December 20, 2009

Madrasah Al-Fityah-Tadika Cinta Bestari...opening 2010

Bismillahi Walhamdulillah..

Madrasah Al-Fityah-Tadika Cinta Bestari..Alhahmdulillah,bermula dengan taska, kami mula mengorak langkah ke tadika. Bukan mudah..memang bukan mudah. Tapi bukan kesulitan yang ingin saya coretkan di sini(",).

Fokus pada tarbiyatul aulad,kami berusaha mencari modul terbaik untuk mendidik anak-anak yang diamanahkan ini.I-LIFT Kindergarten Programme,mudah-mudahan ini yang terbaik,insyaAllah. Saya dah pernah bercerita tentang I-Lift,jadi saya tidak akan ulang di sini.Boleh rujuk post yang terdahulu ya.

Continuous learning - Tak banyak yang dapat dibuat jika hanya sebelah pihak yang memainkan peranan-pihak tadika- tanpa kerjasama dari pihak ibubapa. Contoh mudah-apa maknanya jika guru di tadika menceritakan keburukan makan coklat kepada anak-anak,tapi ibubapa mempunyai simpanan coklat untuk anak-anak di rumah,dan memberi coklat untuk men'diam'kan anak-anak. Tak salah memberi coklat,cuma perlu beserta penjelasan dan sedikit 'syarat'.

Contoh yang lebih besar, apa akan terjadi sekiranya guru mengajar tentang kepentingan solat dan mula menggalakkan anak-anak untuk solat. Tapi ibubapa pula menerangkan :

"alah tak apa,adik kecil lagi,"

Anak-anak akan menjadi keliru. Kerana itu,ibubapa, guru dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling anak-anak,yang dijadikan rujukan oleh anak-anak perlu seia-sekata dalam proses pendidikan anak-anak ini.

Tidak berhenti sekadar tarbiyatul aulad,kami juga ingin menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Bermula dengan yang paling hampir dengan kami- ibubapa kepada anak-anak didikan kami. Kerana itu,kami mulakan langkah pertama dengan mengadakan 'parenting talk' semasa Open Day yang lepas.




Tadika Cinta Bestari

Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang berinteraksi dengan ibubapa yang bertanya tentang tadika dan yang datang mendaftarkan anak-anak mereka di sini. Ada beberapa ketegori keluarga yang dapat saya perhatikan :

1)Keluarga yang mempunyai ekonomi kukuh dan sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak prasekolah- Soalan pertama yang akan ditanya oleh keluarga ini adalah tentang pembelajaran dan keselamatan yang disediakan. Bayaran yuran tidak menjadi masalah.Anak yang ingin didaftarkan biasanya yang sulung atau yang awal-awal.

2)Keluarga yang mempunyai ekonomi kukuh,kurang mengambil tahu tentang pendidikan anak-anak peringkat pra-sekolah - Kebiasaanya keluarga ini adalah keluarga yang agak sibuk, soalan pertama yang akan ditanya - tadika beroperasi dari pukul berapa hingga pukul berapa,boleh tak kalau ambil anak pada sekian-sekian waktu. Keluarga kategori ini bukan tidak mengambil tahu,cuma kurang. Yang penting,anaknya boleh menguasai 3M(membaca,menulis,mengira)-syarat asas untuk ke sekolah kebangsaan, dan mereka punya tempat untuk meletakkan anak mereka apabila bekerja. Yuran tidak menjadi masalah. Anak yang ingin di daftarkan biasanya yang ke-5,6 atau seterusnya.

3)Keluarga dengan ekonomi yang kurang kukuh,sangat menitikberatkan pendidikan anak-anak. - Soalan pertama yang akan ditanya kebiasannya adalah tentang modul pembelajaran yang disediakan. Andai berpuas hati,barulah akan ditanya tentang yuran. Ibubapa akan sedaya upaya mengusahakan juga andai kadar yuran melebihi kemampuan. Anak yang ingin didaftarkan juga kebiasaannya anak sulung atau kedua.

4)Keluarga dengan ekonomi yang kurang kukuh, dan kurang menitikberatkan pendidikan anak-anak. - Soalan pertama yang akan ditanya adalah tentang yuran. Ibubapa sanggup mencari tempat yang termurah yuran dikenakan walaupun tiada proses pembelajaran disediakan. Yang penting,anaknya punya tempat yang selamat untuk ditinggalkan sementara pergi bekerja.

Sekadar analisa peribadi untuk dikongsi. Hakikatnya, belum ramai ibubapa yang benar-benar menyedari kepentingan pendidikan awal anak-anak. Rata-rata beranggapan - "tak apa, kecil lagi. Nanti masuk sekolah,pandailah tu." Salah faham yang perlu dijelaskan(",)

Saya juga berminat untuk berkongsi isu 'guru tadika'. Antara profesion dan persepsi.Mungkin akan datang,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment