May 17, 2010

Satu Hari Bernama Sabtu..

Bismillahi walhamdulillah..

Cuti yang tidak cuti,huhu. Pagi tadi ada parent hantar anak ke taska kerana ada aktiviti di sekolah(Note:ibunya seorang Guru). Menariknya,dia hantar sekali anak sulungnya yang menghidap Autisme. Satu pengalaman yang sangat menarik!Melihat dan berinteraksi dengan kanak-kanak Auisme secara dekat.Penat memang penat. Hasilnya,saya tak sempat menyediakan makanan tengah hari mereka.Masakan tidak,baru hendak menanak nasi,saya perlu berkejar ke ruang hadapan untuk menghalangnya memanjat pagar tangga.Sehinggalah ayahnya sampai.Satu pengalaman yang amat berharga(",)


p/s-ni bukan gambar kanak-kanak autisme yang saya jaga tadi ya

Sebaik mereka pulang,tea Aisyah dan Tea Aiza sampai. Kami bertungkus lumus men'decorate' dan menghias taska.Aktviti yang sangat saya tidak gemari,mungkin sebab saya tidak kreatif,hu..








ulat yang tak sempat siap di cat

Selesai siapkan bahagian yang penting-penting untuk di cat(maksudnya ada yang tak sempat siap cat juga),kami bersiap untuk ke kedai buku Popular di Pacific. Mencari bahan-bahan rujukan untuk pembelajaran anak-anak di tadika.Malam semalamnya,hampir semalaman saya mengadap internet,mencari tambahan ilmu dan bahan untuk bahan pembelajaran.Makin banyak dapat bahan,rasa makin cetek ilmu tentang kanak-kanak,huhu.


seorang kanak-kanak cina sedang membaca di kedai buku popular


antara buku yang sempat saya belek di Popular

Alhamdulillah,tercapai apa yang ditarget.Saya suka seharian yang penuh dengan aktiviti.Moga Allah redha (^-^)

1 comment:

  1. cantiknyer..menarik tahu tentang kanak2 khas ni, terasa mcm nak membantu memberi mereka ruang di bumi Allah..yang selalunya dipinggirkan masyarakat~hasil ambil 2 subjek pendidikan khas last sem..hehe

    ReplyDelete