Bismillahi Walhamdulillah..
4 Januari 2010- Hari pertama persekolahan. Hari pertama menyambut anak-anak di Tadika Cinta Bestari. Bermacam-macam ragam dan rupa,huhu.
Pagi tadi,sebelum memulakan kerja,terlintas di hati ingin menghubungi emak. Insan yang begitu banyak menyokong jalan hidup saya kini. Insan yang banyak mengajar saya erti kesabaran. Saya ingin memohon doa,memohon restu,mohon agar diredhai. Teringat satu nasyid arab semasa di sekolah dulu :
"ma redhallahu illa fi redhai walidaini"
Tapi sayang tiada kredit. Jadi hanya mampu mohon Allah sampaikan permohonan saya pada mak. Tup tup,mak telefon. Gembira tak terkata,Alhamdulillah. Tambah termotivasi untuk memulakan hari.
Letih? Pasti. Penat? Tentu. Sangat tidak manusiawi jika saya menafikan kepenatan dan keletihan mental dan fizikal.Tapi saya puas.Kenapa? Hm..ntahla. Petang tadi sempat berborak dengan teacher Aisyah. Dia mengiakan apa yang saya rasa,letih,penat,tapi puas. Mungkin kerana memikirkan untuk memberikan yang terbaik,mengharapkan imbalan dari Allah.
Kami akhiri perbualan kami petang tadi dengan doa-semoga esok lebih baik dari hari ini, dan semoga penat lelah kami dinilai ibadah oleh Allah. Alangkah malangnya nasib kami andai Allah mencampakkan semula amalan-amalan kami di akhirat kelak,naudzubllahi min zalik...
No comments:
Post a Comment