Saya mengenali rancangan ini secara tidak sengaja. Ketika menukar siaran televisyen ketika menunggu iklan untuk Buletin Utama.

Sebuah rancangan realiti tv oleh Granada America Production. Menariknya, Nanny911 akan dihubungi oleh ibubapa yang tidak mampu lagi mengawal anak-anak mereka. Seorang nanny akan dipilih untuk ke rumah keluarga tersebut dan membantu mengubahnya.Mereka hanya mempunyai masa seminggu untuk memperbaiki keadaan di rumah tersebut.
Nanny akan melakukan pemerhatian terlebih dahulu sebelum membuat satu pelan tindakan yang perlu dilaksanakan oleh keluarga tersebut.
Sepanjang episod yang sempat saya tonton,masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibubapa yang menghubungi Nanny911 adalah kesukaran mendisiplinkan anak-anak mereka.
Antara method yang ditekan kan oleh Nanny911 pula ialah:
1)kepentingan komunikasi antara ibubapa dan anak-anak
2)Teamwork antara ibubapa dalam mendidik anak-anak
3)konsisten secara praktikal

Hm,agak menarik.Banyak point yang dapat dimanfaatkan daripada siri realiti TV ini. Sekurang-kurangnya ada juga rancangan realiti TV yang bermanfaat(",)
*tips yang saya dapat untuk hari ini - bercakaplah dengan anak-anak dengan suara yang tenang,jangan menjerit terhadap mereka,kerana kita akan menakutkan mereka dan secara tidak langsung,kita sebenarnya 'menurunkan' skill menjerit kepada mereka.
jeles lak kt bdak2 taska ni.selamat melakukan pelbgai research dan mencari tips..terfikir2 akan kanak2 yg berada di kampung/bandar yg terbiar, xberpeluang mendapat pendidikan awal di institusi tarbiyah spt tcb..terkapai2 main di bwh rumah,,selalu kena tengking ngan mak, kena cubit,,kesian kan...seperti syabab musafir kasih~
ReplyDeletekanak-kanak tu..they are waiting for you...=)
ReplyDelete