June 6, 2010

Bingung....Menanggapi anak bercakap kotor...

Bismillahi walhamdulillah..

"teacher,tadi Im cakap b**i,"

"teacher,tadi Im cakap k**e,"

"techer,tadi Im.....,"


Hm..saya hampir tak larat mendengar aduan daripada anak-anak di tadika,tentang Im yang suka bercakap kotor.Umurnya 5 tahun.Banyak bergaul dengan orang yang lebih besar daripadanya ketika berada di rumah.Jadi,dia mempelajari perkataan-perkataan tersebut daripada mereka.

Nyaris bingung..

Bermacam-macam cara saya lakukan.

Berdoa.

Menasihati dengan lembut.

Berkonsultasi.

Menasihati dengan tegas.

Memberi denda apabila dia tetap menyebutnya lagi.

Saya cuba memahami keadaannya. Kanak-kanak berusia 5 tahun yang tidak tahu maksud perkataan yang di ucapkannya. Sekadar menyebutnya suka-suka.

Apabila melihat reaksi sekeliling yang memberi perhatian apabila dia menyebutnya,dia jadi makin galak menyebut perkataan tersebut.

Saya tidak ingin memarahinya semberono tanpa dia mengetahui mengapa dia di marahi.

Saya tidak ingin membuatnya takut sehingga dia tidak berani menyebut lagi perkatan itu di hadapan saya,tapi terus memainkannya di hadapan kawan-kawan sebaya yang lain.

Saya ingin dia faham mengapa perkataan itu tidak baik di sebut.

Saya ingin dia sendiri memilih untuk tidak menyebut perkataan itu.

Saya cuba mencari kaedah terbaik dengan melayari website-website berkaitan.Bertanya pada teman -teman yang lebih berpengalaman. Ada kaedah yang saya persetujui dan telah saya cuba terapkan. Ada juga kaedah yang saya rasa agak kasar dan tidak sesuai.

Keimpulannya,

Teruskan menasihati dan mengingatkannya.

Pesan pada rakan-rakan sebayanya untuk sama-sama menasihatinya.

Mengajarnya untuk mengucapkan istighfar jika terlepas menyebut perkataan tersebut.

SABAR.Jangan terlalu cepat naik marah apabila mendapat aduan sang anak kembali menyebut perkataan tersebut. Mungkin dia benar-benar tidak mahu menyebutnya,tapi adakala 'tersasul' kerana sudah terbiasa.Kembali menasihatinya.

Tak perlu mengancamnya dengan sesuatu yang tidak wajar; seperti :

"cakap lagi macam tu,teacher gunting lidah kamu," - ancaman ini sedikit pun tidak menyelesaikan masalah.

Jangan putus untuk mendoakannya secara khusus.

Huu..moga saya mampu melaksanakannya,ameen ya Rabb..

No comments:

Post a Comment