"Awak tidur perlukan bantal tak,lately?"
"saya memang selalu tidur tak pakai bantal, doktor"jawabku.
"ok.kalau masalah yang berkaitan jantung,biasanya dia perlukan bantal untuk alas kepalanya,"terang doktor.
Aku mengangguk faham,satu info baru. Lalu doktor memeriksa bahagian perut,dada dan bahagian belakangku dengan lebih teliti untuk mengenal pasti punca aku merasa sukar untuk bernafas. Alhamdulillah doktor perempuan,itupun aku dah rasa cukup segan.
"em,jantung awak ok,peparu pun clear,cuma ada gas sedikit pada bahagian perut,"terang doktor.
"tapi gas pada perut tu tak efek apa-apa pada pernafasan kan doktor," aku terfikir apa kaitan antara perut dan pernafasan. Doktor mengangguk setuju.
"jadi kenapa saya rasa sukar bernafas. Dada pun mula rasa sakit,tapi tak selalu dan sengal pada bahagian belakang,"
Diam.
"Awak ada rasa stress akhir-akhir ni?"
Aku tersenyum,hampir tergelak,tak memerlukan masa yang lama untuk aku menjawab 'tidak' bagi soalan tersebut.
Akhirnya,setelah berborak agak lama,doktor menasihatkan aku untuk tidak travel jauh dengan menunggang motosikal kerana ada tendency untuk aku menghidap asma. Kesimpulan yang aku buat sendiri pula,tak dijumpai sebarang bukti klinikal kenapa aku merasa sukar untuk bernafas. Jadi tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi ketika jari-jari ini sedang rancak menaip ,aku masih rasa sulit untuk bernafas,dada dan bahagian belakangku sedikit sakit,kenapa ya?Entah.
Pulang dari klinik tadi,seharian aku berfikir apa sebenarnya mesej yang ingin Allah sampaikan. Maha Suci Allah,tak mungkin Dia mentakdirkan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmah dan pelajaran yang perlu digali. Aku renung wajah anak-anak di taska satu-persatu,biasanya inilah yang pertama sekali aku akan lakukan bila merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Tak tahu kenapa,seperti ada ketenangan dan jawapan pada wajah-wajah mereka. Pandanganku terhenti pada Hakim. Bayi inikah yang menjadi asbab ujian Allah atasku kali ini?
Aku akui,akhir-akhir ini aku banyak berlaku kurang adil dengan Hakim. Karenahnya kadang-kadang membuatkan aku gagal menekan butang 'pause' walau ku cuba dan ku cuba lagi. Adakah ini teguran Allah untukku,peringatan agar aku kembali memaknai dan menjiwai erti ihsan. Amaran agar aku bersikap ihsan terhadap hamba yang dipeliharaNya,yang suci bersih dari dosa. Maafkan teacher Hakim.. Astaghfirullah..benarlah,medan bercakap tidak sama dengan medan beramal. Merasakan muraqabatullah dan ihsanullah,bersikap ihsan terhadap anak-anak di taska,teman serumah,rakan sekerja,akhwat.. meletakkan ihsan dalam setiap amal,kecil atau besar,formal atau tidak,nyata tidak semudah melafazkan erti ihsan dari hadith 2 matan arbain Imam Nawawi. Astaghfirullah..berikanlah aku rahmat dari sisiMu dan kurniakanlah aku petunjuk dalam setiap urusanku ya Rabb..
Aku tidak mengirim coretan ini untuk menceritakan perihal kesihatanku,bukan juga untuk meraih simpati. Tetapi aku ingin mengajak sesiapa yang sudi singgah di blog ini untuk sama-sama merenungkan erti hikmah dan tarbiyah Allah,erti peringatan dan kasih sayang Allah yang sebahagian besarnya tidak kita temukan dalam halaqah mahupun program. Tapi kita akan temui dalam madrasatul hayah kita,tarbiyah Allah secara langsung atas kita. Setiap ujian Allah itu mungkin menjadi rahmat dan mungkin juga menjadi musibah atas kita. Tergantung bagaimana kita menggali hikmahnya dan mohonlah rahmat sentiasa padaNya.
Buat yang merisaukan diri ini,jzklh khyrn jzk,jangan risau,aku pasti akan menjaga sebaik-baiknya jasad pinjaman dari Allah ini,keranaNya(",). Teringat rangkap lagu yang diperkenalkan oleh teman serumah yang ku cintai keranaNya(mohon maaf andai selalu menyakiti),jom hayati bersama..
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung do’aku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yg kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi....Muhasabah cintaku..
No comments:
Post a Comment