dan Hadith harus kita jadikan sebagai dasar dalam menilai apa yang kita rasakan. Kita adalah insan biasa. Rasa-rasa kita terkadang dipengaruhi oleh bisikan syaitan dan boleh jadi membuatkan kita menjadi kurang pasti dan sentiasa dalam keraguan. Jangan sampai rasa-rasa semata-mata menjadi pegangan kita dan Al-Quran serta Hadith ditolak tepi. Rasul telah berpesan:“Apabila kamu tidak malu, berbuatlah sesuka hatimu”Bagi mereka yang mengaku dirinya da’i, jangan sampai rasa susah dalam hati membuatkan kita melangkah pergi meninggalkan dakwah. Kehidupan nanti bukan semakin membaik, bahkan lebih menyesakkan dada. Sampai bila-bila kita akan terus terdorong oleh rasa-rasa dan tidak mampu menguasai diri dengan iman dan takwa.

Andai mampu,hitunglah baki waktu hidup di dunia,nescaya kita tidak akan punya masa untuk bermain dengan 'rasa-rasa'. Sekalipun di dunia kita terasa aman, di akhirat belum pasti.Anda pasti? Atau “rasa-rasanya” pasti?

sumber :paksi.net