Bismillahi Walhamdulillah
“what is that, girl?” tanya seorang ibu suatu hari kepada anak saudara nya.
“it’s a butterfly,”jawab anak kecil yang sedang bermain dengan sebuah rama-rama plastic. Kanak-kanak itu bersekolah di sebuah tadika X. Tadika itu memang terkenal dengan kehebatan modulnya.
“why you have to hold it? ” tanya si ibu lagi.
“Because it can’t fly on its own,” jawab si anak bijak.
“Why it can’t fly on its own?
“Because it’s a plastic butterfly,”
“But why a plastic butterfly can’t fly on its own?,” tanya si ibu saudara lagi, ingin menguji.
Diam. Anak kecil itu tidak dapat memberikan jawapan. Lantas si ibu memanggil anak lelakinya yang berusia 5 tahun, setahun muda daripada kanak-kanak perempuan tersebut.
“Aslam, you know what is this?” tanya si ibu.
“it’s a plastic butterfly, ibu,” jawab si anak.
“Can it fly on its own?
“No, it can’t,”
“Why can’t it fly on its own?” si ibu menguji dengan soalan yang sama.
“Because it’s a man’s creature.”
“How about the real butterfly. Can it fly on its own?”
“Yes,”
“Why?”
“Because Allah create it,”jawab si anak yakin.
Em,kurang lebih begitulah dialog antara ibu dan anak tersebut. Ini kisah benar. Bukan rekaan saya. Sekarang, saya minta anda berhenti membaca sejenak. Fikirkan apa kesimpulan daripada dialog di atas. Ambillah sekurang-kurangnya 10 saat untuk berfikir.
Sudah? Sekarang mari kita kongsikan pendapat. Ini pendapat saya. Kalau yang terlintas di fikiran anda berbeza dengan apa yang saya fikirkan, sila tinggalkan pendapat anda ya. Pada saya, Aslam dapat membezakan antara keterbatasan ciptaan manusia dengan kesempurnaan ciptaan Allah. Antara kelemahan manusia dan kehebatan Allah. Tauhid Rububiyah!
Itu yang saya belajar di sini. I-LIFT sangat menekankan aqidah – bukan hafazan, tapi kefahaman dan keyakinan. Konsep syahadah diperkenalkan dan ditekankan sungguh-sungguh sebelum rukun solat, puasa,zakat, dan haji. Teringat semasa di sekolah rendah dulu, saya tidak pernah belajar tentang rukun syahadah. Saya Cuma belajar tentang lafaz syahadah. Kemudian langsung belajar tentang solat, puasa dan zakat. Apabila bertemu dengan isu seperti anak bunian, meramal menggunakan buah limau nipis dan sebekas air, atau meramal dengan menggerakkan biji tasbih, hati saya menolak, tapi saya tidak punya hujah. Ini pengalaman saya semasa di sekolah rendah.
Saya bukan ingin mempromosikan modul I-LIFT di sini. Tapi saya ingin bercakap tentang konsep pendidikan awal yang seharusnya di tanam pada anak-anak kita. Ya,anak-anak kita. Kalau anda masih belum berumah tangga, anda tetap perlu tahu dan ambil tahu. Kenapa? Kerana satu hari anda akan melalui fasa ini. Kerana anda mungkin mempunyai adik-adik yang masih kecil. Atau anda mempunyai anak-anak saudara yang masih kecil. Atau anda mempunyai jiran-jiran yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Dan lebih penting dari itu, semua anak-anak muslim juga adalah saudara anda.
“Sesungguhnya orang – orang mukmin itu bersaudara…,” (Al-Hujurat ; 10)
Penjelasan, perbualan dan soal-jawab dengan anak-anak akan sangat membantu perkembangan minda dan menguji keteguhan keyakinan mereka. Saidina Umar juga pernah menguji seorang budak yang mengembala kambing. Beliau cuba menguji kejujuran dan keyakinan anak itu dengan memujuknya menjualkan seekor kambing kepadanya. Anak itu menolak kerana kambing-kambing itu milik tuannya. Apabila saidina Umar mengatakan yang tuannya tidak akan tahu, dengan yakin anak itu menjawab :
“fa aina Allah?”- (maka di manakah Allah?)
Subhanallah!
No comments:
Post a Comment