December 3, 2010

Apa yang Anak fikir,Apa yang Ibubapa rasa...

Bismillahi Walhamdulillah...

Akhir-akhir ini saya suka nak menulis tentang anak...dan ibubapa,huhu..

Seorang anak,kadang-kadang semakin tumpul sensitivitinya terhadap hati,perasaan dan keinginan kedua ibubapanya seiring usia sang anak yang menginjak dewasa..

Berbekalkan latar belakang pendidikan yang lebih tinggi,pekerjaan yang lebih hebat,gaji yang lebih besar,sang anak kadang -kadang tidak menyedari betapa ia sebenarnya meremehkan kedua ibubapanya..

Bagaimana?

Melalui kata-katanya.

Melalui tindakannya.

Melalui senyum sinisnya.

Melalui ekor matanya.

Melalui diamnya.

Setiap kata-kata ibubapanya di patahkan dengan hujah.Kalau yang punya kelebihan ilmu agama,di bidas dengan dalil,sehingga ibubapa terdiam tanpa kata.Dan sang anak bersorak gembira,menang!

Entah apa yang ingin di tegakkan.

Entah apa yang ingin di menangkan.

Pertaruhannya adalah sekeping hati milik seorang ibu dan sekeping hati milik seorang bapa.

Pernah seorang anak di tanya,mengapa dia se'keras' itu terhadap ibubapanya.

Jawapan ringkas sang anak :

"Achik kan anak abah.Dah abah macam tu,Achik jadi macam ni la.Abah dulu pun bukannya baik sangat,bukan Achik tak tau.."

Zupp!!

Bagai halilintar.Terkunci mulut sang bapa. Kelu lidahnya untuk berkata-kata.

Salah?

Siapa yang bersalah?

Salah sang bapa yang gagal mendidik dan menunjukkan contoh yang baik?

Atau salah sang anak yang tidak menggunakan hati dan akal untuk mengubah diri menjadi hamba Allah yang lebih baik?

Bukan masa untuk menuding jari.

Mari ambil posisi sebagai seorang anak.

Mungkin ibubapa kita mempunyai kisah silam mereka yang tersendiri.Kisah silam yang mempengaruhi sikap dan cara fikir mereka.Tapi kisah silam itu bukan 'senjata' untuk kita meremehkan mereka.

Mungkin dalam satu 'perdebatan',ternyata kita berada di pihak yang benar.Kita lalu melontarkan hujah demi hujah.Sehingga tanpa sedar melampaui batas dan adab sebagai seorang anak.Kita merasakan mereka tidak memahami kita.Kita merasakan mereka hanya ingin menggunakan title 'ibubapa' sebagai autoritas.Kita merasakan mereka hanya mahu menang dan tidak mahu mengakui kesilapan mereka.Kita merasakan bahawa kita adalah mangsa yang teraniaya.

Tapi pernahkah kita terfikir bahawa...

Mereka sebenarnya telah menyedari kesilapan mereka..

Mereka sebenarnya sedang berusaha keras untuk memperbaiki kesilapan mereka walaupun seringkali tidak berjaya..

Mereka sebenarnya sangat ingin mengungkapkan permohonan maaf,cuma terhalang oleh naluri manusiawi~ harga diri dan maruah sebagai ibubapa

Mereka sebenarnya sangat terluka dengan tindakan dan kata -kata kita... luka yang mereka pendamkan jauh di sudut hati...

Mereka sebenarnya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai untuk kita..


Wahai anak,

Bantulah mereka..

Raikanlah mereka...

Hargailah mereka...

Selagi masih ada masa...

No comments:

Post a Comment