Showing posts with label tarbiyatul aulad. Show all posts
Showing posts with label tarbiyatul aulad. Show all posts

March 4, 2012

Menanam nilai pada anak-anak..

Bismillahi walhamdulillah..

‎"Tea,Taufiq tarik tudung K.Long.."K.long datang mengadu pada saya.
Spontan saya berpaling,meninggalkan sebentar tugasan di atas meja.

"Taufiq tarik tudung kak long?"saya bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. Kaklong mengangguk dengan wajah sugulnya. Saya langsung keluar dari pejabat,dan memanggil Taufiq yang baru berusia 4 tahun.

"Taufiq tarik tudung k.long?"Saya bertanya pada Taufiq. Dia menganggukkan kepala.

"Kenapa Taufiq tarik tudung kaklong?"Saya suka bertanya untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu,sebab saya yakin anak-anak ini mempunyai alasan mereka sendiri atas setiap apa yang mereka lakukan.

"Taufiq nak main je.."anak kecil itu menjawab perlahan.Saya tersenyum.

"Taufiq,lain kali kalau main,takmau main tarik tudung girl,kalo tudung tu terbukak mcm mana..mesti k.long malu,da pakai tudung cantik2 da..ok?"

"ok,"

"good.ok,td taufiq da buat k.long sedih,taufiq kna cakap ap kat kaklong?"

"Sorry kaklong.."Kata Taufiq sambil menghulurkan tangannya. Mereka berdua kembali tersenyum dan sambung bermain di ruang luar.

*************
Saya mahu anak-anak ini belajar menghargai dan menghormati maruah dan harga diri saudaranya sejak usia kecil agar bila besar kelak,mereka mampu jadi pelindung dan pembela ummah pula..

September 8, 2011

Taare Zameen Par ~ Setiap Anak adalah Istimewa (^_^)

Bismillahi walhamdulillah...

Disleksia.

Pernah dengar?

Terlibat dengan pendidikan awal kanak-kanak,istilah ini tidak begitu janggal pada pendengaran saya, cuma saya tak pernah ambil tahu secara serius.

Cuti raya Aidilfitri baru-baru ini, abang saya mengenalkan sebuah filem Hindustan kepada saya. Katanya, saya pasti suka kerana ia mengisahkan tentang kanak-kanak.Saya menonton filem tersebut dengan agak teruja setelah sekian lama meninggalkan dunia hindustan.

Taare Zameen Par



Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak,Ishaan yang mengalami Disleksia.Terpaksa mengulang kelas selama setahun kerana masih tidak dapat membaca dan menulis walaupun telah berusia 9 tahun dan mengikuti kelas pembelajaran secara normal.Guru menganggapnya nakal, malas dan selalu membandingkan dengan abangnya yang bijak.Akhirnya sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan Ishaan meneruskan persekolahannya.

Ayahnya yang tidak mengetahui anaknya mengalami Disleksia bertindak menghukumnya yang ber'main-main' dan tidak belajar bersungguh-sungguh ke sekolah berasrama.Ibunya tidak dapat menghalang walaupun hatinya berat.

Ishan mengalami tekanan psikologi yang hebat.

Rasa ditinggalkan.

Rasa tidak di sayangi.

Ditambah dengan layanan yang diterima di sekolah baru. Dia masih tidak dapat membaca dan menulis.Setiap kali melakukan kesilapan,hanya jerkahan dan tengkingan yang di terima.Dia dilabel bodoh dan malas.Walaupun hakikatnya dia berusaha keras untuk memperbaiki dirinya.Dia berusaha keras untuk membaca dan menulis,agar ibubapanya akan kembali menyayanginya dan mengambilnya dari sekolah berasrama itu..



Dia sangat ingin membaca dan menulis, tetapi tidak mampu.Ibarat si lumpuh yang dipaksa berlari.. Jerkahan dan tengkingan yang diterima menjadikan Ishaan jatuh semakin dalam.Peribadinya berubah 180'.

Pemurung

Hilang keyakinan diri

Rasa tidak berguna

Menyendiri

Senyuman hilang sepenuhnya dari wajahnya.



Sehingga akhirnya seorang guru seni sementara datang mengajar di sekolah tersebut. pengalamannya mengajar di sebuah sekolah kurang upaya membolehkannya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Ishaan.Dengan susah payah, akhirnya dia berjaya mengembalikan keyakinan dan senyuman pada wajah si kecil itu.





Kenapa saya tertarik dengan cerita ini?

Menonton cerita ini membuatkan saya langsung mengimbas anak-anak didik saya di tadika. Memang ada yang agak mengambil masa untuk boleh membaca dan menulis berbanding beberapa kawan-kawan mereka yang lain.Dan jujur,adakala saya jadi kurang sabar. Melihat wajah Ishaan yang berusaha keras tetapi tidak mampu persis wajah mereka apabila tidak dapat menjawab soalan saya..

Mata mereka ingin mengatakan :

"Tea, saya tak tahu,"

Tapi suara mereka tersekat dengan wajah tidak sabar saya.Mungkin takut andai dimarahi..

Melalui cerita ini,saya benar-benar merasakan saya masih gagal menjadi seorang guru tadika yang baik.Saya turut tersentuh dengan watak guru yang dibawakan oleh Aamir Khan.Seorang guru yang benar-benar menjiwai dan memahami profesi perguruannya.Sentiasa tersenyum,sabar dan berusaha pelbagai cara untuk mengembalikan keyakinan dan senyuman si kecil.

Kisah ini benar-benar memotivasi saya.Hari pertama persekolahan selepas cuti raya tempoh hari,saya renung satu persatu wajah anak-anak didik saya,dan saya tersenyum sendiri.Saya ingin jadi seorang guru yang benar-benar mendidik,bukan sekadar mengajar.

Terima kasih Allah yang menyampaikan hikmah ini melalui sebuah filem Hindustan(^_^)

April 29, 2011

Dengari Mereka....

Bismillahi walhamdulillah...

****

"Tea,Balqis koyak buku cerita!" Adu Ainul.

Saya memanggil Balqis.Dia datang perlahan-lahan,mukanya sedikit takut.

"Kenapa Balqis koyak buku ni,Balqis suka koyak buku ke?"Saya bertanya perlahan. Perlahan Balqis menggelengkan kepalanya.

"jadi,kenapa Balqis koyak buku ni?"

" Balqis nak main..."

Dan saya terdiam mendengar jawapannya..

******

"Tea,Abbas main sabun dalam bilik air!" jerit Danial,mengadu.

Saya memanggil Abbas.Dia keluar perlahan -lahan dari tandas.

"Abbas main sabun ye?" Saya bertanya walaupun jelas saya dapat bau sabun yang digunakan dalam bilik air..Perlahan Abbas menggelengkan kepalanya.Matanya tunduk memandang lantai.

"Abbas...cakap benar dengan tea...Abbas main sabun ya?Tea bukan nak marah,tea tanya je.Betul Abbas main sabun?"Saya bertanya lagi.

Abbas diam lama.Kemudian perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.Matanya masih tidak memandang saya.

"Kenapa Abbas main sabun?"Diam tiada jawapan.

Otak saya ligat berfikir apa lagi soalan yang sesuai saya ajukan untuk merangsang Abbas menjawab.

"Em,umi pesan Abbas kena guna sabun bila masuk tandas ke?"

Spontan Abbas mengangkat wajahnya memandang saya.Dia mengangguk sambil menjawab lancar :

"umi kata kalau masuk tandas kena basuh dengan sabun,nanti cacing masuk,"

"Oh..."Dan saya terdiam lagi.

****************

"Tea,Suhayl tak malu,taknak pakai seluar!!" Aqil jerit mengadu.

Kelihatan Suhayl sedang mengusik kawan-kawannya sambil memegang seluarnya.

"Suhayl!,"

"Suhayl kelihatan terkejut dengan panggilan saya.Perlahan-lahan dia datang kepada saya.

"Kenapa Suhayl tak pakai seluar?Malu dekat kawan-kawan.."

"Suhayl tak tau pakai.."lambat-lambat dia menjawab.

Ya,saya terlupa.Walaupun secara fizikal,Suhayl kelihatan agak besar,sesuai dengan umurnya,tapi dia sebenarnya sedang dalam proses mandiri untuk tidak memakai pampers.

Perlahan saya mengambil seluar itu daripada tangannya dan menunjukkan cara memakai seluar. Saya terdiam lagi..

***********

Satu perkara yang saya pelajari.Anak-anak mempunyai sebab atas apa yang mereka lakukan walaupun dalam pandangan kita perbuatan itu salah. Ambil masa,selami dahulu mengapa mereka malakukan perbuatan tersebut,jangan terus di marahi. Dan adakalanya,mereka melakukan sesuatu yang salah kerana tidak tahu bahawa itu salah.Justeru,kitalah yang perlu memberi didikan 'right & wrong' kepada mereka.

Satu perkara lagi,adakalanya saya rasa seperti anggota polis yang bertugas di balai,sentiasa mendapat aduan tentang salah laku daripada anak-anak ini,haha(^_^)

January 28, 2011

Idola Kecil VS Adik-Adikku VS Pildacil...

Bismillahi walhamdulillah...

Anak-anak ibarat kain putih,ibubapalah yang mencorakkannya.Anak-anak lahir dalam keadaan fitrah,ibubapalah yang menjadikan ia yahudi,majusi atau nasrani. Satu kelebihan yang Allah anugerahkan kepada anak-anak adalah kebolehan untuk mereka menyerap apa yang mereka lihat dan dengar.Seperti span,daya serapan anak-anak terhadap apa yang mereka perhatikan dari sekeliling sangat laju iaitu sebanyak 80% pada usia 0 - 5 tahun.Kerana itu,'first lesson' sangat penting untuk menentukan sebahagian besar bagaimanakah corak gaya hidup mereka kelak,walaupun ini bukanlah penentuan,tapi ada kebarangkalian.

Tidak percaya?

Mari kita lihat buktinya melalui 3 kanak-kanak yang usia lebih kurang sama,tapi didedahkan dengan persekitaran dan dilatih dengan seni yang berbeza.berkonsepkan sama,rancangan realiti TV,setiap program ini melahirkan bakat luar biasa yang berbeza.

Idola Kecil

Tahu tentang program realiti tv ini? Pasti tahu bukan.Saya pernah sekali menontonnya.Sebagai individu yang terlibat secara langsung dengan dunia kanak-kanak,saya rasa sangat sedih dan sakit melihatkan rancangan ini.Kanak-kanak ini di eksploitasi dengan alasan mengetengahkan bakat,membina yakin diri dan sebagainya.Kasihan anak-anak ini.Jujur saya kagum dengan anugerah bakat yang Allah kurniakan pada mereka,tapi sayang,pihak yang seharusnya menjaga amanah ini sebaik-baiknya justeru menyalahgunakannya.Saya hairan bagaimana ibubapa boleh bertepuk riang,bangga melihat anaknya menari ibarat penari profesional di atas pentas.Dengan 'dressing' setaraf artis,semakin 'berbisa' persembahannya,semakin gemuruh tepukan diberikan.Tidakkah para ibubapa ini akan di tanya di hadapan Allah kelak,tentang anak-anak,bagaimana mereka mendidiknya?



Adik-Adikku

Juga Rancangan Realiti TV.Konsepnya berbeza.Alhamdulillah,anak-anak tetap di cungkil bakatnya,membina yakin diri dan dengan cara yang lebih islamik.Satu permulaan yang baik untuk mengetengahkan bakat anak-anak.Cuma sayang,seolah-olah masih kurang sambutan.Publisitinya juga tidak seluas dan se'gah' Idola Kecil.Entah di mana silapnya.Saya harap rancangan ini akan bertambah baik dan terus mendapat sambutan.Dan moga ada pihak penaja yang akan ke depan melabur untuk meningkatkan mutu program ini,sebagai bekalan saham ke akhirat kelak.Bukan bersandarkan kepada JAKIM semata.Moga terus maju Adik-adikku!



Pildacil

Mungkin ada yang pernah dengar,mungkin ada yang tidak.Rancangan realiti TV dari negara jiran,Indonesia. Setnya nampak gah,begitu mendapat sambutan,bakat yang dicungkil juga subhanallah,luarbiasa.Sampai mengalir air mata melihat persembahan mereka.Yang di utarakan bukan sekadar nyanyian,tapi juga pembahasan dalil quran dan hadith.Ada tema yang diangkat.Moga satu hari,Malaysia juga mampu mengeluarkan program realiti sekualiti ini,amin.. Silakan anda nilai sendiri...

November 10, 2010

Menjelang Sport Day TCB 2010...

Bismillahi walhamdulillah...

Musim hujan dah tiba.Boleh katakan setiap hari hujan di kawasan Nibong Tebal.Kedah dah mula banjir,huhu.

Sabtu ini(13 November 2010),InsyaAllah TCB akan mengadakan hari sukan.Pelbagai latihan telah kami jalankan,huhu.Semua anak-anak nampak bersemangat.Melihatkan keadaan cuaca,saya jadi risau bagaimana keadaan Sport Day nanti.

Tadi,saya cuba menguji anak-anak ini.Sejauh mana mereka mencerna pembelajaran di TCB..

"Hm,hujanla,macam mana kalau sport day kita nanti hujan..Macam mana kita nak sukan kat luar.."Saya mengumpan dengan soalan.

"Kita mainla kat dalam tea,"Pantas Danish menjawab.

"Tak muatla main kat dalam.Mama lagi,abah lagi,nak lari lagi.Mana muat.."Saya cuba bawa mereka berfikir.

Diam.

"Kita tahanla jangan bagi hujan turun tea,"Tiba-tiba Teah menjawab.

Saya senyum.Point pertama!

"Macam mana nak tahan hujan tak bagi turun?"Saya terus mengasak dengan soalan.

Diam.

"Kita minta la Allah buat hujan berhenti tea,"

Point kedua!

"Macam mana nak minta Allah buat hujan berhenti?"

"Doa!!" Hampir serentak mereka menjawab.



"Ya,Alhamdulillah,pandai anak-anak tea.Kita kena doa.Tapi kenapa kita kena minta kat Allah kalo nak hujan berhenti.Kenapa tak minta kat mama ke,abah ke,Tea Hajar ke.Kenapa nak minta kat Allah?"Saya terus memprovokasi.

Diam lagi.

"Sebab Allah hebat!"Teah menjawab.

"Betul,Allah hebat,lagi?"Saya ingin mereka berfikir lagi.

"Sebab Allah Kuat!"Solihin pula menjawab.

"Betul.Allah Kuat,lagi?"

Ramai yang mengerutkan muka dan kening,berfikir.Lucu pula,huhu.

"Sebab Allah yang buat hujan!" Jawapan daripada seorang anak yang berusia 4 tahun.

Bingo! Jawapan yang saya mahu.

"Pandai anak-anak tea.Ya,kita kena minta dekat Allah sebab Allah yang buat hujan,Allah yang turunkan hujan,jadi Allah je yang boleh berhentikan hujan tu."Saya membuat kesimpulan agar lebih jelas bagi yang masih kabur.

"Jadi anak-anak tea,jom kita doa sama-sama,minta kat Allah supaya hujan tak turun dan boleh main masa Sport Day.Raise your hand. Nanti tea baca doa,semua aminkan k,"

"Ok tea,"Jawab mereka hampir serentak.Saya senyum dalam hati.(",)

Masing-masing menadah tangan dan mengaminkan lafaz doa dalam bahasa melayu yang saya baca.

Moga Allah memakbulkan doa anak-anak kecil yang suci dari dosa ini,amin...

October 27, 2010

Teacher,Allah kat mana?

Bismillahi Walhamdulillah...

"Ok,habis da cerita tea,sekarang waktu untuk..."

"tidur!!!!" Anak-anak menjawab serentak.Masing-masing merebahkan badan ke toto lebar berwarna merah itu.

Saya tersenyum.

Seakan menjadi jadual,perlu ada 'bedtime story' sebelum mereka tidur tengah hari.Saya perlu sentiasa bersedia dan mencari cerita baru setiap hari untuk mereka,huhu.Waktu inilah saya manfaatkan untuk bercerita kisah-kisah yang mengandungi pengajaran dan akhlak mulia kepada mereka.

"Tea,Allah ada kat mana?" Tiba-tiba Danish yang berusia 4 tahun bertanya.

"Ha'a tea,Allah ada kat mana?" Faiz mengulangi soalan yang sama.Mata anak-anak itu tertumpu pada saya.Menunggu jawapan.Saya senyum.

"Allah tu ada kat Arasy,"saya jawab ringkas.Bersedia menunggu soalan seterusnya.

"Arasy tu apa tea,"Teah pula bertanya.

"Arasy tu dekat mana tea,"

"Arasy tu macam mana tea,macam tadika ke,"

Bertubi-tubi soalan yang saya dapat,huhu.Saya cuba memikirkan jawapan terbaik dengan susunan ayat yang paling baik,pemilihan kata yang tepat dan sesuai dengan tahap mereka.

"Arasy tu tempat Allah ada tu lah.Arasy tu jauh...sangat.jauh... sangat...kat atas langit,atas lagi,jauh...lagi.Tea pun tak tau rupa arasy macam mana,sebab tea pun tak pernah sampai sana,"dengan penuh gaya saya memberitahu mereka.

"jauh sangat ke tea?"

"jauh sangat..."

"naik aeroplane boleh sampai ke tea?"tanya Faiz.

"Naik aeroplane pun tak boleh sampai"

"kalau naik kereta?"

"motor?"

"bus?"



Hampir semua jenis kenderaan mereka sebutkan.

"Kalau naik burqa tea?"Danish pula bertanya.

Saya mengerutkan kening,burqa?

"ala,yang nabi naik masa isramidraj tu'"Teah menyampuk dengan penuh yakin walaupun tersilap sebut isra' mikraj,huhu.

"Oh,buraq?,"Tawa saya meletus.Bijak benar anak-anak ini.

"naik kereta tak boleh sampai,naik aeroplane pun tak boleh sampai.Motor,bus,buraq,semua tak boleh sampai kat Arasy tu.Sebab arasy tu jauh sangat.."

"Kat dunia ni,kita tak nampak Allah,tapi Allah nampak kita,jaga kita. Allah sayang kita.Kalau nak jumpa Allah dan nak Allah sayang,kena jadi anak soleh.Rajin solat,sayang ibu abah,dengar cakap tea,tak gaduh dengan kawan,boleh?"Terang saya panjang lebar.Entahkan faham,entahkan tidak anak-anak kecil ini.

"Boleh!!!"Mereka menjawab serentak.

"Jadi,siapa anak soleh,dengar cakap tea,kena tidur sekarang,ok?Nanti tea kejut untuk bangun mandi ya?"

"Ok tea,"jawab Insyirah.Beberapa kawannya yang lain mengikut.

"Sayang tea,"kata Teah pula,sambil mula memejamkan mata.Kawan-kawannya yang lain mengikut.

Saya tersenyum lagi.

Jujur,saya sendiri masih belajar mengenalkan Allah dengan cara terbaik kepada anak-anak ini.

Saya ingin mereka mengenal Allah dengan kefahaman,bukan hafalan.

Saya ingin mereka boleh seperti si kecil penggembala kambing yang di uji Umar Al-Khattab,lalu dengan tegas dan yakin menjawab "Fa aina Allah?"

September 28, 2010

How to be a Good Listener

Bismillahi Walhamdulillah...

One of the best ways to communicate your love to your child is to listen to him. Attentive listening, giving your child your full attention and letting him speak without interrupting or judging, shows respect for your child, and helps to build self-esteem.

It makes a child feel confident that his opinions, interests and thoughts are worth listening to. It encourages him to open up and communicate with you. And it is also one of the best ways of keeping in touch with your child and how he is developing, especially as he goes through the teenage years, when you are likely to be surprised by some of the changes taking place.

 Show that you are interested when he talks. Make eye contact (with smaller children this may mean getting down to their height), face him directly and lean in towards him.

 Be open. Don’t cross your arms or hunch forward in an aggressive way. If your child feels judged before he even starts he’ll clam up.

 Let him finish. Don’t interrupt with your views or interpretations until he’s had his say; if he dries up just ask a few open questions (What? Why? How?) to encourage him to carry on.

 Reflect back what you hear. You can do this by repeating some of the words or phrases your child has used, or his last sentence, or by commenting on his emotional reactions – for example, ‘You seem angry’ – to show him that you understand what he’s telling you.

 Be unshockable. Children often say things for effect, to test your reactions, and shrieking in horror might make him clam up.

Copy & Paste ~

August 31, 2010

Tekanan yang Membantutkan Perkembangan Intelek Anak-anak...

Bismillahi walhamdulillah...

"j...a..., j....a..., jadi bunyi apa?" sang guru bertanya kepada anak kecil berusia 5 tahun itu.(menggunakan kaedah fonik buku Bacalah Anakku)

"ba," jawab si kecil ragu-ragu.

Sang guru mengerutkan alis keningnya.Ini sudah lebih 5 kali dia memberi 'klu' kepada si kecil,tapi jawapan si kecil semakin 'merapu'.

Dia jadi hairan.Sikecil itu bukan tidak tahu membaca,bahkan dia tergolong antara murid yang cerdas dan kini sedang membaca buku 6.Bagaimana tiba-tiba si kecil boleh jadi 'blurr' sebegitu..

Tidak berpuas hati,sang guru lalu menanyakan soalan yang sama pada teman-teman si kecil yang lain.Anehnya,semua memberikan jawapan yang 'merapu'! Sang guru bertambah hairan. Virus apa ini?

Emosi sang guru jadi terpancing.Keningnya tambah berkerut,renungan matanya semakin tajam,suaranya sedikit mengeras.Dia cuba memberi 'klu' lain yang lebih mudah agar anak-anak boleh menjawab dengan tepat,namun jawapan mereka tetap saja tersasar.



***********************

Teman-teman yang dirahmati Allah,

Apa yang dapat disimpulkan daripada kisah di atas?Mungkin anda juga pernah mempunyai pengalaman yang sama baik sebagai ibubapa atau sebagai guru tadika.

Si kecil bukan tidak tahu bahawa j...a...=ja. tetapi memori itu tertutup dek rasa takutnya pada reaksi sang guru.Psikologinya terganggu!Hal ini menyebabkan otaknya tidak dapat mentafsirkan simbol yang dilihatnya.

Kerana itu,sangat penting bagi sang guru untuk menjaga kestabilan emosi dan psikologi si kecil ketika proses pembelajarannya.Jangan dipaksakan.Memang adakala si kecil terlupa,tetapi jangan di tekan dengan mimik muka yang serius,renungan mata yang tajam dan suara yang meninggi.Hal itu sama sekali tidak akan membantu.



Cara sebaiknya,pastikan suasana pembelajaran berjalan dalam keadaan yang santai dan menyeronokkan.Jika berlaku keadaan seperti di atas,sebaiknya sang guru tidak memaksa sang anak untuk mengingati simbol tersebut.Lebih baik ditukar kepada aktiviti lain untuk meredakan ketegangan.Pendidikan anak-anak bukan semata-mata untuk mengejar target piawaian yang ditetapkan.

August 8, 2010

Mengakrabkan anak dengan Ramadhan..

Bismillahi walhamdulillah..

“Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..
Agar dapat ku lalui dengan sempurna…”


Ramadhan menjelang lagi. Kali ini saya sangat mengharapkan anak-anak juga dapat merasakan kedatangan bulan mulia ini. Dapat merasakan aura keberkahannya. Mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya. Sama-sama berlumba menambah amal keranaNya. Tahu apa itu ‘sahur’, ‘puasa’, ‘iftar’, ‘tarawikh’, ‘kurma’, lailatulqadr’ dan berusaha mengaplikasikannya.

High expect?

Saya yakin tidak.Kanak-kanak seusia 4,5 dan 6 tahun sudah perlu dibaja dengan rasa cinta dan rindu akan kehadiran Ramadhan. Meraikannya melebihi meraikan Syawal.

Bagaimana?

Saya banyak mencari malumat dan tips di laman sesawang.Banyak tips yang saya perolehi dari negara seberang. Alhamdulillah. Mungkin Malaysia belum lagi ke arah itu,atau mungkin saya yang tidak jumpa,wallahua’lam.



MENGENALKAN RAMADHAN

Mengenalkan ajaran agama kepada anak usia dini harus disesuaikan dengan perkembangan aspek-aspek psikologisnya, diantaranya perkembangan kemampuan berpikir (kognisinya). Menurut Jean Piaget (seorang Psikolog dari Perancis), semua anak memiliki pola perkembangan kognisi yang sama, yaitu melalui empat tahapan : Sensori – Motor, Pra – Operasional, Konkret – Operasional dan Formal Operasional. Perkembangan kognisi anak usia dini (2-7 tahun) berada pada tahapan berpikir “Pra operasional”. Tahap Pra Operasional adalah tahap dimana anak tidak dapat memahami sesuatu tanpa dipraktekkan terlebih dahulu (Piaget, 1970).

Jadi ibubapa memainkan peranan penting dalam mengenalkan Ramadhan dan menunjukkan contoh bagaimana untuk mempraktikkannya. Jika kita ingin sang anak meraikan Ramadhan ,maka kita perlu lebih dahulu meraikannya.

DR. Abdullah Nashih Ulwan, dalam bukunya yang berjudul Potensi Ruhaniah (Spiritual) Anak dalam Pembentukan Generasi Takwa dan Kreatif membagi lima metode yang harus dilakukan oleh orang tua dalam mengajari anak melakukan kegiatan keagamaan/beribadah. Kelima metode tersebut adalah Keteladanan, Pembiasaan, Pemberian nasihat, Pengawasan dan Pemberian hukuman.

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN

Bermula 27 Syaaban,TCB memulakan kempen ahlan wasahlan Ramadhan. Kami mengadakan taklim untuk para ibu anak didik TCB. Fokus-Mengakrabkan anak dengan Ramadhan. Menjelaskan aktiviti sepanjang Ramadhan untuk anak-anak dan bagaimana peranan ibubapa untuk mengenalkan dan memberi sokongan dalam menjayakan aktiviti ini.

Satu slot Ramadhan akan diadakan setiap hari selama setengah jam untuk menceritakan tentang Ramadhan – keutamaannya,peristiwa-peristiwa di dalamnya,adab-adab berbuka,sunnah-sunnah nabi di dalamnya. Kandungannya di ambil daripada hadith-hadith sahih,penyampaiannya di olah menjadi lebih menarik dan sesuai dengan tahap perkembangan kognitif anak-anak.

Ramadhan’s Reward

Satu lagi aktiviti untuk menggalakkan sang anak berpuasa. Satu carta Ramadhan’s Reward dibuat. Sahurnya boleh jadi di rumah atau ketika waktu sarapan di tadika. Waktu berbukanya diberi 3 pilihan. Jika sang anak ingin berbuka ketika waktu rehat(10.00am),dia akan memperoleh 1 bintang. Jika dia ingin berbuka ketika waktu makan tengah hari (12.00pm),dia akan memperoleh 2 bintang. Dan jika sang anak ingin meneruskan berpuasa hingga ibubapanya mengambilnya pada waktu petang(lebih kurang 5.00pm) ,maka dia akan beroleh 3 bintang.

Walaubagaimanapun,semuanya tergantung juga pada kondisi sang anak. Pengamalan kurma sebagai sunnah berbuka juga akan diamalkan,insyaAllah. Konsep kempen Ramadhan ini ialah – motivasi dan penjelasan,bukan paksaan.

CABARAN

Mungkin ada yang akan berkata :
“alah,kecil lagi,jangan dipaksakan,” – memang tiada konsep paksaan.
“budak lagi,apalah yang mereka faham..” justeru kitalah yang perlu memberi kefahaman kepada mereka. Anak-anak ibarat kain putih,kitalah yang perlu mencorakkan mereka. Jika sedari kecil kita telah membiasakan mereka dengan Ramadhan,pasti mereka akan tumbuh membesar sebagai muslim yang alert dengan kehadiran Ramadhan,insyaAllah.
Cabaran bagi saya adalah mentality orang ramai terutama ibubapa jika memandang rendah potensi sang anak. Yakinlah,potensi si cilik sangat besar,syaratnya perlu fahami psikologi mereka dan sesuai cara penyampaiannya.

SEMANGAT

“teacher,esok teah nak puasa,”
“tea,esok Danish nak dapat 3 bintang”
Macam-macam lagi janji yang dilontarkan oleh anak-anak. Penuh semangat,haha. Saya tak sabar menantikan keletah mereka pada 1 Ramadhan, TCB sebagai madrasah Ramadhan bagi anak-anak juga bagi para teacher. Mohon doa,moga Allah redha (“,)

July 9, 2010

Mereka memerlukan penjelasan...

Bismillahi Walhamdulillah..

"tea... nak makan ni.."

Saya terdengar suara Syakir dari belakang,sedang merayu tea Hajar untuk bukakan bungkusan gula-gula.Spontan saya berpaling.Pandangan kami bertemu.Terus Syakir menyorok di sebalik dinding,meninggalkan gula-gulanya pada tea Hajar.Tambah merajuk bila saya minta gula-gula itu daripada tea Hajar.

Saya tersenyum sendiri.

Pertama : Tea Hajar baru sahaja sampai ke tadika.Sedangkan saya telah berada di situ lama,tapi dia tidak minta saya bukakan gula-gula itu.(Syakir tahu tea Izzah sangat strict tentang gula-gula,huhu)

Kedua : Saya hanya memandangnya,nampaknya Syakir memahami maksud pandangan saya(",)- no sweet please!

Akhirnya saya bangun ke arah Syakir,anak kecil berusia 3tahun lebih ini perlu dipujuk dan diberi penjelasan.

Syakir sedang duduk sambil tunduk memandang lantai.Melihatkan air mukanya,saya jadi gelihati(",).Saya menahan tawa,pasti lagi panjang rajuknya jika sampai tawa saya meletus.

"Syakir nak makan gula-gula ke?"

Diam.

Saya perlu mengumpan responnya,baru boleh masuk ke langkah seterusnya.

"Syakir nak makan gula-gula ni ya?Siapa bagi,Aqmar ya?" Saya bertanya sambil menunjukkan gula-gula tersebut.

Ekor mata Syakir melirik bungkusan gula-gula itu,kepalanya mengangguk.Wajahnya masih masam.Saya tersenyum.Next step!

"Cuba tengok gigi Syakir,"(Biasanya saya akan menggunakan cermin compact powder agar si kecil boleh melihat sendiri giginya.Tapi kali ni tak bawa,huhu)

"Tak elok makan gula-gula sangat,nanti gigi Syakir rosak kan,"saya cuba memujuk.

"Taknak...,"Syakir menggelengkan kepalanya.Bukan taknak gigi rosak,tapi taknak dan gelengan kepala yang menunjukkan tidak setuju dengan saya,dalam erti kata lain-dia tetap mahukan gula-gulanya.

Saya tahu dia tidak akan menerima nasihat saya kali ini,mungkin sebab baru bangun tidur,mood tidak berapa baik,jelas pada riak mukanya.

Saya cuba memberikan alternatif.

"ok,apa kata Syakir makan kek,kek besday Teah tadi ada lagi kan?Kek ok sikit.Tapi Syakir kena pilih lah,kalau makan kek,gula-gula ni tea simpan,ok?"

Syakir diam,mula memikirkan tawaran saya.

"Kita makan keklah,sedap,perut pun kenyang.Gula-gula nanti gigi Syakir rosak,ok?"saya menambah hujah.

Perlahan-lahan Syakir menganggukkan kepalanya.Yes!Misi berjaya,alhamdulillah, walaupun terpaksa menggunakan kaedah mengambil mudharat yang paling ringan(kek pun bukan elok sangat,huhu)

Saya masuk ke dalam pejabat untuk menyimpan gula-gula tersebut,tiba-tiba terdengar di belakang saya:

"tea,tea,tak yah makan gula-gulalah,makan kek je,"wajah Syakir tersenyum riang.

Saya tersenyum.

Mudah?

Anda memerlukan kesabaran dan luangkan sedikit masa untuk memberikan penjelasan(",)


stress,huhu

June 6, 2010

Bingung....Menanggapi anak bercakap kotor...

Bismillahi walhamdulillah..

"teacher,tadi Im cakap b**i,"

"teacher,tadi Im cakap k**e,"

"techer,tadi Im.....,"


Hm..saya hampir tak larat mendengar aduan daripada anak-anak di tadika,tentang Im yang suka bercakap kotor.Umurnya 5 tahun.Banyak bergaul dengan orang yang lebih besar daripadanya ketika berada di rumah.Jadi,dia mempelajari perkataan-perkataan tersebut daripada mereka.

Nyaris bingung..

Bermacam-macam cara saya lakukan.

Berdoa.

Menasihati dengan lembut.

Berkonsultasi.

Menasihati dengan tegas.

Memberi denda apabila dia tetap menyebutnya lagi.

Saya cuba memahami keadaannya. Kanak-kanak berusia 5 tahun yang tidak tahu maksud perkataan yang di ucapkannya. Sekadar menyebutnya suka-suka.

Apabila melihat reaksi sekeliling yang memberi perhatian apabila dia menyebutnya,dia jadi makin galak menyebut perkataan tersebut.

Saya tidak ingin memarahinya semberono tanpa dia mengetahui mengapa dia di marahi.

Saya tidak ingin membuatnya takut sehingga dia tidak berani menyebut lagi perkatan itu di hadapan saya,tapi terus memainkannya di hadapan kawan-kawan sebaya yang lain.

Saya ingin dia faham mengapa perkataan itu tidak baik di sebut.

Saya ingin dia sendiri memilih untuk tidak menyebut perkataan itu.

Saya cuba mencari kaedah terbaik dengan melayari website-website berkaitan.Bertanya pada teman -teman yang lebih berpengalaman. Ada kaedah yang saya persetujui dan telah saya cuba terapkan. Ada juga kaedah yang saya rasa agak kasar dan tidak sesuai.

Keimpulannya,

Teruskan menasihati dan mengingatkannya.

Pesan pada rakan-rakan sebayanya untuk sama-sama menasihatinya.

Mengajarnya untuk mengucapkan istighfar jika terlepas menyebut perkataan tersebut.

SABAR.Jangan terlalu cepat naik marah apabila mendapat aduan sang anak kembali menyebut perkataan tersebut. Mungkin dia benar-benar tidak mahu menyebutnya,tapi adakala 'tersasul' kerana sudah terbiasa.Kembali menasihatinya.

Tak perlu mengancamnya dengan sesuatu yang tidak wajar; seperti :

"cakap lagi macam tu,teacher gunting lidah kamu," - ancaman ini sedikit pun tidak menyelesaikan masalah.

Jangan putus untuk mendoakannya secara khusus.

Huu..moga saya mampu melaksanakannya,ameen ya Rabb..

May 15, 2010

Mengenalkan Allah Kepada Anak

Bismillahi wal hamdulillah

Lama tak update blog. Malam ni saya mengambil peluang cari bahan-bahan berkenaan pendidikan anak-anak. Sedikit Research,huhu. Dan hasilnya...Alhamdulillah,banyak sangat input yang saya peroleh,terlalu amat banyak. Saya kongsikan sedikit,satu topik yang sangat meninggalkan bekas di hati saya.

Rasulullah saw. pernah mengingatkan, untuk mengawali bayi-bayi kita dengan kalimat laa ilaaha illaLlah.” Kalimat suci inilah yang kelak akan membekas pada otak dan hati mereka

Kalau anak-anak itu kelak tak menjadikan Tuhannya sebagai tempat meminta dan memohon pertolongan, barangkali kitalah penyebab utamanya. Kitalah yang menjadikan hati anak-anak itu tak dekat dengan Tuhannya. Bukan karena kita tak pernah mengenalkan –meskipun barangkali ada yang demikian—tetapi karena keliru dalam memperkenalkan Tuhan kepada anak. Kerapkali, anak-anak lebih sering mendengar asma Allah dalam suasana menakutkan.

Mereka mengenal Allah dengan sifat-sifat jalaliyah-Nya, sementara sifat jamaliyah-Nya hampir-hampir tak mereka ketahui kecuali namanya saja. Mereka mendengar asma Allah ketika orangtua hendak menghukumnya. Sedangkan saat gembira, yang mereka ketahui adalah boneka barbie. Maka tak salah kalau kemudian mereka menyebut nama Allah hanya di saat terjadi musibah yang mengguncang atau saat kematian datang menghampiri orang-orang tersayang.

Astaghfirullahal ‘adziim…




Anak-anak kita sering mendengar nama Allah ketika mereka sedang melakukan kesalahan, atau saat kita membelalakkan mata untuk mengeluarkan ancaman. Ketika mereka berbuat “keliru” –meski terkadang kekeliruan itu sebenarnya ada pada kita—asma Allah terdengar keras di telinga mereka oleh teriakan kita, “Ayo…. Nggak boleh! Dosa!!! Allah nggak suka sama orang yang sering berbuat dosa.”

Atau, saat mereka tak sanggup menghabiskan nasi yang memang terlalu banyak untuk ukuran mereka, kita berteriak, “E… nggak boleh begitu. Harus dihabiskan. Kalau nggak dihabiskan, namanya muba…? Muba…? Mubazir!!! Mubazir itu temannya setan. Nanti Allah murka, lho.”

Setiap saat nama Allah yang mereka dengar lebih banyak dalam suasana negatif; suasana yang membuat manusia justru cenderung ingin lari. Padahal kita diperintahkan untuk mendakwahkan agama ini, termasuk kepada anak kita, dengan cara “mudahkanlah dan jangan dipersulit, gembirakanlah dan jangan membuat mereka lari”. Anak tidak merasa dekat dengan Tuhannya jika kesan yang ia rasakan tidak menggembirakan. Sama seperti penggunaan kendaraan bermotor yang cenderung menghindari polisi, bahkan di saat membutuhkan pertolongan. Mereka “menjauh” karena telanjur memiliki kesan negatif yang tidak menyenangkan. Jika ada pemicu yang cukup, kesan negatif itu dapat menjadi benih-benih penentangan kepada agama; Allah dan rasul-Nya. Na’udzubillahi min dzalik.

Rasanya, telah cukup pelajaran yang terbentang di hadapan mata kita. Anak-anak yang dulu paling keras mengumandangkan adzan, sekarang sudah ada yang menjadi penentang perintah Tuhan. Anak-anak yang dulu segera berlari menuju tempat wudhu begitu mendengar suara batuk bapaknya di saat maghrib, sekarang di antara mereka ada yang berlari meninggalkan agama. Mereka mengganti keyakinannya pada agama dengan kepercayaan yang kuat pada pemikiran manusia, karena mereka tak sanggup merasakan kehadiran Tuhan dalam kehidupan. Sebab, semenjak kecil mereka tak biasa menangkap dan merasakan kasih-sayang Allah.

Agaknya, ada yang salah pada cara kita memperkenalkan Allah kepada anak. Setiap memulai pekerjaan, apa pun bentuknya, kita ajari mereka mengucap basmalah. Kita ajari mereka menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tetapi kedua sifat yang harus selalu disebut saat mengawali pekerjaan itu, hampir-hampir tak pernah kita kenalkan kepada mereka (atau jangan-jangan kita sendiri tak mengenalnya?). Sehingga bertentangan apa yang mereka rasakan dengan apa yang mereka ucapkan tentang Tuhannya.



~cabaran terbesar~

sambungan...

April 19, 2010

Anda Berbakat Menjadi Guru Tadika??

"Attention!!"

"Allahuakbar!"

Si guru melaung.Anak murid menjawab.Suasana menjadi tenang. Anak-anak mulai fokus.5 minit kemudian, suasana riuh kembali.

Penat?

Stress?

Senyumlah=). Inilah dunia kanak-kanak,ahlan wasahlan.

Seorang guru tadika perlu bijak menarik perhatian kanak-kanak. Jangan membantutkan perkembangan minda dan sosio-emosi mereka dengan menjerit dan memaksa mereka untuk duduk dan dengar. Kita mahu mereka duduk dan dengar.Tapi kita tidak memaksa mereka,sebaliknya kita menarik perhatian mereka untuk duduk dan dengar.Menguatkan suara,bukan menjerit meninggikan suara.

Bagaimana?

Kreativiti dan Jangan ada rasa segan

Buang perasaan malu.Di sinilah medan untuk anda mengasah bakat menjadi aktor serba boleh. Berlakon,menyanyi,menari,bercerita,segala-galanya.

Kadang-kadang saya suka menonton rancangan Barney n friends atau Highfive dan lihat bagaimana pendekatan mereka menarik perhatian kanak-kanak.Penuh dengan nyanyian,tarian dan memek muka yang pelbagai. Hasilnya-memang anak-anak tertegun,dan fokus.

Suka saya ingatkan,tips ini adalah untuk guru tadika.Yang perlu berhadapan dengan 10,20,30 dan mungkin lebih ramai lagi kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga yang berbeza. Skil ini sangat penting.

Jadi,jangan 'stress' kan diri anda.Berseronok dan selamilah dunia kanak-kanak yang penuh warna-warni=)

Mahu tahu satu fakta menarik?

Medan terbaik untuk melatih self-confident apabila bercakap di hadapan umum ialah dengan membuang rasa segan apabila beraksi di hadapan kanak-kanak.Cubalah!

April 14, 2010

Pentingkah Guru Tadika??

Bismillahi Walhamdulillah..

"Em,boleh saya tahu cik kerja apa?"

"Akak dulu kos apa ya,kenapa lari jauh sangat dr kos asal?"

"Ayah hantar belajar tinggi-tinggi,kau nak kerja tadika aje.Baiklah kau duduk rumah,jaga budak,sebulan boleh dapat RM1000,"




Itu antara dialog yang biasa saya dengar berkenaan guru tadika. Tak ramai yang memandang penting profesion ini.Rata-rata masyarakat masih memandang rendah profesion ini. Bahkan,tidak sedikit guru tadika yang memilih profesion ini semata-mata kerana tiada pekerjaan lain. Ataupun,sambil menunggu mendapat peluang pekerjaan lain,bekerja dahulu sebagai guru tadika.

Salahkah?

Tidak.

Itu pilihan masing-masing.Realitinya,siapa yang akan melepaskan peluang jika boleh memperoleh taraf hidup yang lebih baik.

Gaji besar.

Kereta besar.

Rumah besar.

Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Sewa rumah di kawasan bandar sahaja sudah mencecah RM800 - RM 1000. Bil api,air? Belanja dapur? Apatah lagi jika sudah berumahtangga.

Jadi saya berpendapat wajar jika profesion ini kurang diminati lantaran faktor gajinya.

Namun saya berpendapat profesion ini sangat penting.Penting dan mendesak.

Kenapa?

Cuba bayangkan,dahulu,sang suami sudah cukup untuk menjadi 'breadwinner' bagi keluarganya. Tapi kini,dengan kos sara hidup yang semakin tinggi,dengan pendapatan suami sekitar RM2000 bulanan min,si isteri mahu tak mahu perlu turut sama bekerja bagi menampung ekonomi keluarga.

Anak-anak?

Ya,di sinilah peranan guru tadika.Tapi sekadar guru tadika tidak mencukupi. Tetapi guru tadika yang mempunyai jiwa dan minat yang amat mendalam terhadap bidang pendidikan anak-anak.



Guru tadika

Menjadi guru tadika bukan semudah yang di sangka.Ada kelayakan yang perlu diambil kira.Jika seorang ibu perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam mendidik 10 orang anaknya,maka seorang guru tadika memerlukan kesabaran yang berganda dari itu.

Percaya?

Sang ibu yang mendidik 10 orang anaknya mengenali anak-anaknya.Kesepuluh-sepuluh anak itu keluar dari rahimnya.Dia menyusukannya,menjaganya sejak kecil.Tetapi jika seorang guru tadika mendidik 10 anak muridnya,kesemua anak murid itu lahir dari rahim yang berbeza.Dibesarkan dengan didikan yang berbeza.Mempunyai sifat dan tingkah laku yang berbeza.

Dan dia perlu mengenali kesemuanya.Dia berperanan mendidik mereka.Menanamkan nilai dalam diri mereka.Ibarat melukis di atas batu.Tetapi tugasan ini memerlukan niat yang jelas.Azam yang tinggi.Tekad yang utuh.Kesabaran yang tidak pernah padam.Gerak kerja yang tersusun.Tujuan tertinggi tetap Allah.Demi mencetak generasi rabbani.

Kepada guru tadika

Profesion anda sangat mulia.Syarat - Niat kerana Allah Taala

Bukan kerana tiada kerja

Bukan kerana mengisi masa lapang

Bukan sekadar ingin melihat anak didik boleh membaca.

Justeru,jangan memandang ringan profesion anda!Bersungguh-sungguhlah dalam menata pekerjaan anda,agar tersusun rapi dan tercapai objektif!

March 29, 2010

Nanny 911...

Bismillahi Wal hamdulillah...

Saya mengenali rancangan ini secara tidak sengaja. Ketika menukar siaran televisyen ketika menunggu iklan untuk Buletin Utama.



Sebuah rancangan realiti tv oleh Granada America Production. Menariknya, Nanny911 akan dihubungi oleh ibubapa yang tidak mampu lagi mengawal anak-anak mereka. Seorang nanny akan dipilih untuk ke rumah keluarga tersebut dan membantu mengubahnya.Mereka hanya mempunyai masa seminggu untuk memperbaiki keadaan di rumah tersebut.

Nanny akan melakukan pemerhatian terlebih dahulu sebelum membuat satu pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh keluarga tersebut.

Sepanjang episod yang sempat saya tonton,masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibubapa yang menghubungi Nanny911 adalah kesukaran mendisiplinkan anak-anak mereka.

Antara method yang ditekan kan oleh Nanny911 pula ialah:

1)kepentingan komunikasi antara ibubapa dan anak-anak
2)Teamwork antara ibubapa dalam mendidik anak-anak
3)konsisten secara praktikal



Hm,agak menarik.Banyak point yang dapat dimanfaatkan daripada siri realiti TV ini. Sekurang-kurangnya ada juga rancangan realiti TV yang bermanfaat(",)

*tips yang saya dapat untuk hari ini - bercakaplah dengan anak-anak dengan suara yang tenang,jangan menjerit terhadap mereka,kerana kita akan menakutkan mereka dan secara tidak langsung,kita sebenarnya 'menurunkan' skill menjerit kepada mereka.

BEWARE...!!

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

General Info.....

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka enimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian. Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG
PENYAYANG.....

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
--
Regards
Mohammad Fairuz Junaidi
Centre for Instructional Design & Technology,
Open University Malaysia
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2773 2246

March 27, 2010

Tips penting bagi pencinta kanak-kanak!

Bismillahi wal hamdulillah

Saya menemui artikel ini di iluvislam. Artikel ini sebenarnya untuk ibubapa,tapi tak jauh beza untuk guru tadika dan semua yang mencintai kanak-kanak atau dikelilingi kanak-kanak atau selalu berinteraksi dengan kanak-kanak. Jadi saya edit sedikit dan postkan di sini.



Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
- Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
- Dan kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Tak salah kalau seorang guru tadika juga rajin memeluk anak-anak muridnya, lebih-lebih lagi apabila dia menangis dan mengadu pada kita. Diakan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…



5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
- Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.


6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
- Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda,
- Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
- Ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
- Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
- Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih diripada sekali
- Ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka
- Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
- Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
- Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada mebang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
- Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
- Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.- Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.



19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
- Tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula teras unyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
- Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita
Apapun, saya mengharapkan semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati didunia dan akhirat kelak.

petikan dari : www.iluvislam.com

January 4, 2010

Hari Orientasi Tadika Cinta Bestari

Bismillahi Walhamdulillah...

31 Disember 2009 - Kami mengadakan hari orientasi untuk anak-anak Tadika Cinta Bestari sesi 2010. Peluang untuk para teachers mengenali anak-anak didik dan peluang untuk anak-anak mengenali para teachers.


~aktiviti di dalam kelas~


~Smile..~



~anak-anak tekun melakukan lembaran kerja~


~we love TCB!!!~

Orientasi bermula seawal 8.30am. 8.00am sudah ada parents yang menghantar anak-anak. Macam-macam gelagat anak-anak dan parents. Ada ibubapa yang meninggalkan langsung anak,tanpa bertanya khabar. Ada yang selang satu jam datang semula untuk melihat anak mereka. Ada juga yang mesej bertanya khabar anak-anak.

Anak-anak punya gelagat,lebih menarik. Ada yang terlalu excited sampai melupakan terus ibu bapa yang datang menghantar. Ada juga yang menangis meraung-raung tidak mahu ditinggalkan. Sempat juga saya merasa tudung ditarik oleh anak tersebut,berang kerana saya memisahkannya daripada ibubapanya. huhu.

Satu peristiwa yang sangat mengesankan di hati saya. Jam 12.10pm,saya turun ke ruangan bawah untuk menyediakan buku kerja yang perlu dibeli oleh parents. Ketika itu baru saya perasan,sudah ramai ibubapa yang menunggu untuk mengambil anak masing-masing. Sambil menunggu, mereka berkenalan dan berbual sesama mereka. Satu suasana yang amat menyenangkan.

Sebaik sahaja tamat sesi orientasi,langsung mereka mendapatkan anak masing-masing, bertanya khabar. Bertanya langsung kepada teacher tentang anak-anak mereka sepanjang orientasi. Terpancar harapan pada wajah-wajah mereka. Terasa berat pundak memikul amanah dan tanggungjawab. Permudahkan ya Rabb..

December 26, 2009

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa

Bismillahi Walhamdulillah..

Terjumpa satu kupasan menarik oleh Ust Zaharuddin,saya kongsikan di sini ya, selamat membaca.

Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana,, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu"

Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian


Copy Paste - www.zaharuddin.net

December 20, 2009

Madrasah Al-Fityah-Tadika Cinta Bestari...opening 2010

Bismillahi Walhamdulillah..

Madrasah Al-Fityah-Tadika Cinta Bestari..Alhahmdulillah,bermula dengan taska, kami mula mengorak langkah ke tadika. Bukan mudah..memang bukan mudah. Tapi bukan kesulitan yang ingin saya coretkan di sini(",).

Fokus pada tarbiyatul aulad,kami berusaha mencari modul terbaik untuk mendidik anak-anak yang diamanahkan ini.I-LIFT Kindergarten Programme,mudah-mudahan ini yang terbaik,insyaAllah. Saya dah pernah bercerita tentang I-Lift,jadi saya tidak akan ulang di sini.Boleh rujuk post yang terdahulu ya.

Continuous learning - Tak banyak yang dapat dibuat jika hanya sebelah pihak yang memainkan peranan-pihak tadika- tanpa kerjasama dari pihak ibubapa. Contoh mudah-apa maknanya jika guru di tadika menceritakan keburukan makan coklat kepada anak-anak,tapi ibubapa mempunyai simpanan coklat untuk anak-anak di rumah,dan memberi coklat untuk men'diam'kan anak-anak. Tak salah memberi coklat,cuma perlu beserta penjelasan dan sedikit 'syarat'.

Contoh yang lebih besar, apa akan terjadi sekiranya guru mengajar tentang kepentingan solat dan mula menggalakkan anak-anak untuk solat. Tapi ibubapa pula menerangkan :

"alah tak apa,adik kecil lagi,"

Anak-anak akan menjadi keliru. Kerana itu,ibubapa, guru dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling anak-anak,yang dijadikan rujukan oleh anak-anak perlu seia-sekata dalam proses pendidikan anak-anak ini.

Tidak berhenti sekadar tarbiyatul aulad,kami juga ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Bermula dengan yang paling hampir dengan kami- ibubapa kepada anak-anak didikan kami. Kerana itu,kami mulakan langkah pertama dengan mengadakan 'parenting talk' semasa Open Day yang lepas.




Tadika Cinta Bestari

Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang berinteraksi dengan ibubapa yang bertanya tentang tadika dan yang datang mendaftarkan anak-anak mereka di sini. Ada beberapa ketegori keluarga yang dapat saya perhatikan :

1)Keluarga yang mempunyai ekonomi kukuh dan sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak prasekolah- Soalan pertama yang akan ditanya oleh keluarga ini adalah tentang pembelajaran dan keselamatan yang disediakan. Bayaran yuran tidak menjadi masalah.Anak yang ingin didaftarkan biasanya yang sulung atau yang awal-awal.

2)Keluarga yang mempunyai ekonomi kukuh,kurang mengambil tahu tentang pendidikan anak-anak peringkat pra-sekolah - Kebiasaanya keluarga ini adalah keluarga yang agak sibuk, soalan pertama yang akan ditanya - tadika beroperasi dari pukul berapa hingga pukul berapa,boleh tak kalau ambil anak pada sekian-sekian waktu. Keluarga kategori ini bukan tidak mengambil tahu,cuma kurang. Yang penting,anaknya boleh menguasai 3M(membaca,menulis,mengira)-syarat asas untuk ke sekolah kebangsaan, dan mereka punya tempat untuk meletakkan anak mereka apabila bekerja. Yuran tidak menjadi masalah. Anak yang ingin di daftarkan biasanya yang ke-5,6 atau seterusnya.

3)Keluarga dengan ekonomi yang kurang kukuh,sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak. - Soalan pertama yang akan ditanya kebiasannya adalah tentang modul pembelajaran yang disediakan. Andai berpuas hati,barulah akan ditanya tentang yuran. Ibubapa akan sedaya upaya mengusahakan juga andai kadar yuran melebihi kemampuan. Anak yang ingin didaftarkan juga kebiasaannya anak sulung atau kedua.

4)Keluarga dengan ekonomi yang kurang kukuh, dan kurang menitikberatkan pendidikan anak-anak. - Soalan pertama yang akan ditanya adalah tentang yuran. Ibubapa sanggup mencari tempat yang termurah yuran dikenakan walaupun tiada proses pembelajaran disediakan. Yang penting,anaknya punya tempat yang selamat untuk ditinggalkan sementara pergi bekerja.

Sekadar analisa peribadi untuk dikongsi. Hakikatnya, belum ramai ibubapa yang benar-benar menyedari kepentingan pendidikan awal anak-anak. Rata-rata beranggapan - "tak apa, kecil lagi. Nanti masuk sekolah,pandailah tu." Salah faham yang perlu dijelaskan(",)

Saya juga berminat untuk berkongsi isu 'guru tadika'. Antara profesion dan persepsi.Mungkin akan datang,insyaAllah.